Sunday, January 31, 2010

SUARA HATI ZAQUAN... :-)

Tiada apa yang mampu diungkapkan taktala berhadapan dengannya. Mulutku terkunci, mataku pedih digenangi airmata melihatkan insan di hadapannya. Apa yang perlu aku katakan.....aku tidak sanggup berhadapan dengannya dalam keadaan sedemikian. Kuatkah semangatku.....sepertimana dia teguh dan setia menanti kepulanganku.....

SUARA HATI INSAN YANG BERNAMA
~ MOHD DARWISH ZAQUAN ~

p/s : Tengah pening nak siapkan 1.4.3.7....hhuhuhuhuhu

Tuesday, January 26, 2010

1.4.3.7.......( 82% IN PROGRESS) *V*.....

Benar tekaannya. Puisi itu ada kaitan dengan puisi yang diterimanya semasa di Tingkatan 3 dulu. Disatukan lalu menjadi satu puisi yang lengkap.

Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah
Saya suka tengok dia

Ada seorang budak perempuan
Dia budak kelas sebelah
Hari-hari saya nampak dia

Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia

Kini dia masih seperti dulu
Sentiasa dekat dengan aku

Kenangan 11 tahun yang lalu terimbas di mindanya.....
Tamat waktu Pendidikan Jasmani, semua berkejar-kejar menuju ke bilik air nak tukar baju. Qairien dengan malasnya melangkah ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia menarik beg yang diletakkan bawah mejanya, sekeping kad berwarna hijau jatuh ke lantai. Lantas diambil kad itu. Untuk awak, Qairien. Pelik. Qairien memandang sekeliling. Tiada siapa yang boleh disyaki. Namun kad itu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kini setelah 11 tahun peristiwa itu berlalu, insan misteri ini muncul kembali. Seolah-olah mengekorinya. Macam sumpahan.
1.4.3.7..apa maknanya? Siapa dia ni? Kalau ikut sejarah nota ni, mesti budak ni satu sekolah dengan aku dulu.
Argh..pening kepala aku. Hatinya tergerak untuk membuka e-mailnya. Tepat tekaan gerak hatinya. Ada mesej yang dikirim 1.4.3.7 buat dirinya.

Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH,
Mendengarkan kata-katanya menambah ilmu,
Terlihat gerak-gerinya meninggalkan taku kepada ALLAH,
Berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH....

Ikhlas : 1.4.3.7...

p/s : Ayat di atas belum "di edit" sepenuhnya. Jika ada kesilapan tatabahasa dan ayat yang tunggang langgang...haraf maaf...:-)

Friday, January 22, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {8}

21 JANUARI 2010 - MELODI ATAU LIRIK

Saat Arissa mendengar lagu ini dalam iklan Tasbih Cinta kat TV, Arissa tertarik dengan melodinya. Nice. Arissa mencari di dalam Youtube. Rupa2 nya lagu penyanyi Indonesia, *Ressa Herlambang*. Huhuhuh..tengok video clip lagu ni mmg sedih. Lalu Arissa mencari liriknya lalu diletakkan dalam diari "Nukilan hati Arissa" sebagai memenuhi lembaran helaian Nukilan hati Arissa..... :-)

Semula ku tak yakin
Kau lakukan ini padaku
Meski dihati merasa
Kau berubah saat kau mengenal dia


Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu


Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

Terkadang ku menyesal
Mengapa ku kenalkan dia padamu

Terkadang ku menyesal

Mengapa ku kenalkan dia padamu

Sisipan Arissa : Kadangkala Arissa suka mendengar melodi lagu berbanding memahami liriknya, kerana kadang2 disebalik melodi itu, memori lama kembali bertandang mengingatkan Arissa pada si dia... *v*

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Tuesday, January 19, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {7}


18 JANUARI 2010 - ARISSA TIDUR LEWAT...HUARGH...

Huargh....mengantuknya. Malam tadi Arissa tidur lewat nak siapkan assignment. Huhuhu...bersepah segalanya..dengan kertasnya, dengan failnya, dengan laptopnya, dengan alat tulisnya, dengan Arissanya...hehehehe.... Pening. Tapi Arissa cuba sedaya upaya untuk mengimbangi aktiviti hariannya dari pagi sampai ke malam. Semalam kelas Arissa tamat awal. Jadi bolehlah Arissa relax sikit. Tapi x leh nak relax sangat coz this wednesday Arissa got a presentation 2 article review...huhuhu...go..go..go..cayuk Arissa (trademark Arissa motivate itself).... :-)

Sisipan Arissa: "All the best Arissa...." (ayat2 semangat yang pernah diucapkan kepada Arissa oleh si dia dulu...)

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Monday, January 18, 2010

SIAPA INSAN ITU?.......


