Friday, December 31, 2010

SYABAS HARIMAU MALAYA....:-)

Syabas HARIMAU MALAYA dengan kemenangan Piala Suzuki AFF 2010. Semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan kalian termasuklah tuan umah.

Biarpun sebelum ini :
  • dicemuhi dengan provokasi dan propaganda pihak lawan,
  • diserang secara psikologi di hotel penginapan,
  • berlatih di tempat yang tidak sepatutnya
  • memasuki Gelora Bung Karno menaiki kereta kebal "baracuda"
  • isu laser menjadi senjata provokasi

Namun ianya tidak mematahkan skuad Harimau Malaya mengaum di Gelora Bung Karno. Akhirnya...di hadapan penonton Indonesia sendiri..skuad Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 di stadium keramat rakyat Indonesia - Stadium Gelora Bung Karno.

p/s : { Moral of the story : Jangan asyik mempertikaikan kelemahan orang lain akhirnya tersungkur di laman sendiri.... }

Friday, December 24, 2010

HADIRKAH DIA? - { INTRO }


TAJUK :

~ Hadirkah Dia? ~

SINOPSIS :

Antara Arit dan Riana tiada hubungan cinta, tetapi eratnya hubungan persahabatan yang terjalin telah membuahkan satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ady menjadi saksi perjanjian yang termeterai antara Arit dan Riana, namun apabila tiba saat perjanjian itu dilaksanakan, Arit telah mengingkari perjanjian itu. Di saat persembahan membuka tirai, persoalan Riana hanya satu...Hadirkah Dia di dalam dewan ini.......

WATAK YANG DIILHAMKAN:

Mohd Harith Iskandar - Arit
Nur Adriana - Riana
Megat Ady Naufal - Ady
Nurul Syakirah - Ira

****************************************

p/s : { SELAMAT MEMBACA CERITA DARI TUAN UMAH...:-) }

Tuesday, December 21, 2010

ERK....MY LAPTOP....


Argh!!!! tidak. Laptop tuan umah kene air aircond. Huhuhuhu..tak perasan duk letak bwh aircond. Sudahnya...hampir kebasahan. Mujur kene sipi2 je (ibarat dialog dlm filem seniman bujang lapok) dan alhamdulillah ianya masih boleh berfungsi seperti biasa dan harap2 ianya akan sentiasa baik2 aje huhuhuhu. Aduhai, dalam berjaga2 terkena jugak....:-(

p/s : { pesanan untuk diri sendiri....kene sentiasa berhati2...}

Wednesday, December 15, 2010

MOOD BOLA :-)...


Hari ini mood tuan umah ialah : BOLA......
Kerana : Mlm ni Malaysia vs Vietnam (Semi-final 1)
Harapan : Dapat gol byk2 sbg bekalan semi-final 2 nnt
GO...GO..GO..CAYUK....:-)

p/s : { tuan umah adalah peminat setia pasukan England untuk World Cup...mungkin akan berubah bila Malaysia masuk World Cup nnt.....heheheheheheheh }

Monday, December 13, 2010

AKU HANYALAH INSAN BIASA....

AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENUMPANG DI BUMI YANG MAHA ESA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENJALANI KEHIDUPAN PENUH BERLIKU
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG DIUJI DENGAN CABARAN HIDUP
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG GIGIH BERUSAHA SEHINGGA JAYANYA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MASIH DIBERI PELUANG MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI.........

Nukilan :
~ Anastasia ~
9.40 mlm....

p/s : { x taulah apa yg tuan umah ni merepek...bosan tahap cipan..x tau nk merepek ape tuk entry kali ini...hanya luahan hati di malam hari...:-) }

Thursday, December 9, 2010

SUKA GAMBAR INI :-)


DARI LENSA KAMERA TUAN UMAH :-)
PUTRAJAYA - 7 DISEMBER 2010

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 H......


1 MUHARAM 1432 H....

Bersama dititipkan keazaman yang baru dan semoga di dalam hati dan jiwa kita dipenuhi dengan kesabaran, keimanan dan ketabahan dalam menghadapi hari2 yang mendatang :-)



Salam Maal Hijrah kepada semua:
  • yang sudi mengunjungi blog tuan umah
  • yang sudi meninggalkan jejak di cbox blog tuan umah
  • yang sudi menulis pesanan di setiap entry blog tuan umah
  • yang sudi menjadi follower di blog tuan umah
  • dan kepada semua umat Islam seluruh dunia :-)

p/s : { Kredit untuk sumber gambar : diambil dari google image }

Monday, December 6, 2010

P.E.L.A.N.G.I.....


PAGI TADI :

Sewaktu drive ke tempat kerja, aku nampak pelangi. Wah! Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t. Dengan suasana di saat matahari menonjolkan dirinya, diiringi dengan 7 garis warna pelangi. Memang cantik. :-)

p/s : sejak akhir2 ni, tuan umah selalu cerita pasal pelangi. Kerana pelangi itu indah jika dipandang:-)

Thursday, December 2, 2010

BILA HATI BERBICARA.....


mood malam ini :

Kadang2 hati kita menangis tiada siapa yang nampak. Kadang2 hati kita merintih pilu, kita hanya memendam perasaan. Bak kata pepatah : hati terluka tiada siapa pun yang tahu....

Wednesday, December 1, 2010

HUJAN....


{ H.U.J.A.N + P.E.L.A.N.G.I = Sungguh indah }

Tuesday, November 30, 2010

MENGEDIT : HADIRKAH DIA?

Mood tuan umah hari ini :

{ menyambung kembali coretan "HADIRKAH DIA?" setelah sekian lama kertas-kertas contengan cerita ini tersembunyi di dalam almari rumah di kampung - (huhuhu..selama ini disangkakan hilang). Sudah ditemui dan sekarang ini tuan umah sedang dalam proses mencantikkan ayat dan jalan ceritanya ataupun dalam erti kata lain - sedang dalam proses mengedit....(poyo betul ayat tuan umah ini).

*********************************************

{ sedikit coretan dalam HADIRKAH DIA? }

{ Kedua-dua sahabat itu sungguh menghayati rentak setiap melodi yang dimainkan. Sehinggakan di dalam dewan itu ada yang merasakan seperti ada kisah di sebalik persembahan itu. Ya..memang ada kisah yang tersembunyi. Sesuatu yang bermain di kotak fikiran Riana hanya satu..Hadirkah Dia di dalam dewan pada malam ini?...... }

- minta maaf kerana ayat masih tunggang-langgang..heheheh -

Monday, November 29, 2010

CERITA SURAT KHABAR.....


*sumber gambar : google image

Hari-hari aku akan melihat gelagat orang membaca surat khabar. Ada yang suka membaca akhbar melayu dan ada yang suka dengan akhbar inggeris. Tetapi ada juga yang suka baca secara online. Pagi-pagi member kat opis akan mencari akhbar utk dibaca. Kadang2 sampai berebut-rebut...hehehehehehe. Aku juga takkan terlepas untuk membaca surat khabar setiap hari. Aku tak suka membaca secara online. Aku lebih suka baca surat khabar secara bercetak. Lagi satu.....aku suka mula bace surat khabar dari muka surat belakang. Hahahahahha...pelikkan...tapi itulah kenyataan. Mula-mula ramai yang pelik tapi lama-kelamaan diaorang tak kisah. Pelik ke bila baca surat khabar dari muka surat belakang?... Entahlah. Korang pulak macam mane?

p/s : { pelik tapi benar..itulah kenyataan tuan umah yang suka baca surat khabar dari muka surat belakang...hehehehehe..salah satu sebabnya ialah suke berita pasal sukan..ahaks }

Wednesday, November 24, 2010

AWARD UNTUK TUAN UMAH...


Hari ini nak update blog, pastu ade pesanan di shoutmix dari blogger frenz : eiyda { "anda dapat award...sila dtg ambil ya...:)" }

Buat kali kedua tuan umah ini dapat award...thanks utk eiyda for this award..:-)

p/s : { Tuan umah berasa bangga kerana ada org sudi memberi award...thank you so much...(amboi...tuan umah bercakap mcm dpt award negara...ahaks) }

Monday, November 22, 2010

BLOG KEDUA TUAN UMAH :-)........

PENGUMUMAN :
  • Bagaimana boleh terciptanya blog ini? Kerana minat melihat tempat2 menarik di dunia (walaupun x pernah jejak pun tempat2 ni..heheheh..) dan ilham ini diterjemahkan ke dalam blog kedua tuan umah...
  • Walaubagaimanapun, blog kedua ini masih dalam proses dikemaskini oleh tuan umah, jadi agak kucar-kacir blog ini buat masa sekarang
  • HISTORY : Blog ini sebenarnya sudah lama terbina since 29/4/2009 - so mulai malam ini 22/11/2010 blog kedua tuan umah akan beroperasi dengan info2 terbaru...

p/s : { tuan berumah berangan nak ada banyak blog, tapi takut tak sempat nak update...ahaks. Buat masa ni cukuplah 2 dahulu...heheheheh ~ ayat poyo tuan umah..:-) }

Sunday, November 21, 2010

FATIMA FROM MOROCCO.....


