Monday, October 12, 2009

KU BAWA MEMORI ITU - ( EPISODE 5)....


Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 4)

*********************************************************************************

Entah kenapa hari ini pula Puan Marlisa mahu kelas Sains 1 dan Sains 2 digabungkan untuk projek amali kimia. Alisya dan Tasya melangkah masuk ke dalam makmal yang dimaksudkan oleh Puan Marlisa. Mereka memilih "port" yang baik punya. Sengaja mereka memilih tempat di situ, kerana kedudukannya yang betul-betul di bawah kipas. Ketika sedang mengeluarkan buku nota kimianya, mata Alisya tertumpu kepada seorang budak lelaki yang sebaris dengannya. Macam pernah tengok je mamat ni, tapi kat mana yer....Ligat otaknya berfikir. Oppss...budak ni rupanya.
"Kau kenapa Alisya?" Tasya menyoalnya.
"Kalau kau nak tahu Tasya, tulah budak yang tolong aku masa kat tangga tadi."
"Ooooo...ye ke..."
Belum sempat nak suruh Irwan panggilkan, Puan Marlisa sudah masuk ke makmal. Batal program aku. Alisya tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pembelajarannya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Tasya menyiku Alisya setelah melihat gadis itu seakan berkhayal.
Tamat waktu Kimia, Alisya mengambil kesempatan untuk berjumpa pelajar tersebut.
"Err...awak.." Pelajar itu menoleh.
"Awak ni kan...yang tolong saya masa kat tangga tengahari tadi?" Tanya Alisya sedikit gugup. Pelajar itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Fuh..nasib baik tak salah orang.
"Saya Alisya, awak?"
"Adam Iqbal, panggil Iqbal je."
"Thank's ye pasal tadi. Kalau Iqbal tak tolong, mesti saya kat hospital sekarang."
"Perkara kecil je tu. Kebetulan saya lalu masa tu. Alisya kelas Sains 1 yer, kelas budak pandai?" Iqbal bertanya.
"Alah..sama je."
Di hujung luar pintu makmal, Tasya kelihatan gelisah. Dia dapat merasakan kelewatan untuk masuk kelas Mr.Chan. Ada yang kena berdiri luar kelas ni. Tasya menggerutu sendirian di dalam hati.
"Alisya...!" Jeritnya sambil menunjukkan jam di tangannya sebagai isyarat dah lewat.
Alisya melambaikan tangannya.
"Dia my bestfriend, Tasya. Mmmm..oklah. Rasanya dah lewat ni nak masuk kelas Mr.Chan. Faham-faham jelah. Kita jumpa lagi yer." Perbualan singkat mereka terhenti di situ. Alisya dan Iqbal melangkah menuju ke kelas masing-masing.
"Kalau kena berdiri kat luar kelas, kau belanja aku KFC." Tasya mengenakan syarat atas kelewatannya. Alisya hanya tersenyum mendengar bebelan Tasya.

**********************************************************************************
bersambung........

No comments: