Sunday, December 30, 2012

JALAN KE SYURGA....

Kita meniti jalan yang sama menuju ke syurga...
Namun berbezanya ialah cara kita meniti jalan ke syurga...

Saturday, December 29, 2012

PELANGI SENJA....

Friday, December 14, 2012

IKLAN : KERANA CINTA....


bila penakumenulis....bila mindaku berfikir....bila hatiku berkata-kata...maka ilham dan idea pun datang bertandang....maka tertulislah kisah ADAM IQBAL dan NUR QALISHA dalam KERANA CINTA


**********************************

Qalisha dan Adam pernah kecewa dalam cinta,
namun kuatkah mereka menghadapi ujian cinta?
Dua kisah cinta yang berbeza
Namun perjalanan cinta mereka sama
Kerana cinta...Nur Qalisha berada di dunia ciptaannya
Kerana cinta...Adam Iqbal sedar akan kesilapannya
Ikut kata akal, kita redha
Ikut kata hati, kita mati
Benarlah.....
Kerana cinta sesama manusia, kita akan merasa kecewa
Kerana cinta kepada Allah, kita tidak akan pernah merasa kecewa
Malah kerana cinta kepada-Nya, hati kita akan tenang-setenangnya

********************************

Antara dialog picisan dalam KERANA CINTA...

Perbualan rancak mereka terhenti taktala melihat seorang perempuan berambut panjang, berbaju putih berdiri di beranda rumah jiran sebelah.
"Kau nampak apa yang aku nampak?" Aidil bertanya kepada Adam
"Aku nampak apa yang kau nampak." Adam membalasnya.
Terasa seram mencengkam belakang leher mereka.

**********************************

iklan yang boleh diabaikan :
*tuan umah akan publish penuh kisah KERANA CINTA ikut suka hati je bila...sebab ini adalah blog gua...so suka hati bila mau letak..hahahahahahahah (jgn mare)

Tuesday, November 27, 2012

CERITA 4: TULIP...


Kuliah hari ini agak membosankan, apatah waktunya di antara 2.30 -4.30 petang. Huargh..waktu yang sesuai untuk tidur. SMS dihantar kepada Arit yang duduk selang tiga baris dari tempat duduknya.

SMS RIANA : Tau tak apa makna bunga tulip?

SMS ARIT : Entah...

SMS RIANA : Tulip membawa maksud 'being perfect love'. Bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Tulip dikenali sebagai bunga yang 'sophisticated' dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.


SMS ARIT : Oooo..panjang nyer kau menaip. Mengantuk ek? Ermm..kau tau apa makna bunga tahi ayam pulak?

SMS RIANA : Tak pernah pulak aku dengar. Apa makna dia?

SMS ARIT : Maknanya..bunga tu aku nak bagi kat kau.

Arit ketawa melihat muka Riana menahan marah kerana dia tahu Riana tak boleh marah dirinya sebab berada di dalam kuliah.

*******************************
nota kaki tuan umah;
lokasi sebenar gambar: bloomshop florist enterprise
8 /11/12

BICARA DI PUSARA BONDA..


Gerimis di pagi hari. Terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Di pusara bonda, wangian melur menyambut kehadiran dia. Di sisi pusara bonda, dia berbicara dari hati ke hati. Hanya bertemankan dua nisan yang tertera nama bonda, jauh di sudut hati, dia tahu bonda mendengarnya. 

sumber gambar : google image

Saat berbicara, terasa seperti bonda ada di hadapannya...
Saat menangis, terasa seperti bonda memujuknya...
Saat gembira, terasa seperti bonda juga ketawa...
Saat kemarahan berbicara, terasa seperti bonda di sisi menasihati...
Kembali ke nyata, itu semua bayangan, kerana dia tahu bonda sudah tidak bersamanya lagi untuk berkongsi semua cerita.

Sumber gambar : google image

Pemergian bonda sudah diredhai. Namun, seringkali memori bonda hadir tanpa dipinta. Usai berbicara dari hati ke hati, dia meninggalkan pusara bonda. Hati yang berat, kaki yang seakan terikat membuatkan dia sayu untuk pulang. Al-Fatihah disedekahkan buat bonda. Terasa ketenangan untuk melangkah pulang kerana dia tahu Allah lebih menyayangi bonda dan dalam doanya dia bermohon semoga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Mengasihani.


Friday, October 12, 2012

CERITA 3 : BANANA SPLIT & CUPPOCCINO


Arit memilih tempat di sudut paling tepi bersebelahan dinding berlatarkan tulisan Secret Recipe. Logiknya kerana dia dapat melihat gelagat manusia dari sudut itu. Banana split dan secawan cappuccino menjadi santapannya. Sedang enak menikmati menu itu, telinganya terdengar bicara seorang lelaki dan suara perempuan. 

Lelaki itu berbicara :"Saya tahu saya salah. Tapi berilah saya peluang sekali lagi untuk perbaiki kesilapan saya pada awak."

Perempuan itu berbicara :"Saya dah bagi peluang yang kedua kepada awak, tapi awak mensia-siakan peluang itu."

