Thursday, April 16, 2015

PART 2 : KERANA CINTA......


KUALA LUMPUR

“Saya minta maaf kerana melukai awak.” Perempuan itu bersuara seolah-olah tidak ada perasaan bersalah di dalam dirinya.
“Kenapa awak buat saya begini? Apa salah saya pada awak? Kenapa awak tak tolak pinangan keluarga Iskandar, sedangkan awak dah ada saya.”
“Awak tidak ada salah apa-apa dengan saya. Cuma ini keputusan saya. Saya rasa awak terlalu baik buat saya dan merasakan saya tidak layak untuk bersama dengan awak.” Petah sungguh lidahnya menutur kata tanpa rasa bersalah.
Wajah perempuan itu dipandang dengan perasaan yang bercampur-campur. Marah, geram, sedih semua bercampur aduk ketika itu. Dan akhirnya lelaki itu memberi kata putus.
“Baiklah kalau itu pilihan awak. Saya terima perpisahan ini dan saya berharap takkan jumpa awak selepas ini biarpun lelaki yang awak nikahi itu adalah sepupu saya sendiri.” Itu tekadnya.

Habis menutur kata-kata terakhir, lelaki itu melangkah meninggalkan perempuan yang selama ini berada di dalam hatinya. Dibiarkan perempuan itu pergi buat selama-lamanya biarpun hatinya merintih duka.


to be continued.....

Monday, January 26, 2015

PART 1: KERANA CINTA......


PROLOG:

Langit sudah menampakkan kelamnya. Warna oren yang melatari luasnya langit sudah beransur gelap. Subhannallah ciptaan Yang Maha Esa. Di beranda sebuah rumah pusaka, kelihatan seorang perempuan duduk di kerusi kayu berukir bunga yang melingkar. Di wajahnya pula terukir duka yang tidak berpenghujung.
Dalam sepi, ada suara memanggilnya perlahan.
“Qalisha, hari dah senja ni. Mari kita masuk.” Lembut suara itu memujuk.
“Tapi Adam belum datang kak.” Jawab Qalisha.
“Tak apa. Besok kita tunggu lagi ya. Maghrib pun hampir masuk waktunya. Tak elok duduk di luar senja-senja begini.”
Qalisha menuruti kata-kata Ariana. Langkah diatur perlahan masuk ke dalam rumah. Namun di dalam hati, Qalisha begitu sedih kerana insan yang dinanti itu tidak kunjung tiba. Di mata Ariana pula, sudah ada airmata yang bertandang melihatkan keadaan adiknya itu. Kerana cinta yang tidak kesampaian Qalisha berada di dunia ciptaannya sendiri. Dan kerana cinta serta kasih sayang seorang kakak kepada adiknya, segala kata hati Qalisha diturutkan agar peristiwa itu tidak berulang kembali.


to be continued........