Tuesday, April 27, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN....

APA YANG AKU CARI....

Kadang-kadang aku terfikir
Ke manakah halatuju aku yang sebenarnya
Apakah yang aku cari dalam kehidupan ini
Namun aku hanya mampu berusaha
Yang Maha Esa penentu segalanya

p/s : Tiba-tiba ianya terlintas di fikiranku dalam perjalanan ke tempat kerja.... :-)

Friday, April 23, 2010

RINDU PADA ALISYA & IJAM....


Membaca komen2 yang ditinggalkan pembaca setia cerpen ini di penulisan2u, membuatkan aku tiba-tiba teringatkan pada Alisya dan Ijam. Aku rindu pada mereka berdua. Bilakah aku akan menyambung perjalanan kisah mereka setelah sekian lama terpisah.......

Namun untuk menghilangkan kerinduan itu, aku bingkiskan kalian entry terakhir "KU BAWA MEMORI ITU". Bertemukah mereka???? Aku tidak pasti...

*****************************

Pesawat yang membawa para penumpang ke United Kingdom selamat berlepas dari landasan KLIA. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap kapal terbang itu. Setitis demi setitis air matanya gugur dari kelopak mata. Jari halusnya menyeka air mata itu agar tidak terus mengalir. Surat yang berada di tangannya dibuka perlahan.

ALIYATUL ALISYA......
Disaat Alisya membaca surat ini, mungkin dirimu sudah berada di atas awan biru meninggalkan seribu kenangan buat kita bersama. Abang Ijam bukanlah seorang budak lelaki yang pandai bermadah tetapi cukuplah sekadar dapat menulis titipan ini untuk Alisya sahaja. Jangan bagi sesiapa baca tau surat ni, malu.....


Air matanya gugur bersama senyuman dibibir. Bacaannya diteruskan.

ALIYATUL ALISYA......
Sampai di sana nanti, teruskanlah cita-citamu untuk menjadi seorang doktor. Abang Ijam berdoa dari jauh semoga impianmu itu akan tercapai. Alisya pasti boleh. Kan Alisya selalu berangan nak jadi "Doktor Alisya". Bagi abang Ijam, dirimu sudah lama abang Ijam gelarkan sebagai doktor Alisya kerana sejak dulu lagi, Alisya lah pengubat suka duka di mata dan di hati insan ini. Ingat tak cara Alisya ugut abang Ijam makan ubat......lepas ni dah takde orang boleh ugut abang Ijam. Sebab Alisya dah tiada di sisi abang Ijam.


Diseka air mata yang menitis.....

ALIYATUL ALISYA.......
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah papa dan mama. sebagai anak, hanya itu yang mampu dilakukan buat bekalan mereka di sana kelak. Abang Ijam akan sentiasa melawat pusara papa dan mama bagi pihak Alisya.


Papa..mama...akan ku pulang menziarahi pusaramu suatu hari nanti....

ALIYATUL ALISYA.....
2 tahun yang lalu, abang Ijam ada memberi satu teka-teki pasal lembu. Tapi sampai sekarang Alisya tak mampu menjawabnya. Saban hari alisya akan bertanya apa jawapannya. Sehinggalah ke saat ini....jawapannya ialah KE BAWAH! IA MASIH TETAP MENGHADAP KE BAWAH DAN MEMAKAN RUMPUT. Kalau Alisya ada kat sebelah, confirm abang Ijam dah kena lepuk. Tapi sekarang tidak lagi, sebab....sebab Alisya dah terbang jauh meninggalkan abang Ijam.


Abang Ijam....dihujung noktah ada titisan tulisan seakan terkena air. Sudah pasti dia menangis taktala menulis surat ini. Abang Ijam..suka sangat menyembunyikan kesedihan untuk diri sendiri. Semakin laju air matanya mengalir sehingga sedikit tersedu. Tak sanggup untuknya meneruskan titipan itu....Abang Ijam...Alisya rindu....

ALIYATUL ALISYA ....
Di penghujung titipan ini, abang Ijam minta maaf seandainya sepanjang kita bersama ada terkasar kata yang menyinggung perasaanmu, Alisya. Abang Ijam hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Abang Ijam dah cuba lakukan yang terbaik untukmu sepertimana janji abang Ijam pada arwah papa dan mama Alisya.
Kita berpisah bukan bermakna hubungan kita putus di sini. Hubungan itu akan tetap berkekalan kerana di hati kita sudah terukir memori yang telah kita pahatkan bersama. Seandainya suatu hari nanti kita ditakdirkan bertemu kembali janganlah Alisya lupa pada insan kerdil ini. Akhir kata, abang Ijam bingkiskan Alisya satu pujangga......