Lelaki itu berbicara : "Awak..maafkan saya."

Perempuan itu berbicara : "Saya maafkan awak tapi untuk saya memberi peluang ketiga itu tidak mungkin sama sekali."

Arit tersenyum mendengar rayuan lelaki itu. Jawapan perempuan itu benar-benar tekad. Ada berbaur ego di situ. Tapi macam pernah dia mendengar kata-kata itu.


Terdengar lagi suara perempuan itu. Kali ini bukan bicara dengan lelaki di hadapannya tetapi dengan lelaki yang dipanggilnya.
"Dik..order banana split dengan cappuccino satu"
Aik..menu sama dengan aku. Memang tak syak lagi. Dia kenal perempuan itu. Dan perempuan itu adalah sahabatnya...si Riana.



 ************************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Secret Recipe Giant, Shah Alam
30/09/2012

Saturday, September 22, 2012

CERITA 2: NASI LEMAK DAN KOPI O....




NASI LEMAK DAN KOPI 'O'....

Suasana pagi di cafe tenang. Di suatu sudut hujung cafe itu, kelihatan dua sahabat baik bersarapan bersama. Di atas meja tersedia menu sarapan pagi; nasi lemak dan kopi 'o' menjadi pilihan.

ARIT : Wah sedapnya dapat makan nasi lemak daun pisang.

RIANA : Pergh pekena pulak dengan kopi 'o'

ARIT & RIANA : Sedapnya...

Usai membaca doa makan, menu itu menjadi santapan Arit dan Riana.

********************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Bilik Rehat Kakitangan
20/9/2012

Tuesday, September 11, 2012

CERITA 1: MENTARI MUNCUL LAGI


MENTARI MUNCUL LAGI..

Langkah kaki terhenti di sudut balkoni tepi tangga. Arit mencuit bahu Riana.

Arit : Riana...cuba tengok langit. Cantikkan?

Riana : Subhanallah..cantiknya.

Arit : Indahkan melihat cahaya mentari disebalik awan tu.

Riana : Saat melihat mentari menjelma, hati mengucapkan syukur kerana diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah.

Arit : Alhamdulillah.

***************************************************

nota kaki tuan rumah ; 
lokasi sebenar : Pangsapuri Harmoni, Presint 9 
11/9/2012

Sunday, September 9, 2012

KUISAN DEDAUN.....




KUISAN DEDAUNAN
"Perjalanan ke kelas terhenti taktala melihat seseorang menguis dedaunan kering di jalanan tepian alur ilmu."

TEPIAN ALUR ILMU MENUJU KE CAFE...

JURAIAN DEDAUNAN




JURAIAN DEDAUNAN

"Angin bertiup lembut menyapa keheningan malam. Ku lihat juraian dedaunan beralun mengikut irama tiupan angin. Sungguh indah."

(PETRONAS KG.PANDAN - 8/9/2012)

Friday, September 7, 2012

THE HOBBIT...



 TRILOGI THE HOBBIT

"The Hobbit - An Unexpected Journey 
bakal bermula 14 Disember 2012"

PANTAI TANJUNG PUTERI..



PANTAI TANJUNG PUTERI
  SABTU - 2/9/2012  

Subhanallah....Suasana indah taktala melihat matahari terbenam di Pantai Tanjung Puteri, Melaka..


TULIP IN MEMORY...




TULIP IN MEMORY with 'Azad..Qalisha..Ryan'
(credit buat Tulip Ini Untuk Awak)

"Tulip - being perfect love, kecintaan, elegant, sophisticated"



KERETAPI....




STESEN KERETAPI TAMPIN

"Perjalanan menuju destinasi seterusnya dari Tampin ke Kulai"



Tuesday, August 28, 2012

TULIP LAGI....

Sumber photo ; Metro 27/8/2012


SEMALAM DAN ESOK....


Thursday, August 16, 2012

SALAM LEBARAN BONDA....


Sekeping nota bersama sebuah coretan hati di kala Ramadhan pergi sambil menanti kehadiran Syawal. Pena berterusan menulis di atas nota itu mengikut rentak hati agar tiada patah kata yang tertinggal dan akhirnya coretan itu siap sepenuhnya. Hanya coretan pendek tetapi ianya berharga buat yang memahaminya....

" Kisah seorang anak dan bondanya. Saat indah menyambut lebaran kini hanya tinggal kenangan. Tiada lagi seorang bonda yang menanti kepulangan anakandanya di muka pintu. Di pagi raya, tiada lagi ciuman di dahi seorang bonda buat anakandanya. Tiada lagi merasa ciuman tangan seorang bonda. Tiada lagi masakan air tangan seorang bonda. Yang tinggal hanya air mawar serta kain putih yang disediakan buat bonda di petang terakhir Ramadhan. Dari jauh dua nisan menanti kehadiran anakanda-anakanda tersayang yang membawa bekalan buat bonda. Al-Fatihah dan Yassin dibaca buat bonda. Semoga bonda tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam lebaran bonda. "

Al-Fatihah buat bonda tercinta
Salam lebaran buat bonda tercinta

~AL-FATIHAH~

Wednesday, August 15, 2012

PERGINYA RAMADHAN BERGANTI SYAWAL....


BICARA PERTAMA:

Raya ni awak balik mana?
Raya ni saya balik rumah orang tua saya.

Awak dah beli persiapan raya untuk mereka berdua?
Dah. Saya tidak akan lupa itu.

Nanti sampaikan salam saya pada orang tua awak yer.
Baiklah. Saya akan sampaikan salam awak buat ayahanda, tapi salam buat bonda saya akan sampaikan pada petang terakhir ramadhan.

Kenapa? Diaorang duduk asing ke?
Dulu duduk bersama, tapi sekarang dan berasing.

Maksud awak?
Ayahanda masih menginap di rumah kampung tetapi bonda dah ada rumah baru. Hanya bonda sahaja yang tinggal di situ kerana Allah lebih menyayanginya.

Maafkan saya. Saya tidak tahu.
Tak mengapa. Saya dah biasa. 

*************************

Di petang terakhir Ramadhan, kami berkunjung ke rumah baru bonda. Membawa kitab Yassin dan air mawar sebagai buah tangan untuk kedatangan Syawal. Dan sebagai amanat kawan, salam buat bonda kami sampaikan. Semoga bonda dirahmati di sisi Maha Pencipta. Amin.

**************************

BICARA KEDUA:

Awak dah sampaikan salam saya buat bonda awak?
Dah.

Terima kasih.
Sama-sama.

Dan untuk awak, selamat hari raya. Maaf andai ada tersalah kata dan silap dalam tingkah saya sepanjang kita berkawan.
Saya pun begitu. Semoga Ramadhan yang ditinggalkan memberi pengertian yang cukup bermakna untuk menyambut kedatangan Syawal. Salam aidilfitri untuk awak. 

***************************
Catatan picisan;

{semoga pemergian Ramadhan kali ini membawa kepada perjalanan hidup yang lebih diredhai oleh Allah. Dan semoga kedatangan Syawal membawa sinar keberkatan yang lebih sempurna.....}
06:53 end of the story for this year. panjang umur jumpa lagi tahun hadapan

{Pulanglah ; nyanyian Aisyah...}
07:53 memori yang datang setahun sekali

{Pusara bonda - perginya seorang insan yang paling disayangi......}
08:00 Kalau merinduinya sedekahkan Al-Fatihah dan bacakan Yassin

*****************************

Ucapan raya buat sahabat-sahabat tuan umah;

Salam aidilfitri buat sahabat-sahabat sekalian. Maaf andai ada tersilap tutur kata dalam percakapan mahupun perbuatan serta bahasa dan kata di dalam penulisan blog tuan umah. Semoga Ramadhan ditinggalkan dengan penuh keinsafan dan kedatangan Syawal memberi sinar keredhaan yang diberkati. Selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin.

 

Salam aidilfitri...
Hati-hati drive balik kampung...
Bye...

Tuesday, August 14, 2012

TULIP IN MEMORY.....

- *credit untuk TULIP INI UNTUK AWAK* -


Thursday, August 2, 2012

CEBISAN IDEA : KU BAWA MEMORI ITU 2...

"Saya rasa awak patut pulang menziarahi orang-orang yang awak sayang. Awak dah lama kat sini."

"Saya dah takde sesiapa kat sana. Hanya pusara mama dan papa di sana. Semua memori bersama orang-orang yang saya sayang telah dibawa ke sini."

"Awak pasti semua memori itu dah dibawa ke sini. Takde yang tertinggal?"

"Apa maksud awak takde yang tertinggal?"

"Saya hanya bertanya. Itu sahaja ke memori awak di Malaysia.

          *******************************

* cebisan idea dalam menyambung kesinambungan KU BAWA MEMORI ITU 2....

Thursday, July 26, 2012

I + II = SATU KESIMPULAN....


I = Hati berbicara

Orang bertanya sesuatu tentang kita
- Kita hanya menjawab dan tersenyum

Orang mengata dan bercerita tentang kita
- Kita hanya mendengar dan menerima

Orang mengguris dan melukai hati kita
- Kita hanya simpan dan pendam

Tetapi pernah tak orang terfikir apa yang kita lalui, apa yang hati kita rasa, apa yang kita ratapi
- Jawapannya pasti tidak, kerana kalau hati kita menangis tiada siapa yang tahu melainkan Allah S.W.T

**************************************************


II = Perasaan berbicara

Orang menyangka kita gembira
- Kerana kita ketawa

Orang menyangka kita bersedih
- Kerana kita menangis

Tetapi pernah tak orang bertanya kenapa kita ketawa dan menangis
- Jawapannya ya kerana ketawa dan menangis boleh dilihat tetapi bila hati menangis dan ketawa ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kecuali dengan mata hati yang luhur.

***************************************************

I + II
{Apabila hati dan perasaan berbicara tentang cerita yang sama}

I + II = Bercerita tentang apa yang mereka lalui
I + II = Mempunyai pendapat yang berbeza
I + II = Tetapi mereka mempunyai jalan cerita yang sama

************************************************

I + II
{ Telah membuat kesimpulan }

Apapun rintangan dan dugaan, kehidupan perlu diteruskan.
Orang tidak akan berhenti berkata-kata kerana mereka tidak berada di situasi kita
Tetapi orang akan berhenti berkata-kata andai mereka berada di situasi kita
Ujian dan cubaan diturunkan Allah adalah mengikut kemampuan setiap hambanya
Bersyukurlah kerana masih diberi peluang dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

***********************************

*Think about it.... :-)

*credit photo dari google image..

Wednesday, July 25, 2012

KEMBARA JALANAN...

Kembara jalanan menuju destinasi..


Sunday, June 24, 2012

< LELAKI DAN UNGKAPAN ITU >


Degupan jantung bagaikan terhenti apabila mendengar kata-kata itu ditelinga. Ungkapan itu benar-benar meninggalkan kesan yang amat mendalam buat dirinya. Usai persembahan malam itu dia cuba mencari lelaki tersebut tetapi tidak ditemui. Hilang entah ke mana, Pelbagai soalan menghantui ruang pemikirannya.Siapakah dia??????




*(CREDIT VIDEO DARI YOUTUBE AJEK HASSAN)

Friday, June 22, 2012

< UNTUK SESEORANG >..


*Saya tahu lagu ini sedih. Saya tahu pasti ada orang menangis dengan persembahan ini. Tetapi pesanan saya hanya satu...yang pergi tetap akan pergi, namun kehidupan perlu diteruskan walau apa jua dugaannya. Saya titipkan sebuah pujangga nukilan sahabat baik saya buat kalian di dalam cafe ini...

Semalam kita berkawan......kerana kenangan semalam
Hari ini kita masih berkawan.....kerana janji semalam
Esok kita akan terus berkawan....kerana hari ini kita saling  mendoakan
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....kerana esok kita ada azam
Tetapi andai esok tiada lagi...kita tetap kawan sampai bila-bila...

*Untuk seseorang, saya harap awak tidak marahkan saya kerana saya hanya menunaikan janji seorang sahabat. Terimalah persembahan ini......




((*credit video: pinjam dari youtube Ajek Hassan...))



Thursday, June 14, 2012

SATU PESANAN.....

Tiga bulan sebelum pemergiannya, satu pesanan yang ditinggalkan ialah...

"Biarlah orang buat kita, dan janganlah kita membalasnya"

************************************************************

{ persoalannya : mampukah bertahan dengan pesanan ini????? }

Thursday, June 7, 2012

ERTI SEBUAH TANGISAN....

Saat peristiwa itu berlaku, airmata menjadi mainan mata. Setiap titisan mengeluarkan apa yang tersimpan di dalam jiwa. Menangis kerana kedukaan membuatkan kita teringat apa yang sudah berlaku. Kadang-kadang kesedihan itu hadir tanpa dipaksa.Membuatkan kita terhenti sebentar dan berfikir. Mampukah kita menghadapi tangisan kedukaan ini???

*persoalannya: bilakah pula tangisan kegembiraan itu akan hadir?????????

Thursday, May 24, 2012

< DISEBALIK 2011 >


Setahun pemergiannya, terasa begitu merinduinya. Biarpun tiada di sisi, namun seperti terasa di sebelah kita. Walaupun tiada kedengaran suaranya, tetapi seperti terngiang-ngiang suara itu di telinga. Dahulu punyai tempat bercerita segala rahsia hati, kini rahsia hati itu dipendam jauh di lubuk hati yang paling dalam. Terbayang kelibatnya di sebalik pintu menanti kepulangan, namun kini hanya bayangan mata sendiri sahaja yang terlihat.

*soalan : masihkah ada sisa-sisa kekuatan dalam diri..????????????

Tuesday, May 22, 2012

SENYUMAN DALAM TANGISAN....


SeNyUm DaLaM tAnGiSaN

Rahsianya:

Tabahkan hati...
Kuatkan semangat....
Banyakkan bersabar....
Berdoa dan berusaha.......

Insyaallah...

Wednesday, May 9, 2012

ROS HIJAU......


Suatu petang Arissa dan Irfan berbicara tentang ros hijau.....


IRFAN : Pernah tengok ros hijau?

ARISSA : Erk..ros hijau??? Ada ke???

IRFAN : Erm...ada kot. Sebab pernah terbaca dalam blog orang lain tentang rahsia di sebalik warna bunga ros.

ARISSA: Apa rahsia ros hijau?

IRFAN : Ros hijau membawa maksud "menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga warna alam yang merupakan simbol kedamaian"

ARISSA : Ooooo...nice

IRFAN: Tapi saya nak bagi awak ros merah.

ARISSA : Dah kenapa pulak nak bagi saya ros merah?

IRFAN : Sebab ros merah membawa maksud "menunjukkan si dia mencintaimu sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya.....melambangkan rasa cinta yang mendalam atau cinta sejati."

ARISSA : Dush..dush...dush...

IRFAN : hahahahahahahahahahaha.


