Tuesday, September 29, 2009

COMING SOON.......

TAJUK : KU BAWA MEMORI ITU

TAHUN ITU : 1997

"Seekor lembu menghadap utara,
Kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
Kemudian 270 darjah ke kiri,
Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
-IJAM-

"Ala...itu teka-teki ke...soalan matematik?"
-ALISYA-

2 tahun kemudian.........

"Semoga cita-cita Alisya menjadi seorang doktor akan tercapai"
- MOHD IZHAM ISKANDAR -

"Abang Ijam kan hero idola Alisya"
- ALIYATUL ALISYA -

p/s : Setelah sekian lama cerita ini berada dlm simpanan aku (since aku form 4 lg), akhirnya terbuka pintu hatiku utk meletakkannya di dlm blog aku ni. Akan di publish this OKTOBER mengikut episod.........:-)

"ANAK CINA BUKIT DATANG LAGI".......

Hari ini 29/9/2009...hari Selasa.... - Oh tidak..."anak cina bukit" itu datang lagi...ramai pulak tu. Habislah lepas ni mcm2 gelagat dan fesyen yg akan "ditonjolkan" oleh mereka. Fuh..pening... itu belum lg yg satu patah perkataan inggeris pun x tau, apatah lg melayu. Yang diaorg tau, bahasa cine diorang je. Caner tu.....Lu pikirlah sendiri...huhuhuhuhu

Sebelum tu, aku tinggalkan utk korang sedutan kisah tahun lepas pasal "anak cina bukit" ni.....KISAH ANAK CINA BUKIT (entry 7 August 2008). Tahun ni aku x tau pulak ape kisahnya nnt.

p/s : Utk pengetahuan korang, "anak cina bukit" tu adalah gelaran kitaorg utk student yang dtg dari Negara Tembok Besar China....hehehehe

Monday, September 28, 2009

MY KADUK - FULL VERSION......


AKU : Kepulanganmu ku nanti hingga ke saat ini....

KADUK : Maafkan aku Ira, kerana melukaimu....

MY KADUK
MY KADUK 2
MY KADUK 3
MY KADUK 4
MY KADUK 5
MY KADUK 6
MY KADUK 7
MY KADUK 8
MY KADUK 9 (AKHIR)

- TAMAT-

p/s : Aku nk wat survey pendapat korang tentang citer my kaduk aku ni.....x kisahlah kalo korang nk kutuk ke, nk puji ke, heheheheheh....aku terima sume komen korang...huhuhuhu...my first step utk tulis citer yg lain pulak....hehehehe

TAK TAU NAK TULIS APA.............


* Lamernyer aku x update blog ni.....busy sikitlah, maklumlah raye.

* RAYA....huhuhuhu...tahun ni aku kene keje awal, Rabu aku dh naik keje.........

* Untuk pengikut setia citer MY KADUK, especially.....jai.jezz, pahang, gummybear, sopangayopojuang, kwn kaduk, adik kaduk......terima kasih di atas komen anda walaupun ade yg x puas hati coz sad ending...hehehehehe

* Aku kekeringan idea nk tulis apa kat blog ni...jem sekejap otak aku...huahuahuahua

* Aku nk gi cari ilham dulu utk entry akan dtg.....bye....


Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......
MAAF ZAHIR DAN BATIN........

HARI RAYA vs JALAN TAR vs SOGO........






Apa yang aku boleh katakan....SESAK dengan lautan manusia. Suasana yang sempat aku rakam taktala menanti my aunty and my uncle membeli-belah Sabtu lepas.......

MY "KADUK" (9) - AKHIR.......

Kepada pengunjung blog aku dan my follower....citer MY "KADUK" sudah sampai ke pnghujungnya. Seperti yang dijanjikan, citer ini akan aku tamatkan sebelum Hari Raya. Finally, bacalah entry yang terakhir sebelum MY "KADUK" menutup tirainya.......

**********************************************************************************

Entry MY "KADUK" (8) : Saat membaca warkah itu, tidak dpt aku gambarkan perasaanku ketika itu.......

---------------------------------------------------------------------------------

MY "KADUK" (9) - AKHIR :

5 tahun yang lalu, Kaduk telah membawa diri meninggalkan aku sendirian menghadapi hari2 yang mendatang........
3 tahun selepas itu, Syam pula meninggalkan aku buat selama-lamanya.......

Kini..........disaat aku melakar kisah duka di dalam blog ini, aku masih lagi sendirian. Sendirian menanti kehadiran orang yang aku tunggu sehingga ke hari ini akan kepulangannya. Penantian yang aku sendiri tidak pasti sampai bila........

Kini........genap 5 tahun aku menyambut kehadiran Aidilfitri tanpa kehadiran Kaduk di sisi. Hati aku sayu apabila mengenangkan kenangan antara aku dan dia...sampai bila harus aku tunggu kepulangannya kepangkuanku.......Sesungguhnya aku masih mengharapkan kepulangannya itu.....Pulanglah KADUK.........Aku tiada sesiapa lagi di sini....semuanya telah pergi meninggalkanku terkapai2 sendirian......Pulanglah KADUK....pulanglah....