KALA SENJA MELABUHKAN TIRAI LAYARNYA
AWAN MEGA MENGUKIR LUKISAN INDAH
DI SUATU SUDUT TEPIAN PANTAI
ADA INSAN MENCURI LAMUNANKU
HAMPIR SETIAP HARI
INSAN ITU MELABUHKAN PANDANGANNYA
KE SITU.........
AKU TIDAK PASTI
NAMUN SUARA DI HATIKU TERDETIK
SIAPA DAN MENGAPA DIA DI SITU
SETIAP KALI SENJA MELABUHKAN TIRAI LAYARNYA.......


p/s : Image kat atas tu aku jumpa kat google image...pinjam jap... :-)

Wednesday, January 13, 2010

"NUKILAH HATI ARISSA" - {6}


11 JANUARI 2010 - ARISSA DAH ADA KAWAN *v*

Hari ini terasa mcm betul2 pergi kelas. Sepanjang minggu pertama, Arissa rasa mcm keseorangan. Mgkn sebab Arissa belum kenal sesiapa dalam kelas itu. Tapi hari ini Arissa dah mula mengenali ramai kawan dalam kelas...(ish..ish..ish..Arissa ni macam baru masuk darjah satu pulak)... Maklumlah rata2 dalam kelas tu pun x kenal lagi antara satu sama lain. Bila dah mula kenal, masing2 pun mintak no hp lah, email lah, facebook lah...termasuklah Arissa.
Majoriti dalam kelas Arissa, umurnya boleh dikatogerikan junior...cuma yg sama part time mcm Arissa je lebih kurang sebaya...heheheheh...
Tak kisahlah...janji boleh ngam sebagai kawan. Bertambah ramailah kawan Arissa *v*heheheheheheheheh....

Sisipan Arissa : Teringat masa dulu2...saat Arissa kenal dan ada kawan nama "si dia"..huhuhuuh

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Tuesday, January 12, 2010

LELAKI vs PEREMPUAN....

Dah banyak aku membaca artikel tentang "BOLEHKAH LELAKI DAN PEREMPUAN MENJADI SAHABAT KARIB...? Berbagai pandangan yang aku perolehi sebaik sahaja usai membaca setiap artikel tentang tersebut. Persoalannya tidak akan berubahkah perasaan sayang sebagai sahabat itu kepada sayang sebagai seorang kekasih apabila lelaki dan perempuan menjadi sahabat karib....
Pada pendapat aku, itu tidak kisah..yang penting kejujuran dan menghormati antara satu sama lain adalah resepi utama dalam mana2 persahabatan.....

p/s : Tiba2 teringat ngan Ijam dan Alisya dalam "KU BAWA MEMORI ITU". Bolehkah hubungan persahabatan dan kasih sayang mereka kekal sebagai seorang abang dan adik walaupun mereka tiada hubungan persaudaraan...hehehehehe

Monday, January 11, 2010

AJL 24...........



PERGI......

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

p/s : What can I say.....AJL 24 berdiri di atas kehebatannya yang tersendiri........Suka tengok persembahan Aizat masa lagu PERGI...especially the Indian girl and the Malay girl yang main BANHU.....nice....

Sunday, January 10, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {5}


8 JANUARI 2010 - ARISSA PENING BILA ASSIGNMENT BANYAK...


Due date : Next week....
Argh!!!! only one week...Arissa kene submitted assignment...Macam mane nie, article tak cari lagi..huhuhuhuhuhu
Kalau dulu ade si dia tolong carikan...sekarang kene wat sendiri....Arissa kene cari sendiri......cayuk....

Sisipan Arissa : Habis wat report nk kene prepare utk presentation...huhuhuhuhu

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Friday, January 8, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {4}


7 JANUARI 2010 - MEMORI LAMA ARISSA MENJELMA....

Hari ini Arissa teringat si dia. Tak tahu kenapa wajah itu bermain di layar minda Arissa. Mungkin kerana keadaan harian Arissa sekarang......belajar. Bile ke kelas, dengar lecturer berceloteh, buat assignment, discussion, lepak sama2...itu membuat Arissa mengimbau kembali memori yang pernah dicipta bersama si dia. Argh..tidak...Arissa kene lupakan dia.
Dia telah pergi menjauhkan diri dari Arissa tanpa sebarang berita, kenapa mesti Arissa ingat kpd dia. Itu tidak adil. Arissa tak nak wajah itu kembali. Arissa nak lupakan dia. Huhuuhhuhuhuhu....
Saat pena menari menulis nukilan hati ini, airmata Arissa mengalir. Kenapa????.. Kerana di telinga Arissa masih terngiang2 ungkapan yang pernah dikatakan oleh si dia.

Saat itu di depan dewan kuliah....

SI DIA : Arissa...saya ade sesuatu nak bgtau kat awak...
ARISSA : Apa dia? Cakap jelah..
SI DIA : Saya tak nak berkawan dengan awak lagi...sebab..sebab...saya tak suka awak...
ARISSA : (Terkedu Arissa mendengarnya)
SI DIA : (Berlalu pergi meninggalkan Arissa keseorangan di situ)

Tidak....Arissa dulu lain dari Arissa sekarang. Arissa tak nak ingat dia.... Kini Arissa dah berjaya tanpa bantuan si dia....Go..Go...Go..cayuk Arissa

Sisipan Arissa : Kadang2 kenangan itu muncul dengan sendirinya... :(

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

PERIGI MENCARI TIMBA....