************************************************

*notes : Tulip adalah bunga kegemaran tuan umah...:-)

Friday, May 4, 2012

TOLONG JANGAN TANYA???......

 credit gambar dari google image

Tolong jangan tanya saya soalan itu lagi. Saya sudah tidak mampu untuk menjawabnya. Fahamilah situasi saya..fahamilah hati saya...fahamilah perasaan saya..fahamilah jiwa saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan itu. Kerana saya sudah letih untuk menjawabnya. Berilah saya sedikit simpati kerana soalan itu akan membuatkan saya gusar, bimbang, sedih, marah. 

SAYA MERAYU...TOLONG JANGAN TANYA SOALAN ITU LAGI....FAHAMILAH SAYA...

********************************
 
credit * - setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Perbaiki kesilapan diri, ikhlaskan hati, dekatkan diri dengan Allah, dan berdoa agar kebahagian menjadi milik kita seperti yang dijanjikan oleh Allah..Insyaallah...*

Thursday, May 3, 2012

PBAKL vs INSIDEN SG.GADUT....


Kelakarkan kali ni punya tajuk. PBAKL vs INSIDEN SG.GADUT. Apakah relevannya? Tuan umah akan kupaskan satu-persatu mengikut kronologinya.

****************************************************

VERSI PEMBUKA BICARA : 
PBAKL 2012

Seperti tahun sebelumnya, PBAKL pasti menjadi destinasi wajib tuan umah untuk dikunjungi. Apa yang nak dicari..sudah semestinya buku. Tapi tahun ni kebanyakkan penulis favorite tidak ada buku baru. Jadi pembelian buku sudah diminimakan.
Percaya atau tidak, tahun ini buat pertama kalinya, jumlah buku yang dibeli adalah.....2 sahaja...:-) hehehehe

***************************************************

VERSI PERTAMA:
TERFAKTAB MEDIA

Langkah pertama yang diambil sebaik sahaja menjejakkan kaki dalam PWTC adalah mencari senarai booth publisher. 

PTS = Dewan Tun Hussein Onn
KARANGKRAF = Dewan Tun Dr.Ismail
JEMARI SENI = Dewan Tun Hussein Onn
ITNM = Hall 3
BOOTH LAIN2 = Kitaorang main redah je...
TERFAKTAB MEDIA=====>; Cari punya cari tak jumpa jugak. Tapi akhirnya kami jumpa jua setelah 1 JAM...huhuhu... Caner leh jumpa???? Setelah berpusing hampir 2 kali dalam dewan tu, kitaorg keluar pergi mencari semula senarai booth publisher. Dalam kitaorang meneliti kononnya senarai tu, ada seorang budak perempuan menegur. Kami pun usulkan apa yang dicari. Alhamdulillah, jawapan yang diterima menggembirakan. Rupa-rupanya buku ni duk bawah booth BUKU FIXI. Padahal dah lalu booth ni, tapi leh tak perasan..aduhai...jumpa jua buku yang dipesan.
********************************************************

VERSI KEDUA:
INSIDEN SG.GADUT

Versi kedua boleh dikategorikan sebagai lawak bodoh. Memang gelak sakan dengan kesengalan diri sendiri. Usai urusan pencarian buku2, kami menuju ke Stesen Putra menunggu komuter balik ke UKM. Jambu, keropok, air mineral & air kotak menjadi alas perut sementara menanti komuter sampai.

KOMUTER PERTAMA : Pelabuhan Klang
KOMUTER KEDUA : Pelabuhan Klang jugak
KOMUTER KETIGA : Sungai Gadut (erk sungai gadut ni kat ner??? huhuhu..geografi failed) dibiarkan  komuter itu berlalu pergi. Tapi kat gerabak terakhir ada tertera SEREMBAN..?????
KOMUTER KEEMPAT: Pelabuhan Klang

KOMUTER KELIMA: Sungai Gadut (Erk..mana komuter gi seremban??? Bertanyakan kepada kakak di sebelah, dia bagitau Sungai Gadut tu kat area Batu Tiga...mmmm..itu kat Shah Alam..agak confident dengan jawapan kakak itu. huhuh..sah buta geografi...) Nak bertanya, malu pulak kat driver komuter tu..dan kami menunggu lagi komuter seterusnya.....

KOMUTER KEENAM: Pelabuhan Klang lagi...(Kebetulan abang driver komuter tu keluar...so kitaorang bertanya...
KITAORANG :
Bang..train pergi Seremban mana ek?

DRIVER KOMUTER:
Lepas ni.

KITAORANG:
Bang..Sungai Gadut tu kat mane ek?

DRIVER KOMUTER:
Sungai Gadut tu lepas Seremban...

KITAORANG:
Haaaaa...

Dengan kesengalan diri sendiri, sudah dua komuter Sungai Gadut kitaorang biarkan ia lalu di depan biji mata. Setelah dihitung waktu menunggu..rupa-rupanya dah 2 JAM kitaorang duduk terpacak kat bangku stesen tu. Pada mulanya tahap kesabaran begitu penyabar sangat, hilang sudah sabar itu sebaik sahaja mendengar jawapan abang driver tu.."sungai gadut tu lepas seremban". Bayangkan boleh tunggu kat situ 2 JAM dengan orang2 di situ sudah bersilih ganti, dengan perut yang lapar + mata yang mengantuk + plus tunggu komuter yang memang takkan tertera nama SEREMBAN...padan muka dan gelak untuk diri sendiri. 

KOMUTER KETUJUH: Sungai Gadut...( dengan perasaan yakin kononnya, masuk dalam komuter. Fuh....nasib baik komuter baru. Sebab 2 komuter Sungai Gadut yang kami biarkan ianya berlalu depan mata adalah gerabak lama..heheheh. Gelak jangan cakaplah..memang tak boleh berhenti. Dari sorang duduk, sorang berdiri...beralih ke kerusi mengadap depan...beralih ke kerusi sebelah-menyebelah...memang kitaorang buat macam komuter sendiri. Peduli apa...siap amik gambar signage (Tanjung Malim----->Sungai Gadut). Rupa-rupanya selepas Seremban ada 2 lagi stesen : SENAWANG & SUNGAI GADUT. Situasi kitaorang dalam komuter adalah.....GELAK SAKAN....

**************************************************

VERSI PENUTUP:
PBAKL vs INSIDEN SG.GADUT

Moral of the story :
1) check stesen terbaru laluan komuter
2) malu bertanya sesat jalan
3) lainkali update ilmu geografi..hahahah

Hikmahnya :
1) Dapat naik train baru...heheheheheheheheheheh



~ TAMAT~
10.37 p.m


Wednesday, April 25, 2012

SEPI.....


 Senja sunyi, lorong sepi, aku sendiri....

(1994-2007 ~ in memory)

************************************************

*meminjam ungkapan di atas dari "WARKAH EROPAH" nukilan pengembaraan intelektual Sasterawan Negara A.Samad Said.....

Tuesday, April 24, 2012

SAYA MAHU KAMU.....

Saya mahu kamu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
V
V

IT'S SAMSUNG GALAXY NOTE....
Wink..wink..wink..:-)

Tuesday, April 17, 2012

PELUANG KEDUA....

PELUANG KEDUA......

"Dia selalu memberi peluang kedua kepada orang lain tetapi tidak kepada dirinya. Namun, peluang kedua yang diberi telah disia-siakan oleh sahabatnya sendiri, menyebabkan dia membuang terus sahabatnya itu dari kehidupannya"


Kisah seseorang yang berjaya melawan kedukaan dan kekecewaan di hatinya. Rentetan dari peristiwa sedih itu, akhirnya dia tekad untuk melawan kekecewaan itu dan akhirnya dia berjaya....

*******************************************

2007 :

Peristiwa 2007 banyak mengajarnya erti kehidupan. Rentetan daripada peristiwa itu, dia belajar untuk mencari erti hidup yang sebenar dan memperbaiki kesilapan yang lalu.

*************************************************

2009 :

Tersemat semangat untuk melawan kekecewaan yang bersarang di dalam diri. Dia tekad memasang azam untuk memberi peluang kepada dirinya sendiri.

*********************************************

2012:


Rentetan peristiwa 2007 itulah, akhirnya segala kedukaan dan kekecewaan berjaya diharungi. Pentas konvokesyen menjadi saksi apa yang diimpikan selama ini. Allah itu Maha Adil. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Peluang kedua yang diberi tidak disia-siakan begitu sahaja.

***********************************************

MORAL OF THE STORY:

"Belajar untuk memberi peluang kedua untuk diri sendiri dan belajar untuk tidak memberi peluang kedua kepada orang lain"

"Setiap yang berlaku, pasti akan ada hikmah disebaliknya.."

*********************************************

* credit : {1994-2007} - in memory....


Tuesday, March 13, 2012

PERSAHABATAN vs PERCINTAAN...


UNTUK AWAK.....

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi....
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan...
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir...
Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal...
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin...

DARI SAYA......

Sunday, March 4, 2012

GURINDAM JIWA INSTRUMENTAL...



Love this moment with Nur Adriana, Mohd Harith Iskandar and Megat Ady Naufal at Teratak Nilam Sari....:-)

Credit untuk "HADIRKAH DIA?"
by Anastasia...

*************************************************************

p/s { video ini diperolehi dari youtube. Dimainkan oleh Ajek Hassan...i like this instrumental... }

Monday, February 27, 2012

UNTUK SEORANG SAHABAT.....


Helaian demi helaian buku itu diselak. Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna hijau jatuh dari salah satu helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan muka sampul itu "UNTUK SEORANG SAHABAT". Hati tertanya-tanya siapa empunya surat itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat di dalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas putih itu...

****************************************************

"UNTUK SEORANG SAHABAT"

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.


Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.


Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan....

Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,

Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak....awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.

***********************************************

Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada di dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membacanya isi surat ini. Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.

Saturday, February 18, 2012

HADIAH PERSAHABATAN....

Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...♥




Gambar tulip ini membuatkan tuan umah in mood menyambung kisah TULIP INI UNTUK AWAK.....:-)


p/s { This post was tagged at my FB oleh Farah Eiza untuk TULIP INI UNTUK AWAK.......I like this post...tq :-) }

Friday, February 17, 2012

HATI...


Belajar mengenal cinta itu tidak salah, belajar mengenal hati manusia pun tidak salah....
Yang selalu menjadi salah ialah apabila kita tersilap menilai cinta dan hati manusia serta pengharapan yang tinggi.....
Itu yang akan buat kita menangis dan terluka.....
Tapi dari kekecewaan itu kita belajar mencari kelemahan dan kelebihan diri kita yang sebenar....

******************************************

Ungkapan yang ditagged di wall post FB tuan umah:

Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak... mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI



*Think about it*...

Thursday, February 16, 2012

MENITI PERJALANAN....

Memperbaiki kelemahan diri agar dapat meniti perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t.....insyaallah...

Thursday, February 9, 2012

FEBRUARI + JODOH.....

Pada suatu hari di bulan Februari, ada tiga nukilan yang ditulis. Setiap nukilan mempunyai makna yang tersendiri. 3 nukilan itu diwakili oleh luahan hati, blog dan mulut. Kenapa mereka ini dipilih?..Jawapannya kerana apabila berlaku sesuatu, kita akan meluahkan melalui hati, blog dan juga dari mulut. Atas sebab ini mereka dipilih untuk memberikan pendapat....

ISU YANG DIPILIH:

Bila memori Februari datang...sesuatu yang dipelajari dari pengalaman silam...

*****************************************************

KATA LUAHAN HATI

"Jangan terlalu mengharapkan sesuatu kerana kita tidak pasti adakah ia benar milik kita atau tidak. Belajar untuk menerima sesuatu yang kita tidak jangka akan berlaku. Kerana kita hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya hanyalah Allah. Kerana segala ujian dan dugaan yang berlaku kepada kita adalah rahsia Allah."

*********************************************************

KATA DARI BLOG

Dalam melakukan aktiviti "blogwalking"...aku terjumpa sesuatu yang boleh aku titipkan sebagai kesinambungan dari kata-kata di atas. Sumber ini aku ambil dari pemilik blog lagenda budak comel


JODOH itu rahsia ALLAH S.W.T.


SEKUAT mana kita setia
...

SEHEBAT mana kita merancang...

SELAMA mana kita menunggu...

SEKERAS mana kita bersabar...

SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...

Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap tidak akan bersama dengannya

Jika ALLAH telah menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap akan bersama dengannya


~ Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar
dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya.


*****************************************************************

KATA DARI MULUT

Bila orang bertanya tentang jodoh...kita memang tak boleh nak menjawab. Tetapi di mulut akan menjawab sesuatu yang orang bertanya itu akan ingat sampai bila-bila dan kemungkinan besar orang itu tidak akan bertanya lagi.

Jawapannya :

Kalau mulut tempayan kita boleh tendang kasi pecah...
Kalau mulut orang kita kasi flying kick sampai berkecai itu mulut...kalau berani tanyalah lagi....

HEHEHEHE....

***************************************************

Berbezakan pendapat masing-masing. Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Cepat dan lambat adalah ketentuanNya. Tak perlu bertanya soalan yang kita sendiri tidak pasti jawapannya. Kalau tanya sekali tidak mengapa. TETAPI kalau dah banyak kali tanya rasa-rasanya kene ikut pendapat KATA DARI MULUT kot...hehehehe...

****************************************************
p/s: { kadang-kadang orang melihat kita gembira pada zahirnya, namun didalam hati hanya Allah yang mengetahuinya..:-)

Wednesday, February 1, 2012

KISAH SEORANG BUDAK LELAKI....


Bertemu seorang budak perempuan di persimpangan hidup
Masih mencari erti sebuah perhubungan
Budak lelaki itu memutuskan hubungan di pertengahan jalan
Namun budak perempuan itu dicari semula

************************************************
*bertemukah budak lelaki itu dengan budak perempuan yang dicari itu????*

Tuesday, January 31, 2012

KISAH TONG GAS....

Suatu petang di kala senja menghampiri...

Situasi :
Budak perempuan lalu di hadapan rumah sewa budak lelaki. Kebetulan sebenarnya, memang dari jauh budak perempuan sudah nampak ada lelaki berdiri di tepi koridor. Tetapi di redah juga. Budak lelaki itu masuk ke rumah dan tiba-tiba ada lagi seorang budak lelaki berdiri di pintu kala budak perempuan lalu di depan rumah itu....

......dan inilah yang didengari oleh budak perempuan itu:

BUDAK LELAKI ITU :
Ish...manalah orang yang bawak tong gas ni. Nak masak pakai kayu api, basah pulak dek hujan..

REAKSI BUDAK PEREMPUAN ITU:
Di dalam hati ketawa; lawak betul lah mamat ni...leh lak nk berlagak kononnya nak masak...hahahahaha

*********************************************************

*tapi insiden ini telah membuatkan budak perempuan ini ketawa sendirian..bagi orang lain mungkin tak lawak, tetapi bagi budak perempuan ini, ianya memang lawak..macam2...*

Monday, January 30, 2012

KISAH 3 WATAK.....