THE MOST BEAUTIFUL GIRL IN THE WORLD
HELD IN FRANCE AND HER NAME IS FATIMA FROM MOROCCO

Sumber diperolehi dari :

p/s : { Ala tomei2 budak ni...cute.. Tiba-tiba teringat kat Alisya (wajahnya yang menjadi inspirasiku untuk menulis watak Aliyatul Alisya dalam nukilan "KU BAWA MEMORI ITU" }

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA....


SALAM AIDILADHA KEPADA :
  • Pengunjung setia blog tuan umah ini
  • Pengunjung yang sudi meninggalkan jejak di cbox tuan umah
  • Pengunjung yang terbuka hati untuk menjadi follower di blog tuan umah ini
  • Pengunjung yang meninggalkan komen di setiap entry
  • Dan untuk semua yang mengenali tuan umah ini..:-)
p/s : { Tuan umah akan bercuti dan akan kembali dengan entry baru pada hari Ahad atau Isnin....Tuan umah nak balik kampung...kuhik..kuhik..kuhik..kuhik.. }

Monday, November 15, 2010

INTRO : TULIP INI UNTUK AWAK.....

INTRO : MOHD ZACKRY ZAFUAN & NUR ADRIANI ASYIQAH diadun wataknya dalam TULIP INI UNTUK AWAK

*******************************************************

“Zack..Zack..bangun sembahyang Subuh, nanti terlajak. Dah 6.30". Badan Zack digerakkan perlahan. Tiada respon. Kali ini goncangannya agak kuat sedikit. Mata Zack terbuka perlahan.
"Kenapa?". Dengan suara yang agak serak, Zack bersuara.
Erk..dia tanya aku kenapa. Iqa getus perlahan di dalam hati.
"Bangun sembahyang." Dia perasan wajah Zack pucat dari semalam. Iqa meletakkan tangannya di dahi Zack. Panas.
"Awak demam ke?" Zack hanya mengangguk perlahan.
Dalam kepayahan, Zack bangun menuju ke bilik air. Separuh berjalan dia seakan tidak seimbang. Cepat-cepat Iqa mendapatkan Zack dan memapahnya ke bilik air. Dilihat Zack mengambil air sembahyang dengan perlahan. Selepas itu dibiarkan Har berjalan sendiri, terpegang nanti batal pula air sembahyang. Zack duduk di birai katil sambil menanti Iqa membentangkan sejadah.

Samb.....

********************************************

p/s : { Ini hanya sebahagian nukilan "TULIP INI UNTUK AWAK". Masih dalam proses menulis. Oleh kerana helaian coretan "HADIRKAH DIA" hilang, maka tuan umah mula menulis nukilan TULIP INI UNTUK AWAK. }

Sunday, November 14, 2010

MENCARI YANG HILANG......


*sumber gambar : google image

  • Argh tidak!!!!..tuan umah dah lupa kat mane dia letak helaian2 cerita yang ditulis untuk nukilan "Hadirkah Dia?". Yang ada dalam laptop semuanya belum di edit. Bila menulis tuan umah suka mengedit di atas kertas sebelum ditaip ke dalam laptop. Macam mane ni, dalam kereta dh cari, kat umah dah cari, kat opis pun dah dicari...tapi x jumpa.
  • Missing....kat mane tuan umah ni letak... Hanya ada satu usaha terakhir iaitu mencarinya di rumah ibu bapa kesayangannya di kampung. Rase2 nya macam tertinggal kat sane. huhuhuhu nampaknyer kene tangguhkan dulu menulis cerita Hadirkah Dia?.huhuhuhu

p/s : { berfikir dan mencari idea untuk menulis nukilan baru..."TULIP INI UNTUK AWAK"...}
{ Dalam hati tuan umah terdetik : Huhuhuuh...."menulis" - mcmlah dia tu penulis terhebat..huahuahuahuahu (kutuk untuk diri sendiri) :-)}

Saturday, November 13, 2010

SUKAN KESAYANGAN TUAN UMAH.....


NETBALL....sukan kesayangan tuan umah. Kenapa? heheheheh sebab minat kot. Dengan netball, tuan umah dapat menjelajah ke serata negeri termasuk Singapore. Minat sangat sampai wallpaper kat laptop pun gambar I love Netball...ahaks....

p/s : { poyo betul tuan umah ni. Ini tandanya tuan umah ketandusan idea nk menulis. Bilelah nk habiskan nukilan Hadirkah Dia?...huhuhuhuh }

Friday, November 12, 2010

LAYAN HINDI MOVIE...



Hahahahahah...dah lame tak layan Hindi movie. Tiba-tiba mlm ni terasa nk tengok citer hindustan. Hum Saath Saath Hain...best giler citer nie. Lagu jgn cakap..memang layan.

{ p/s : Tuan umah ni memang peminat setia citer hindustan....hehehehehehe }

Thursday, November 11, 2010

SELAYANG PANDANG....



Pertama kali dengar lagu ni..tuan umah menjadi suka...
Biarpun kene gelak, sebab suka lagu rentak melayu deli,
tuan umah tak kisah...
LAYANZ......

* Sumber video dr blog Riesna Zasly.....(seorang yang dekat dengan seni dan sastera)
* Nama penyanyi ni Ferry Afi dari Indonesia (menang program realiti ala2 Akademi Fantasia)

Tuesday, November 9, 2010

CORETAN SEORANG PERINDU....


NUR ARIANI ARISSA & MOHD DARWISH ZACQUAN akhirnya diterjemahkan ceritanya dalam CORETAN SEORANG PERINDU

{ Ini hanya sebuah coretan pendek dan bukan cerita panjang seperti cerpen biasa }

Monday, November 8, 2010

BLOG WALKING TIME....

ACTIVITI HARI INI :

Hari ini tuan umah nak menjengah blog kengkawan setelah sekian lama tidak berbuat demikian lantaran kekangan masa yang amat padat sebelum ini { tuan umah nyer alasan je tu...heheheheh }

Wokeh...BLOG WALKING time.......:-)

Let's go...

Wednesday, November 3, 2010

TULIP......



Jika orang bertanya "Apakah bunga kesukaan awak?"
Sudah pasti jawapannya "TULIP".....

..........ADRIANI........
"TULIP INI UNTUK AWAK"

Tuesday, November 2, 2010

TULIP INI UNTUK AWAK......



TAJUK : TULIP INI UNTUK AWAK

ADRIANI : Aku suka bunga tulip.
ALIF : Kenapa kau suka bunga tulip?
ADRIANI : Kerana ada orang pernah bagi aku bunga tulip.
ALIF : Siapa orang tu?
ADRIANI : Erm....seorang budak lelaki, 16 tahun yang lalu.
ALIF : Hah...16 tahun yang lalu....
ADRIANI : Yup. 16 years ago.

Alif menggaru kepalanya mendengar jawapan Adriani.

{Ehem...ehem...ehem... Akan datang selepas "HADIRKAH DIA?"}
*Persoalannya : dh siap ke Hadirkah Dia?.....huhuhuhuhu*

Sunday, October 31, 2010

MISS WORLD 2010....


MISS WORLD 2010 is.......MISS USA
{ALEXANDRIA MILLS}

Wednesday, October 27, 2010

HUARGH....

Huhuhuh...i'm so tired today. WHY?

26/10/2010 = siapkan assignment.....pastu masuk tido kul 2.00 pagi...

TODAY {27/10/2010}

6.05 pagi = wake up early everyday
6.50 pagi = dh gerak pegi opis
8.00 pagi - 5.30 petang = Konvensyen KIK 2010
5.30 petang = Pegi Puncak Perdana untuk hantar assignment

Now, i'm so sleepy...huargh...

Thursday, October 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAMA....

MAMA, HAPPY BIRTHDAY...
MAY ALLAH BLESS YOU...
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI...
LOVE YOU SO MUCH MAMA...
MMMMMMUUUAAAAHHHHH


Monday, October 18, 2010

CINTAILAH SETULUS HATI......

"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar-benar menyintainya setulus hati"

Thursday, October 14, 2010

NOKIA X6........


* Tuan umah sedang berangan guna nokia x6 ni....ahaks....

{ I LIKE IT :-) }

Wednesday, October 13, 2010

TERIMA KASIH.... :-)



{ TQ RANIA FOR THIS NOVEL...:-)}

Friday, October 8, 2010

HADIRKAH DIA ?...{ FATWA PUJANGGA}

Syakila memeluk Riana. Perlahan dia berbisik ke telinga Riana.
"Riana, Darwish sentiasa hadir di dalam hati kita semua. Aku yakin suatu hari nanti kau pasti akan bertemu dengannya. Bersabarlah. Aku tahu harapan tinggi kau setiap kali menghadiri majlis reunion ni. Dia sentiasa hadir di dalam hatimu, Riana."
Riana mengangguk perlahan mendengar kata-kata Syakila. Ada benarnya disebalik kata-kata itu. Seakan mendapat satu keyakinan, segala kata-kata dan dorongan dari kawan-kawannya yang tidak pernah jemu memberi semangat, akhirnya Riana bersetuju meneruskan persembahan di malam itu.