APA PENDAPAT KALIAN DENGAN ISTILAH INI....????


Istilah perigi cari timba dah lama kita dengar. Tapi relevankah istilah itu dipraktikkan pada zaman moden sekarang ini. Apabila perempuan meluahkan perasaannya kepada insan yang bergelar lelaki adakah ianya akan digelar "perempuan tak tau malu"....malunya. Tapi org selalu kata, zaman sekarang ni dh x kisah dengan itu semua.....siapa cepat dia dapat...hehehehe...best woman can win..ahaks...
Tapi macam mane pulak bagi org yang tak berfikiran terbuka....huhuhuhuhu...lain pula persepsinya...hhuargh......

p/s : Isu ni menjelma semasa tengah drive...heheheheh

Thursday, January 7, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {3}


6 Januari 2010 - JEJAK KASIH ARISSA.....

Benar seperti yang orang selalu kata, dunia ini kecil sahaja. Pusing2 jumpa org ni, jumpa org tu. Setelah sekian lama Arissa tamat pengajian, Arissa bertemu kembali juniornya dulu. Siapa sangka, bila Arissa sambung belajar balik, Arissa jumpa balik juniornya yg dulu2. Mujur budak junior tu yang tegur, nak harapkan Arissa...erm...jangan harap. Nak ingat nama pun payah...kalau tengok muka pun kene tenung lama2 baru boleh ingat. Hehehehehe...macam jejak kasih pulak.

Hari ini Arissa tak ada idea nak tulis mcm2 kat dlm diari ni.......otak jadi tepu......So...stop kat sini dululah..mata Arissa pun dah terbayang bantal ngan tilam...huargh....so sleepy...... *v*

Sisipan Arissa : Terasa masa itu cepat berlalu......huhuhuhuh (teringat pulak pada "si dia"...hehehehehehe)

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Wednesday, January 6, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {2}


5 JANUARI 2010 - BILA ARISSA TULIS PUISI....

Saat diari ini diselak lembaran baru, hati Arissa terdetik untuk mengarang sebuah puisi. Puisi yang bertemakan persahabatan.....

"Di manakah letaknya nilai sebuah persahabatan......
"Pastinya pada keikhlasan dan kejujuran.....
"Benarkah persahabatan ibarat persaudaraan....
"Jawapannya adalah benar.....
"Bolehkah perempuan dan lelaki menyulam persahabatan......

Bila mengarang puisi ini, Arissa terhenti seketika...."Bolehkah perempuan dan lelaki menyulam persahabatan....". Itu Arissa tidak pasti jawapannya...apa yang patut Arissa tulis.....Argh...tiba-tiba idea itu hilang di saat merungkai persoalan yang dibuat oleh diri sendiri. Kenapa jadi begini?????

Sisipan Arissa : Adakah Arissa sudah serik utk bersahabat dengan lelaki lalu idea itu melayang entah ke mana???..huhuhuhu


~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Tuesday, January 5, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {1}


4 JANUARI 2010 - HARI PERTAMA ARISSA HADIRI KELAS..

Hari ini merupakan hari paling sibuk dalam Malaysia. Sibuk kerana apa?..Sibuk dengan para pelajar yang mendaftar masuk ke sekolah. Jalan jem jangan kata. Setelah sebulan lengang dengan bangganya mengharungi jalan yang selesa, tiba2 hari ini haru-biru..huhuhuu..."JEM". Aduhai... Tapi, bagi diri Arissa pun sibuk jugak. Sibuk kerana apa? Kerana hari ini juga hari pertama Arissa hadiri kelas. Kalau budak sekolah masuk kelas waktu pagi, tapi Arissa masuk kelas waktu petang. Alahai Arissa...huh, jadual harian sudah berubah. Pagi keje, petang pegi kelas. Tahun baru, jadual harian pun baru. Huhuhuhuh...semoga Arissa tabah mengharungi hari2 baru ini di tahun baru ini.....Go..go..go..cayuk Arissa...
First class, Arissa dh dapat asignment. Argh tidak...Lagi berubah jadual harian Arissa. Pasni nak kene bahagikan masa dengan keje and study. Dalam duk berfikir nak adjust jadual, fikiran Arissa berangan kalaulah ada "MY HEART PRINCES" (MHP)....huhuhuhuu...lagi kucar-kacir dibuatnya. Yelah, nak bahagi masa ngan "MHP"... Buat masa ni Arissa solo, so life Arissa tak berserabut sangat. Hehehehehe....
Oklah, makin merapu pulak Arissa menulis dalam diari ni. Sambung esok jelah...All the best Arissa. (Bagi semangat utk diri sendiri) :-)

Sisipan Arissa : Batuk tak ingat dunia...terpaksa kuar kelas nk lepaskan batuk yang semakin menjadi2...haru.....

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Monday, January 4, 2010

"HUAHUAHUAHUAHUA"


Semangat baru...azam baru...langkah baru...tapi kenapa aku x de idea untuk entry tahun baru ini...huahuahuhahuhua...