Semalam kita berkawan......
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kita tetap berkawan sampai bila-bila.

Tersedu-sedu dia menangis membaca bingkisan terakhir titipan itu...Ini janji Alisya pada abang Ijam....."Akan ku bawa memori itu bersamaku sebagai inspirasi di dalam diri ini sampai bila-bila....."I never forget you...You are always in my heart....Mohd Izham Iskandar a.k.a abang Ijam......

~ TAMAT ~

Friday, April 16, 2010

NUKILAN PENCARI ILMU.....

Berliku perjalanan menggapai bintang
Onak dan duri ditempuhi jua
Cita-citanya penuh matlamat hidup
Ilmu dicari buat senjata diri
Agar tidak kekok menongkah arus yang mencabar
Agar berani mempertahan maruah diri
Agar dapat merungkai segala kemusykilan
Demi menjadi seorang insan yang bermaruah

Nukilan hati seorang Pencari Ilmu

Wednesday, April 14, 2010

LAMB LEG STORY....

TEMPAT KEJADIAN : RESTOREN CHOP & STEAK, SERDANG

MASA : AROUND 9 ABOVE

TUJUAN : MAKAN2

Nak dijadikan cerita, kami pun orderlah untuk makan. Ade yg order Chicken Grill, Beef Black Paper Steak and Lamb Leg. Lamb leg?...ade kisah lucu utk aku kongsi dengan korang sume pasal lamb leg ni. My uncle yang makan lamb leg ini. Sedang beriya2 dia nak menghabiskan sisa2 daging tulang tu, ntah macam mane boleh pulak tulang tu terpelanting ke atas pastu terus tergolek jatuh ke bwh meja. Mujur tak terpelanting ke meja sebelah. Kitaorg x blh bla. Ketawa x ingat dunia. Siap buat dialog lg tu..."kambing ni nk lari sebab kaki dia kene makan." Lagilah kitaorg bantai gelak...

Tuesday, April 13, 2010

COMING SOON.....


MOHD DARWISH ZACKUAN ~ NUR ARIANI ARISSA ~ FAIRUZ ISKANDAR

"Coming soon"


Wednesday, April 7, 2010

741+742+730 = :-(


MINGGU YANG AGAK HARU-BIRU....

Apabila 741+742+730 dicampurkan ia bersamaan dengan = {TEPU+PENING+KALUT+etc}

Huargh...help me plz to solve it....

WARNING : Kalo korang pikir formula kat atas tu, korang akan pening sekali.....hahhaahhaha

Monday, April 5, 2010

AHAKS... :-)


Petikan dari Berita Harian Online:
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi bintang utama drama bersiri Nur Kasih iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Remy yang menang tipis dengan pesaing terdekatnya, Fizz Fairuz turut mengetepikan Aaron, Fahrin Ahmad dan Fizo Omar. Tiz Zaqyah pula mengalahkan Scha Alyahya, Noorkhiriah, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.

p/s : Hehehehehehe....ramalanku benar belaka...ahaks...saje je nk letak gambar ni... :-)

Sunday, April 4, 2010

SO CUTE... :-)



Friday, April 2, 2010

1.4.3.7.... - PART 7 -


Sambungan dari PART 6....

*********************************************************************************

Malam itu sebelum tidur, Qairien melihat emailnya. Semuanya kerana pengirim misteri itu. Sudah 3 hari inboxnya tidak menerima email dari 1.4.3.7. Semenjak menerima pelbagai kiriman dari pengirim misteri ini, Qairien merasakan yang dirinya seolah-olah berada dekat dengan 1.4.3.7. Namun sehingga kini, dia masih tidak tahu siapa pengirim misteri tersebut. Dan malam itu dia menerima semula kiriman dari 1.4.3.7...

"PERSAHABATAN YANG SEJATI ADALAH PERSAHABATAN YANG DIBINA BERLANDASKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN. PERSAHABATAN YANG AKRAB TIDAK AKAN DAPAT DIPISAHKAN MELAINKAN DENGAN KEMATIAN"

HAPPY FRIENDSHIP DAY

Ikhlas dari saya :
1.4.3.7....


Begitu tersirat makna kirimannya kali ini. Seolah-olah pengirim misteri ini ada sekelilingnya. Tapi siapa?

**********************************************************************************

bersambung...