(i)
Semenjak peristiwa itu berlaku, saya tidak pernah mengharapkan sesuatu dari sebuah perhubungan. Kerana dengan pengharapan yang tinggi saya akan kecewa. Biarlah ianya menjadi sebuah hubungan persahabatan.


(ii)
Benar kata awak, saya juga akan terasa sakit kalau awak pun terluka. Jadi saya akan tetap bersama awak biarpun dalam suka mahupun duka.


(iii)
:: menghayati lirik lagu "Terhenti di sini"::
apakah kaitannya???

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku punyai cinta

(i)
Awak perli saya???
Taknak kawan awak

(iii)
Taklah...saya suruh awak faham ertinya dengan kisah silam awak
Supaya awak boleh terima kenyataan
walaupun orang kata saya ni kadang-kadang bertindak sesuka hati
Tapi untuk awak, saya lakukan apa sahaja

(i)
Terima kasih awak

(ii)
Dekat dia je awak ucap terima kasih...kat saya????

(i)
Ala..kat awak jugak my frenz...

*************************************************************

watak2 di atas:
(i) - hati
(ii) - perasaan
(iii) - fikiran

*Walaupun berlainan pemikiran, tetapi setiap satu watak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka saling berkait antara satu sama lain dan kadangkala membuatkan kita susah untuk membuat keputusan apatah untuk menerima kenyataan*

"think about it"

Wednesday, January 25, 2012

HATI A + HATI B = PERASAAN


HATI A : Saya suka awak dan saya ingin mencintai awak.


HATI B : Saya akan terima sekiranya hati awak belum dimiliki

HATI A : Awak hadir dikala saya berada dipersimpangan

HATI B : Jadi awak hargailah apa yang sudah awak miliki

HATI A : Tetapi.....

HATI B : Sebagai sahabat, saya akan sentiasa bersama awak susah dan senang. Carilah saya sekiranya awak teringatkan saya, ceritalah kepada saya sekiranya awak ingin perlukan seorang pendengar dan kalau awak kecewa saya masih ada bahu untuk awak tumpang menangis...

***********************************************************

HATI A = Hati seorang lelaki
+
HATI B = Hati seorang perempuan
=
Apabila mereka berbicara tentang perasaan.....????

Tuesday, January 17, 2012

HATI DAN MULUT BERBICARA....

MULUT BERTANYA : Boleh saya cakap sesuatu kat awak?

HATI MENJAWAB : Apa dia?

MULUT BERTANYA : Saya suka awak

HATI MENJAWAB : Secara jujurnya saya paling tak suka dengan perkataan itu

MULUT BERTANYA : Kenapa pulak?

HATI MENJAWAB : Kerana dengan perkataan itu, penantian saya berakhir dengan sia-sia


***********************************************************


*Mulut boleh berkata-kata apa sahaja, tetapi yang merasa sakitnya adalah hati. Tidak mustahil hanya kerana satu perkataan dari mulut, pintu hati akan tertutup buat seketika sehinggalah ianya sembuh kembali*


-think about it-

Monday, January 9, 2012

HATI DAN PERASAAN BERBICARA....



Ada orang pernah bertanya kepada saya;
"kenapa awak sentiasa gembira dan ketawa?"
Jawapan saya simple;
"kerana saya sudah puas menangis, sehingga saya menjadi keras hati untuk mengalirkan airmata"


Ada orang pernah bertanya kepada saya;
"awak pernah ada boyfriend?"
Jawapan saya simple;
"saya tidak pernah ada boyfriend, tapi saya pernah ada seorang sahabat yang tidak faham erti sebuah persahabatan"
Orang itu bertanya lagi;
"jadi, di mana sahabat awak itu?"
Saya menjawab;
"Saya telah buang sahabat itu kerana dia tidak menghormati keikhlasan dalam persahabatan"

Ada orang pernah bertanya kepada saya;
"awak pernah menanti seseorang dalam hidup awak?"
Jawapan saya simple;
"Ya..saya pernah menanti namun akhirnya saya yang terlewat"



********************************************************

{ ini adalah perbualan antara hati dan perasaan...mereka saling berkait kerana bila kita menangis, bila kita ketawa, dan bila kita menanti seseorang ianya akan bergabung menjadi satu lantas membuatkan kita berfikir sesuatu iaitu...betulkah tindakan yang kita buat?????... }

-think about it -


********************************************************

{ credit gambar dari google image..}

Saturday, January 7, 2012

MOOD TUAN UMAH....


MOOD STUDY :
Research finding ; cross tabulation ; mean ; median ; percentage ; discussion ; SPSS ; etc

MOOD KERJA:
ISO ; procedure baru ; tugasan baru

MOOD MENULIS:
hehehehehe...banyak idea tp perlu bersabar kerana memberi laluan kepada MOOD STUDY...:-)

Wednesday, January 4, 2012

2012....


***************************************
2012 :
Menyelusuri perjalanan hidup dalam mencari keredhaan Ilahi...

*************************************************

{terbit dari hati lantas ilham dizahirkan di sini tepat jam 1.18 tengahari}