Monday, May 31, 2010

DEMAM WORLD CUP BERMULA...


Demam World Cup sudah bermula. Tak sabar rasanya melihat (my favorite team - ENGLAND) bermain.....hahahahah. Penyokong team lain jgn jeles..:-) Ramai yang tanya, kenapa aku sokong ENGLAND...heheheh jawapannya sebab ada RIO FERDINAND...hahahahah


Tapi dalam banyak2 WORLD CUP yang aku tengok, WORLD CUP 1998 paling x boleh aku lupe. Memang takkan lupa sampai bila2. Untuk Bob, Julie, Ayen, Pice, Baby, erk..ade lg rasanya tp aku tak ingat... Aku tau, tiap kali world cup kita pasti akan ketawa bile terkenangkan peristiwa itu..sweet memory hah...

Go..go..go..ENGLAND...tgk jersi no.5..my favorite player..:-)

Thursday, May 27, 2010

TERLELAP SEKETIKA...

Hari ini aku balik kerja lebih kurang dalam pukul 6.30 ptg. On the way nak balik rumah, aku singgah dulu kat foodcourt beli char kew teaw & tauhu bakar. Selesai membeli, aku pun balik. Sampai kat traffic light, ada perkara yang agak lucu bagi aku berlaku. Selama ini aku hanya mendengar cerita orang terlelap dalam kereta di traffic light, tetapi hari ini aku betul2 tengok org terlelap dalam kereta.

Gambar hiasan : Aku amik kat google image :-)

Kereta tu betul2 depan kereta aku. Punyalah banyak kali hon, barulah dia tersedar. Memang menggelabah aku tengok gelagat dia. Iyelah, mungkin kerana terkejut bunyi hon bertalu2. Aku dah gelak sorang2 dalam kereta. Cuma dalam otak aku pikir satu je...nasib baik dia tak tukar gear reverse waktu menggelabah tu...heheheheheheheheh
Tapi memang betul pun, kalau dah terlampau mengantuk memang boleh terlelap dibuatnya walaupun tengah memandu. :-) be carefull on the road ya......

Wednesday, May 26, 2010

ANTARA 2 NAMA....

Kuhik,kuhik,kuhik.....tajuk cam gempak je. Antara 2 nama ni, mana pilihan korang?

MOHD DARWISH ZACKQUAN
&
MOHD ZARITH ISKANDAR

Thursday, May 20, 2010

CORETAN SEORANG PERINDU...

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

"Carilah makna yang tersirat di sebalik lirik ini. Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan. Selama mana kau menjauhkan diri, semakin dekat engkau dengan orang itu. Orang lain takkan tahu apa yang tersurat di hatimu, hanya engkau yang dapat menilai isi hatimu sendiri. Jangan sampai satu hari nanti, kau merasa menyesal kerana kehilangan insan yang tersayang. Pulanglah Darwish ke pangkuannya. Dia menanti kau sehingga ke saat ini."


p/s : Entry ni aku buat khas untuk kau Farah..sebab nnt kau nk cuti panjang..heheheheheheh. Tp kengkawan yang lain nak baca pun boleh jugak:-)


Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU...


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG - 1979

p/s : MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU BUAT BABA, MAMA, YANI, YANAH, TEACHER & LECTURER AT SKSS, MEKAR, UiTM

Wednesday, May 12, 2010

ARMANI a.k.a MIA SARA NASUHA..





~ SO CUTE....ARMANI a.k.a MIA SARA NASUHA ~

Tuesday, May 11, 2010

BLOGWALKING...


Buat masa ini tiada entry yang menarik untuk dikongsi dengan kalian semua. Kadang2 idea aku "kering". So, untuk menghilangkan "kekeringan idea" yang berpanjangan.....aku telah membuat satu aktiviti iaitu "BLOGWALKING" heheheh. Dah lama rasanya tak menjengah blog kengkawan and drop a comment...so it's time for me to do it....... "BLOGWALKING ACTIVITIES"

Monday, May 10, 2010

1.4.3.7 SPECIAL ENTRY....

  • Sudah lama rasanya 1.4.3.7 aku tak memasuki blog ini. Gara-gara banyak kerja, semua entry 1.4.3.7 terpaksa "diberhentikan" buat sementara waktu. Kini 1.4.3.7 sudah sampai ke penghujungnya and will be publish a.s.a.p...insyaallah...
  • Untuk kali ini....atas sebab2 tertentu, 1.4.3.7 telah ditukarkan tajuk kepada 1.4.3.7 @ I LOVE YOU FOREVER
  • Jadi aku letakkan sedikit slot untuk story ini untuk tatapan kalian...enjoy for read..:-)
*********************************************************************************

Alan tersenyum melihat mimik muka Qairien bila dia menyergahnya.
"Alan, lainkali bagilah salam dulu. Berderau darah aku."
"Sorry. Banyak lagi ke kerja kau tu?"
"Mmmm..ada sikit lagi. Kenapa? Kau dah nak balik ke?" Qairien cuak bila Alan bertanya begitu.
"Kalau aku balik sekarang, kau nak balik naik apa? Ke...kau nak balik dengan Adam." Alan mengusik
"Alan !" Geram Qairien dengan mamat ni. Orang tanya, dia jawab main-main pulak. Alan melangkah menuju ke sofa yang terletak di ruang tengah bilik itu. Lalu melabuhkan badannya ke atas sofa yang empuk itu.
"Qairien, kalau aku tertidur, kau kejutkan aku tau. Kau jangan biarkan aku tidur kat sini sampai pagi."
"Tak nak." Giliran Qairien mengenakan Alan.
"Qairien !"
"Iyelah. Takkan aku nak biarkan kau tidur kat sini.
"Aku tahu, kau takkan tinggalkan aku punya. Kau sayangkan aku kan."
"Lagi sekali kalau kau bersuara, betul-betul aku tinggalkan kau kat sini."


p/s : Oppps..terlebih pulak..nk tahu kesudahannya tunggu... :-)

Thursday, May 6, 2010

CINTA ABADI..


Cinta itu subjektif..
Cinta itu banyak maknanya..
Cinta itu kadang-kala menggembirakan..
Cinta itu kadang-kala memeritkan..
Tetapi..
Cinta yang paling abadi..
Hanya pada ALLAH....

Monday, May 3, 2010

SAMBUNGAN ENTRY TERDAHULU...

Entry terdahulu : 741+742+730 = :-(

Entry sekarang : 741+742+730 = :-)

Formula itu telah dapat diselesaikan. Cuma jawapannya belum dikenal pasti betul atau tidak. Huhuhuhu kene tunggu....harap2 ianya betul..:-)

p/s : Jgn tanya mcm mane aku dpt selesaikan formula ini kerana ianya memerlukan masa yang panjang, merumitkan dan agak memenatkan....:-)