Thursday, October 22, 2009

KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 9).....


Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 8)

******************************************************************************
"Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pengumuman ini ditujukan kepada Aliyatul Alisya Binti Harris, pelajar 4 Sains dan Mohd Izham Iskandar Bin Amin pelajar 5 Kejuruteraan Awam, sila hadirkan diri anda ke bilik pengetua dengan kadar segera. Sekian harap maklum."
Semua mata tertumpu ke arah Alisya. Terasa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Kenapa pulak ni. Begitu juga Ijam.
"Glamour nampak. Macam kat SOGO lak." Lan di sebelahnya mengusik.
"Kau kene 'tangkap basah' dengan adik kau ke?" Anisah yang duduk di belakangnya mencelah.
"Eh..shhh...cuak aku ni." Lan cuba menenangkannya. Setelah kebenaran di minta dari Puan Yoh, Ijam melangkah ke bilik pengetua. Kelihatan Alisya sudah sampai dahulu darinya. Sempat dia mencuit Alisya.
"Kenapa cikgu panggil kita?"
"Alisya pun tak tau kenapa."
"Bukan paklong ke tu. Bila masa pulak dia balik Malaysia?" Matanya memandang lelaki yang keluar dari bilik pengetua itu.
"Paklong...bila balik sini?" Alisya bersuara sambil menyalam tangan orang tua itu. Begitu juga Ijam. Namun ada riak sedih di sebalik wajah garang paklongnya itu. Tuan Imran memandang anak saudaranya itu. Timbul rasa simpati di hati. Bagaimana agaknya reaksi anak ini apabila mendengar berita sedih yang akan disampaikan.
"Anything happen?" Alisya bertanya. Cemas. Dari wajah Tuan Imran, Ijam seperti sudah dapat menjangkakan apa yang telah berlaku. Namun dia berdiam sahaja.
Tuan Imran memegang bahu Alisya perlahan.
"Alisya..dengar baik-baik ye nak, apa yang paklong cakapkan ni. Papa dan mama kemalangan dan mereka........dah meninggal dunia." Airmata Alisya mengalir laju. Tak mungkin.
"Paklong jangan bergurau dengan Alisya." Dia menidakkan berita yang didengarinya.
"Benda kematian ni bukan boleh dibuat bergurau Alisya. Papa dan mama kamu sudah meninggal." Gementar lututnya taktala mendengar pengakuan kedua paklongnya itu. Ini kenyataan. Hampir rebah Alisya, namun tubuhnya sempat disambut oleh Ijam. Dia menangis di bahu Ijam.
"Abang Ijam.....betul ke apa yang Alisya dengar."
"Betul Alisya."
Semakin berterusan dia menangis. Ijam dan Tuan Imran memujuk agar bersabar menerima kenyataan ini.
"Ini semua ujian Allah nak. Banyak-banyak bersabar."