KADUK....
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah......

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi Hari Raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Pulanglah kepangkuan ku oh...sayang
Ku menunggumu di hari raya...



PULANGLAH KADUK.....

-TAMAT-


Tuesday, September 15, 2009

MY "KADUK" (8)......


Entry MY "KADUK" (7) : Surat yang berwarna merah jambu berada di tanganku.......
----------------------------------------------------------------------------------
MY " KADUK" (8)..........

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim........aku membaca apa tertulis di dalam warkah ini...

**********************************************************************************

Untuk seorang budak perempuan yang telah banyak berkongsi segala susah dan senang bersama aku.....
Ira,

Aku tahu, taktala kau membaca warkah ini.....aku telah pergi jauh dari sisimu. Pergi meninggalkan tanpa sebarang kata untuk dirimu. Bukan niat dihati untuk melukai hatimu, tetapi keadaan yang memaksa aku berbuat demikian. Aku tau, aku telah membuat keputusan tanpa berbicara dengan kau, Ira... maafkan aku. Keputusan yang aku rasa boleh membuatkan hati semua orang gembira walaupun ada hati yang akan terluka iaitu aku dan kau.
Ira,

Kau masih ingat lagi Syam, seorang sahabat dan juga seorang abang yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini walaupun aku tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Keluarganya telah banyak membantu dan memelihara aku selama ini dari kecil sehinggalah kini.
Ira,

Sebenarnya Syam mencintaimu dalam diam, kerana dia tahu aku mencintaimu. Macam mana aku tahu......aku telah terbaca diari Syam yang tertinggal dikamar aku pada suatu hari. Dapat kau bayangkan perasaan aku ketika itu, Ira. Dia mencintai perempuan yang sama denganku.
Ira,
Semenjak mengetahuinya, aku banyak mendiamkan diri dari semua orang termasuk kau. Satu hari, saat aku bertegang leher dengannya pasal kau, tiba2 Syam rebah di bilik aku. Barulah aku tahu, Syam sakit....barah otak. Selama ini, tiada siapa yang mengetahuinya sehinggalah saat dia rebah di bilik aku.

Ira,
Aku menyepi kerana aku menjaga Syam di hospital. Satu hari ketika Syam sedang tidur, Kaklong memanggil aku di suatu sudut. Kaklong adalah orang yang palling rapat dengan Syam. Segala rahsia Syam semuanya diketahui termasuklah Syam meminatimu. Kaklong telah meminta sesuatu di luar jangkaan aku. Dia meminta kepadaku agar berkorban cintaku untuk Syam. Aku tahu, Kaklong tidak berniat nak melukakan hatiku dengan permintaannya tetapi keadaan Syam yang telak memaksanya berbuat demikian. Aku tahu, akulah yang telah menyebabkan Syam tiba2 jatuh sakit.
Ira,
Aku mengambil masa yang lama untuk berbuat keputusan. Aku tahu, kalau aku berbicara denganmu, pasti kau tidak akan melepaskan diriku. Jadi, jalan terbaik...aku terpaksa berkorban cintaku untuk seseorang yang telah banyak meninggalkan budi utk diriku ini. Aku tahu, keputusan ini telah membuatkan hatimu terluka dan pasti engkau akan membenci diriku. Tapi aku terpaksa, Ira demi kebaikan semua.
Ira,

Dengan itu, aku telah membuat keputusan utk menerima tawaran dr syarikat luar negara utk bekerja dengannya. Dan aku rasakan, inilah penyelesaian terbaik agar aku dapat menerima hakikat yang sukar ini. Aku minta maaf.
Ira, Kalau kau masih mencintai aku, jenguklah dia di hospital. Aku berharap sangat kau menjenguknya. Dia perlukanmu di sisinya saat ini.
Ira,

Aku rasa segala persoalan yang bermain difikiranmu telah terjawab, cuma aku tidak mempunyai kekuatan utk berdepan denganmu. Aku tahu, kau pasti akan menggelarkanku "kaduk yang pengecut", tapi aku x kisah. Aku lebih rela kau membenci diriku dari melihat kau menangis di depanku. Aku mintak maaf.

Ira,

Aku tidak akan memberitahumu di mana aku bekerja, kerana aku tahu kau akan mencariku. Janganlah kau mencari aku, kerana tiada siapa yang tahu di mana aku berada termasuk kawan2 kita. Aku harap kau dapat menerima keputusan ini walaupun hatimu terluka.
Ira,

Sebelum aku mengundur diri, Aku mintak maaf di atas segala yang telah aku lakukan terhadapmu, Ira....aku mintak maaf.....Harap kau dapat memaafkan diri ini yang telah banyak melukai hati mu..........Aku mendoakan agar kau tabah menghadapi kehidupan seterusnya.

Salam dalam ingatan,
Aku seorang budak lelaki yang telah singgah di hatimu lantas meninggalkannya tanpa sebarang kata........
KADUK


----------------------------------------------------------------------------------------

Cerita MY "KADUK" ini hampir ke penghujungnya...hanya satu entry saje lg yang bakal menamatkan citer ni iaitu MY "KADUK" (9) - AKHIR.....yang akan di publish sebelum Hari Raya ni.......

