Thursday, October 1, 2009

KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 1)...


TAHUN ITU : 1997

"Alisya! Ijam! Cepat sikit. Pak Hussien dah lama tunggu kamu berdua." Jerit Puan Mariana.
"Kamu berdua ni, kalau sorang lambat, dua-dua lambat." Mereka tersenyum mendengar bebelan Puan Mariana.
Pak Hussien memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolah. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berjalan beriringan masuk ke kawasan sekolah. Apabila loceng persekolahan bermula, mereka berpisah menuju ke kelas masing-masing. Alisya ke kelas 2 Anggerik manakala Ijam menuju ke kelas 3 Anggerik.
Waktu persekolahan berjalan seperti biasa. Tamat waktu persekolahan, berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah. Seperti selalu, Alisya dan Ijam menunggu di tempat biasa. Jam di tangan sudah menunjukkan 2.40 petang. Alisya mula gelisah.
"Abang Ijam, mana Pak Hussien ni?"
"Alisya ni macam tak biasa pulak. Kejap lagi sampailah tu." Ujar Ijam menenangkan Alisya.
Sementara menunggu ketibaan Pak Hussien, mereka bermain teka-teki.
"Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
"Ala...itu teka-teki ke, soalan matematik?" Alisya tak puas hati dengan teka-teki yang diberi Ijam.
"Eh...teka-tekilah."
"Ish...susahnyer teka-teki tu. Erm.....ke selatan kot?"
"Tak...." Ijam menggeleng
"Jap yer....kalau ke kanan 180, ke kiri 270...ke belakang" Alisya meneka lagi.
"Tak jugak....." Ketawa Ijam melihat telatah Alisya mencari jawapan.
"Habis tu ape? semuanya bukan."
"Ntah...Alisya carilah sampai dapat"
Geram Alisya mendengarnya. Dahlah bagi teka-teki yang susah, pastu tak nak bagi jawapan.
"Dapat tak Cik Alisya?" Ijam mengusiknya. Muka Ijam di pandang.
"Dapat....lembu tu sekarang menghadap abang Ijam"
Ketawa besar Ijam dibuatnya mendengar jawapan Alisya. Lagi panas hati Alisya melihat Ijam ketawa.
"Maknanya, lembu tu Alisyalah yer. Sebab yang duduk kat depan abang Ijam sekarang adalah Alisya...." Alisya memukul lengan Ijam. Namun Ijam tak berhenti ketawa. Bengang betul aku ngan mamat sekor ni. Ada yang kene tembak ni. Melihatkan Alisya sudah menarik muka masamnya, barulah Ijam berhenti ketawa.
"Alisya..." Diam.
"Merajuk pulak dah. Habislah aku." Usik Ijam lagi. Namun sepi jugak.
Ijam menoleh. Alisya memalingkan mukanya. Diam membisu. Tiba-tiba......
"Alamak!"
Belum sempat nak bagitau Ijam, Remy and the geng dah menghampirinya. Ijam menoleh ke belakang.
"Hai Alisya, kau tunggu sape? Jomlah balik ngan aku"
"Kau ni Remy, tak nampak ke "bodyguard" dia ada kat sebelah tu. Tak pasal-pasal lebam biji mata kau nanti." Ketawa Remy mendengar usikan kengkawannya.
Ijam buat tak tahu dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Kalau dilayan nanti, makin menjadi-jadi.
"Janganlah jual mahal. Nanti sampai ke tua tak de orang nak." Kata-kata Remy itu menjengkelkannya.
Alisya menarik tangan Ijam ke tepi menyebabkan Ijam terkebelakang. Ijam berasa kurang senang dengan tindakan Alisya. Tetapi Alisya memberi isyarat agar tidak masuk campur . Dia tidak mahu Ijam terlibat sama.
"Oit Remy!..mulut kau memang takde insurans ye." Remy tersenyum sinis. Sakit hati ALisya melihat senyuman sinisnya itu.
"Siapa suruh kau buang surat yang aku kasi tu" Remy tetap tidak mahu mengalah.
"Surat kata kau. Kalau kau bagi kat perempuan gila pun belum tentu dia nak baca. Macam budak sekolah rendah nak bagi surat." Giliran Alisya pula memerlinya.
"Kau memang tak sayang mulut. Budak ego." Tangannya ringan nak melempang Remy. Kurang ajar mamat ni. Namun Ijam sempat menahan tangannya dari singgah kat pipi Remy.
"Woi Ijam! Tak payah nak tunjuk herolah. Kalau kau berani, jomlah kita tengok siapa betul-betul hero." Kawan-kawan Remy menjadi batu api melagakan mereka berdua. Ijam memusingkan badannya tetapi dihalang oleh Alisya.
"Alisya, dia lelaki...." Belum sempat nak menghabiskan ayatnya, Remy menarik kolar bajunya menyebabkan Ijam terpusing ke hadapan dan ketika itu tumbukan Remy kena ke mukanya. Hampir terjatuh dibuatnya. Dia cuba berbuat baik namun Remy tetap dengan kekasarannya. Budak lelaki mana yang suka dirinya diperlekehkan. Pergelutan berlaku. Alisya cuba meleraikannya, namun tidak termampu kudratnya melawan kekerasan kedua-dua lelaki itu.
Melihatkan Remy seperti tidak bermaya, kawan-kawannya mula campur tangan. Air matanya mula bergenang melihat Ijam dibelasah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani. Ketibaan Pak Hussien membuatkan Remy and the geng lari lintang-pukang.
"Woi! Kecik-kecik dah nak tunjuk samseng." Jerit Pak Hussien. Alisya segera mendapatkan Ijam.
"Ya Allah, apa dah jadi ni Alisya, Ijam?"
Pak Hussien memapah Ijam menuju ke kereta sambil dibantu oleh Alisya. Ijam dibawa ke klinik. Mujur tak luka teruk.
Tiba di rumah, Puan Mariana terperanjat melihat Ijam bertampal di dahi dan di tangan. Dia memanggil Maksu Timah.
"Apa dah jadi ni Ijam? Dengan siapa kau bergaduh ni?" Melihatkan Ijam teragak-agak nak menjawab, lantas Alisya menceritakan segalanya.

**********************************************************************************
bersambung.............

5 comments:

gummybear said...

ala..panjang sgt, malas plak nak belek...hu3..
ringkas2 kan la mcm citer my kaduk...

gummybear said...

yg penting, along balik x bg tau yanah..tension2..

Penakumenulis said...

gummybear:
Ye la..lps ni aku pendekkan citernyr.....huhuhuhu...hahahah..kene tinggal...:-)

gummybear said...

along memg JAHAT :p

Penakumenulis said...

gummybear:
Kalo along x jahat...mesti ko x kene tinggal.....hahahahahahahahahah