*********************************************************************************
Perkarangan rumahnya sudah dipenuhi dengan kereta. Rata-ratanya adalah saudara dan sahabat kedua-dua arwah. Apabila kakinya melangkah masuk, maklong terus menerpa ke arahnya. Dia terus memeluk maklong dan menangis.
"Bawa bersabar nak."
Maksu Timah mengusap belakang Alisya. Kasihan dia melihat anak itu hilang tempat bermanja. Tidak dapat dibayangkan oleh Ijam, wajah yang selalu ceria kini bertukar watak. Menjadi seorang yang menanggung kesedihan yang teramat sangat. Setelah menukar baju dan mengambil wudhu, Alisya duduk di tepi jenazah orang tuanya untuk membaca Yassin. Begitu juga Ijam.
Satu-persatu airmata Alisya gugur menitis jatuh ke atas kitab Yassin yang dibaca. Selang beberapa ketika, kelihatan gadis itu menyapu airmatanya.
"Kuatkan semangat Alisya. Tak baik menangis. Nanti mereka lagi terseksa." Ijam berbisik ke telinga Alisya. Dengan perlahan dia mengangguk. Bacaan Yassin diteruskan sehinggalah tiba masa untuk disembahyangkan.
Tiba waktu dikebumikan, Alisya berdoa agar diberikan ketabahan untuk merelakan mereka pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menghadapi dugaan yang berat ini.
"Kita pulang yer Alisya. Dah lama Alisya duduk kat sini. Paklong pun dah lama menunggu tu." Pujuk Ijam perlahan. Alisya bangun dan terus menuju ke kereta. Diam seribu bahasa. Ijam mengekori dari belakang. Dia tahu, Alisya masih dalam keadaan terperanjat mendengar berita kematian papa dan mamanya.
Suasana di rumah itu sunyi. Tidak seperti dulu. Tiada lagi kedengaran suara mamanya memanggilnya makan, tiada lagi kelihatan papanya membaca akhbar di kerusi rotan malasnya. Semuanya tiada lagi. Semenjak pulang dari tanah perkuburan, Alisya mengunci dirinya di dalam bilik. Frame gambar ditangannya direnung lama. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipinya. Dia seperti tidak percaya, dua insan yang amat disayanginya pergi menyahut seruan Ilahi. Kini, semua itu tinggal kenangan. Kenangan yang tidak akan luput dari minda dan sanubarinya.
Alisya seperti dapat merasakan ada orang di pintu biliknya. Dia tahu siapa. Namun dia tak mahu diganggu buat masa ini.
"Please abang Ijam...leave me alone. Alisya tak nak diganggu." Mendengar apa yang dikatakan oleh Alisya, Ijam menutup kembali pintu bilik itu. Dia agak tersinggung dengan kata-kata Alisya, namun dia memahami situasi Alisya.
"Alisya macam mana Ijam?" Tuan Imran bertanya.
"Dia masih lagi macam tadi. Mungkin kejap lagi eloklah tu." Ijam memberi alasan.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.30 malam. Perutnya sudah mula berbunyi. Semenjak siang tadi, dia tidak menjamah apa-apa. Dengan perlahan, Alisya keluar dari biliknya. Sunyi. Dilihat bilik Ijam masih terang lantas dia mengetuk bilik itu.
"Alisya.....kenapa?"
"Alisya lapar. Temankan Alisya makan."
"Jom."

Selesai makan, Ijam menghantar Alisya ke bilik. Tetapi Alisya terus menuju ke balkoni rumah itu. Ijam menuruti saja langkah Alisya.
"Abang Ijam....Alisya minta maaf pasal tadi. Alisya tak patut cakap macam tu kat abang Ijam." "Mula-mula memang abang Ijam terasa sebab Alisya tak pernah macam tu. Tapi sekarang tak lagi."
"Kenapa?" Pelik.
"Sebab sekarang Alisya dah bercakap dengan abang Ijam." Ada garis senyum di wajah Alisya.
"Alisya sedihlah."
"Alisya.....jangan macam ni. Alisya kena banyak bersabar dan berdoa. Allah lebih menyayangi mereka. Yang pergi tetap pergi. Kehidupan tetap kita kene teruskan. Kita kena ingat, semuanya telah ditentukan. Kita kena redha dengan takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya."
"Alisya akan cuba abang Ijam....thank's for support me. Alisya sayang abang Ijam."

"Abang Ijam pun sayang Alisya jugak."
Ijam mengenyitkan matanya kepada Alisya. Seperti biasa, ejekan yang diterima. Alisya bersyukur kerana masih mempunyai insan tempat untuk dia meluahkan rasa sedihnya.

**********************************************************************************
bersambung..............

4 comments:

gummybear said...

waaaa...sedih part ni..huhuhu..
nape wat citer sedih2 ni??
WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!

Penakumenulis said...

gummybear:
Ish...ko jgnlah nangis kuat2, nnt org dgr...heheheheheh...

gummybear said...

satu hostel dah dgr yanah nangis...he3..

WAAAAAAAAAA!!!!!!

Penakumenulis said...

Mengada2 lah ko..sedih sangat ke...ko tunggu episode akhir..ko menangis smp banjir hostel ko....hahahhahaha