Thursday, September 10, 2009

MY "KADUK" (7)..........


Taraaa.....kepada yg setia mengikuti citer my kaduk ni, aku bawakan khas utk korang sambungan dari MY "KADUK" (6)
---------------------------------------------------------------------------------

Istimewa untuk entry My "Kaduk" (7) kali ini. Aku akan announce nama watak2 dlm citer my kaduk ni.....
AKU : Nurul Iman Nazira - (Ira)
KAWAN AKU : Nazatul Azika - (Ika)
KADUK : Mohd Hariman - (Kaduk)
KAWAN KADUK : Mohd Izham Iskandar - (Ijam)

Inilah watak2 yang menghiasi citer my kaduk ni......x mustahil akan muncul watak2 baru dlm entry yg akan datang. Just wait and see...hehehehehehe....selamat membaca....
----------------------------------------------------------------------------------

Entry kali ini :
Segalanya sudah terurai. Persoalan kenapa kaduk aku menyepi telah kutemui jawapannya.

KWN KADUK : Ira, ko ade dengar ape2 berita pasal kaduk?

AKU : Kaduk aku tu dh lama menyepi. Aku dh x tau ape terjadi pada die? Kenapa? Ko tau kaduk aku kat mene ke?

KWN KADUK : Betul ko x tau ape2 pasal kaduk?

IRA : Ko ni Ijam, sumpah aku x tau ape2

KWN KADUK : Errr..sebenarnya kaduk dh gi oversea. Keje kat sana.

IRA : What !!!!... Keje kat oversea. Kat mane Ijam? Kenapa dia x bgtau aku?

(Saat itu aku rasakan dunia ini bagaikan gelap gelita taktala mendengar berita itu. Kenapa kaduk buat mcm ni)

KWN KADUK : Mase dia berlepas pun, aku tertanya2 kenapa dia x kasi bgtau kat ko. Aku pegang janji dengan dia Ira. Aku mintak maaf.

AKU : (Suara semakin serak) Kenapa dia buat mcm ni kat aku?

(Airmataku semakin laju menitis ke pipiku)

KWN KADUK : Aku rasa ko akan tahu jawapannya lepas ko baca surat yg dia tinggalkan utk kau, Ira. Aku dh on the way nk ke rumah kau ni. Dlm 10 minit aku smp.

AKU : Ok. (Hanya itu yg mampu aku ucapkan taktala Ijam mematikan taliannya.)

Aku bermonolog sendirian " Apa salah aku Kaduk...kalau aku betul2 ade buat salah kat kau, kenapa kau x bertanya pd aku sendiri. Patutlah selama ni ko menyepi."
------------------------------------------------------------------------------
10 minit kemudian - Di depan rumah aku:

KWN KADUK : Ira, ni surat yang kaduk pesan utk bg kat kau. Mungkin kau akan tahu sebab, kenapa kaduk berbuat demikian pd kau. Kau bacalah.

Sampul surat berwarna merah jambu bertukar tangan.

AKU : Thank's Ijam.

KWN KADUK : Aku balik dulu ye Ira. Kalo ade ape2 ko call aku atau Ika ye. Take care. Ermmm.....Cuma aku nk bgtau satu je, aku rasa kaduk masih menyayangi ko coz dlm dompet kaduk masih terselit gambar kau dan dia. Ko fahamkan maksud aku.

Kawan kaduk berlalu pergi meninggalkan aku dengan seribu pertanyaan. Apa yg dimaksudkan oleh kawan kaduk tu..................

------------------------------------------------------------------------------
Nntkan warkah Kaduk utk aku dlm entry yang akan datang. Harap kalian sabar menanti yer....huhuhuhuhuhuhuhu

Friday, September 4, 2009

ALAHAI ALISHA........

Alahai Alisha...cutenyer ko....kecik2 dh pandai bergaya.....


MY "KADUK" (6).....

MY "KADUK" (5) : Dalam entry yang lepas, aku buat survey utk mengetahui pendapat pengunjung blog ni and my follower tentang kenapa Kaduk aku sepi....berbagai komen yg aku terima...Terima kasih kepada yg sudi meninggalkan komen utk survey tu.....
----------------------------------------------------------------------------------

Kesinambungan kisah My Kaduk kali ini......................

Sesuatu di luar jangkaan aku telah berlaku. Tiada ku sangka ianya terjadi kepada diriku. Saat mendengar perkhabaran itu, aku terjelopok ke lantai. Tiada ku sangka KADUK sanggup berbuat demikian kepadaku.
Tetapi....kenapa mesti kawan Kaduk yang memberitahu berita ini kepadaku dan bukan Kaduk sendiri....................

**********************************************************************************
*Perkhabaran apa yang telah aku terima sehinggakan aku terjelopok ke lantai, nantikan kesinambungannya dalam MY "KADUK" (7). Segala persoalan kenapa Kaduk aku sepi bakal terjawab tidak lama lagi.....huhuhuhuhuhuhu......