{persoalannya: HADIRKAH DIA di malam itu??????????}


**********************************************************************************

{ Inilah lagu yang dinyayikan Nur Adriana di malam itu setelah membuat persembahan duet bermain biola dan piano bersama Megat Ady Naufal}

Telah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua

p/s : Ini lagu "FATWA PUJANGGA" nyanyian Aisyah. Cerpen ini dalam proses di edit oleh tukang tulis cerita ini...heheheheh

Friday, October 1, 2010

HADIRKAH DIA?.....{ SESSI PENGENALAN }

HADIRKAH DIA?

{SESSI PENGENALAN}

S : Siapakah watak hero dalam Hadirkah Dia?
J : Mohd Darwish Zackquan
S : Siapakah watak heroin dalam Hadirkah Dia?
J : Nur Adriana
S :Watak-watak lain dalam Hadirkah Dia?
J : Megat Ady Naufal, Intan Syakila, Nurul Syakirah, Mohd Reezman dan ramai lagi...hehehehehhe
S : Jalan cerita ?
J : Heheheheh....."Bertahun sudah berlalu, dia tidak mungkin ku lupa. Biarpun bukan jalinan cinta yang bersemi, tetapi jalinan persahabatan yang terjalin lebih bernilai dari sebuah cinta."
S : Elemen dalam Hadirkah Dia?
J: {Pelangi,+Biola+Piano+Gurindam Jiwa+Fatwa Pujangga = BERMULANYA SEBUAH PERSAHABATAN
S : Bila nak siap?
J : Huhuhuhuhu...entahlah...:-(

p/s : terpaksa membahagikan masa antara Hadirkah Dia & Kerja = 50/50....



Friday, September 24, 2010

GLOW OF LOVE.....


ADAM & NUR
*miss this couple...hehehehe*
GLOW OF LOVE = NUR KASIH

{ teringat pada ungkapan Adam :"kita memang tak boleh jadi orang lain. Tetapi, kita boleh jadi orang yang lebih baik" }

Tuesday, September 21, 2010

MENCARI ?.......



*SEDANG MENCARI KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DI HATI DAN JIWA*

Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu,
Jadikanlah Solat itu Penghubung dengan TuhanMu,
Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu,
Dan jadikanlah Kematian itu Pertemuan dengan KekasihMu.

Monday, September 13, 2010

THE WORLD'S MOST BEAUTIFUL COLLEGE CAMPUS....


Kenyon College, Gambier, Ohio....

* { Hehehehe..kalau macam ni suasana kampus aku, confirm rajin aku pergi kelas...heheheh }

*Info dari FORBES.COM....

World's 5 Most Beautiful College Campuses:
  1. Kenyon College, Gambier, Ohio
  2. Oxford University, Oxford, England
  3. Princeton University, Princeton, N.J
  4. Scripps College, Claremont, Calif
  5. Stanford University, Palo Alto, Calif

Tuesday, September 7, 2010

SALAM LEBARAN....


SALAM LEBARAN KEPADA SEMUA SAHABAT HANDAI DAN SEMUA PENGUNJUNG SETIA BLOG INI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN :-)

IKHLAS DARI TUAN UMAH,
http://penakumenulis.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

PELANGI....{HADIRKAH DIA?}....



Mata Riana menangkap warna di atas langit. Pelangi.
“Eh, Darwish..tengok tu pelangi.” Jari telunjuknya menunjuk ke arah pelangi.
“Riana, jangan tunjuk, nanti tangan kudung.” Darwish cuba menakutkan Riana. Cepat-cepat dia menyorokkan tangannya ke belakang. Darwish dah terguling-guling ketawa melihat muka Riana yang takut tangannya kudung. Barulah dia menyedari yang Darwish menipunya. Dengan bercekak pinggang, dia memandang Darwish yang tidak berhenti ketawa. Ranting dikakinya diambil lantas memukul Darwish. Namun Darwish dapat melarikan diri. Bermulalah adegan kejar-mengejar antara mereka berdua. Habis semua tempat mereka redah.
“Ok..ok..stop.” Darwish menyerah kalah bila Riana mengejarnya. Siapa tak kenal dengan Riana. Pelari pecut di sekolahnya. Mau tak cukup kaki berlari.
Tu la. Tipu lagi.” Riana berhenti berlari bila Darwish mengaku kalah.
“Kuat sangatlah kau lari Riana. Tak cukup kaki rasanya aku lari.” Rania ketawa melihat Darwish kepenatan.

{ Ini sebahagian cerita persahabatan antara DARWISH dan RIANA }
~ "HADIRKAH DIA?" ~