Monday, October 19, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 7)....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 6)
*********************************************************************************
Tanpa disedari oleh Ijam, Alisya sudah lama berada di sisinya. Melihatkan airmata Ijam yang mengalir, dia membiarkan saja sehinggalah Ijam sendiri yang menyedari kehadirannya. Tangannya menyeka airmata agar Alisya tidak perasan. Alisya menghulurkan minuman yang dibelinya tadi.
"Tasya pernah bercerita dengan Alisya, kalau kita ada masalah...kita jangan pendam seorang diri. Kita kena kongsi dengan orang yang kita percayai. Kalau tak, hati kita akan sentiasa terbeban dengan apa yang kita pendamkan." Alisya bersuara, cuba menyelami apa sebenarnya yang menyebabkan lelaki ini menangis. Selama dia mengenali Ijam, tak pernah rasanya melihat Ijam menangis tapi tak tau pula kalau di belakangnya.
"Alisya ni, abang Ijam oklah." Ijam menafikannya.
"Bukannya baru semalam Alisya kenal abang Ijam, dah hampir 10 tahun. Bak kata orang, dah cukup lama untuk kita mengenal hati budi orang tu. Salah ke kalau seorang adik nak ambil berat pasal abangnya, Encik Mohd Izham Iskandar?"
Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Selama ini Tuan Harris sekeluarga dah banyak membantunya. Tapi sampai bila dia dan ibunya harus menumpang ehsan dari mereka.
"Kadang-kadang abang Ijam cemburu melihat orang lain ada ayah. Dah lama perkataan ayah itu tidak keluar dari mulut ni, Alisya....Entahlah." Bercerita tentang ayah, hatinya mudah tersentuh. Mudah menjadi sebak. Beban cinta terhadap ayahnya amat berat ditanggung.
"Alisya tahu beban yang abang Ijam tanggung. Tapi apa yang boleh Alisya katakan, pasti satu hari nanti abang Ijam akan bertemu juga dengan ayah. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa agar apa yang kita inginkan akan termakbul oleh-NYA." Alisya cuba memujuk.
"Tapi bila?"
"Abang Ijam yang Alisya kenal, tak pernal kenal erti putus asa. Tak macam ni. Perjalanan kita masih panjang lagi. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Alisya sendiri pun tidak pasti apa yang akan berlaku dalam diri Alisya di masa akan datang. Abang Ijam kena berani dan sabar menghadapi ujian ini. Janganlah macam ni." Ijam hanya senyap mendengar apa yang diperkatakan oleh Alisya.
"Janganlah macam ni. Abang Ijam kan hero idola Alisya." Alisya cuba mengembalikan senyuman di wajah Ijam. Dia tak mahu Ijam bersedih. Ijam mengeluh perlahan.
"Betul cakap Alisya. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu abang Ijam akan bertemu dengan ayah." Alisya tersenyum melihat Ijam.
"Yes...macam tulah hero idola Alisya."
"Thank's Alisya."
"Eh..salahlah, Doktor Alisya."
Ijam ketawa mendengar Alisya menggelar dirinya doktor Alisya. Begitu juga Alisya. Siapalah yang dapat menentukan apa yang akan berlaku di masa akan datang melainkan Allah Yang Maha Esa.
**********************************************************************************
bersambung.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment