Tuesday, November 30, 2010

MENGEDIT : HADIRKAH DIA?

Mood tuan umah hari ini :

{ menyambung kembali coretan "HADIRKAH DIA?" setelah sekian lama kertas-kertas contengan cerita ini tersembunyi di dalam almari rumah di kampung - (huhuhu..selama ini disangkakan hilang). Sudah ditemui dan sekarang ini tuan umah sedang dalam proses mencantikkan ayat dan jalan ceritanya ataupun dalam erti kata lain - sedang dalam proses mengedit....(poyo betul ayat tuan umah ini).

*********************************************

{ sedikit coretan dalam HADIRKAH DIA? }

{ Kedua-dua sahabat itu sungguh menghayati rentak setiap melodi yang dimainkan. Sehinggakan di dalam dewan itu ada yang merasakan seperti ada kisah di sebalik persembahan itu. Ya..memang ada kisah yang tersembunyi. Sesuatu yang bermain di kotak fikiran Riana hanya satu..Hadirkah Dia di dalam dewan pada malam ini?...... }

- minta maaf kerana ayat masih tunggang-langgang..heheheh -

Monday, November 29, 2010

CERITA SURAT KHABAR.....


*sumber gambar : google image

Hari-hari aku akan melihat gelagat orang membaca surat khabar. Ada yang suka membaca akhbar melayu dan ada yang suka dengan akhbar inggeris. Tetapi ada juga yang suka baca secara online. Pagi-pagi member kat opis akan mencari akhbar utk dibaca. Kadang2 sampai berebut-rebut...hehehehehehe. Aku juga takkan terlepas untuk membaca surat khabar setiap hari. Aku tak suka membaca secara online. Aku lebih suka baca surat khabar secara bercetak. Lagi satu.....aku suka mula bace surat khabar dari muka surat belakang. Hahahahahha...pelikkan...tapi itulah kenyataan. Mula-mula ramai yang pelik tapi lama-kelamaan diaorang tak kisah. Pelik ke bila baca surat khabar dari muka surat belakang?... Entahlah. Korang pulak macam mane?

p/s : { pelik tapi benar..itulah kenyataan tuan umah yang suka baca surat khabar dari muka surat belakang...hehehehehe..salah satu sebabnya ialah suke berita pasal sukan..ahaks }

Wednesday, November 24, 2010

AWARD UNTUK TUAN UMAH...


Hari ini nak update blog, pastu ade pesanan di shoutmix dari blogger frenz : eiyda { "anda dapat award...sila dtg ambil ya...:)" }

Buat kali kedua tuan umah ini dapat award...thanks utk eiyda for this award..:-)

p/s : { Tuan umah berasa bangga kerana ada org sudi memberi award...thank you so much...(amboi...tuan umah bercakap mcm dpt award negara...ahaks) }

Monday, November 22, 2010

BLOG KEDUA TUAN UMAH :-)........

PENGUMUMAN :
  • Bagaimana boleh terciptanya blog ini? Kerana minat melihat tempat2 menarik di dunia (walaupun x pernah jejak pun tempat2 ni..heheheh..) dan ilham ini diterjemahkan ke dalam blog kedua tuan umah...
  • Walaubagaimanapun, blog kedua ini masih dalam proses dikemaskini oleh tuan umah, jadi agak kucar-kacir blog ini buat masa sekarang
  • HISTORY : Blog ini sebenarnya sudah lama terbina since 29/4/2009 - so mulai malam ini 22/11/2010 blog kedua tuan umah akan beroperasi dengan info2 terbaru...

p/s : { tuan berumah berangan nak ada banyak blog, tapi takut tak sempat nak update...ahaks. Buat masa ni cukuplah 2 dahulu...heheheheh ~ ayat poyo tuan umah..:-) }

Sunday, November 21, 2010

FATIMA FROM MOROCCO.....


THE MOST BEAUTIFUL GIRL IN THE WORLD
HELD IN FRANCE AND HER NAME IS FATIMA FROM MOROCCO

Sumber diperolehi dari :

p/s : { Ala tomei2 budak ni...cute.. Tiba-tiba teringat kat Alisya (wajahnya yang menjadi inspirasiku untuk menulis watak Aliyatul Alisya dalam nukilan "KU BAWA MEMORI ITU" }

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA....


SALAM AIDILADHA KEPADA :
  • Pengunjung setia blog tuan umah ini
  • Pengunjung yang sudi meninggalkan jejak di cbox tuan umah
  • Pengunjung yang terbuka hati untuk menjadi follower di blog tuan umah ini
  • Pengunjung yang meninggalkan komen di setiap entry
  • Dan untuk semua yang mengenali tuan umah ini..:-)
p/s : { Tuan umah akan bercuti dan akan kembali dengan entry baru pada hari Ahad atau Isnin....Tuan umah nak balik kampung...kuhik..kuhik..kuhik..kuhik.. }

Monday, November 15, 2010

INTRO : TULIP INI UNTUK AWAK.....

INTRO : MOHD ZACKRY ZAFUAN & NUR ADRIANI ASYIQAH diadun wataknya dalam TULIP INI UNTUK AWAK

*******************************************************

“Zack..Zack..bangun sembahyang Subuh, nanti terlajak. Dah 6.30". Badan Zack digerakkan perlahan. Tiada respon. Kali ini goncangannya agak kuat sedikit. Mata Zack terbuka perlahan.
"Kenapa?". Dengan suara yang agak serak, Zack bersuara.
Erk..dia tanya aku kenapa. Iqa getus perlahan di dalam hati.
"Bangun sembahyang." Dia perasan wajah Zack pucat dari semalam. Iqa meletakkan tangannya di dahi Zack. Panas.
"Awak demam ke?" Zack hanya mengangguk perlahan.
Dalam kepayahan, Zack bangun menuju ke bilik air. Separuh berjalan dia seakan tidak seimbang. Cepat-cepat Iqa mendapatkan Zack dan memapahnya ke bilik air. Dilihat Zack mengambil air sembahyang dengan perlahan. Selepas itu dibiarkan Har berjalan sendiri, terpegang nanti batal pula air sembahyang. Zack duduk di birai katil sambil menanti Iqa membentangkan sejadah.

Samb.....

********************************************

p/s : { Ini hanya sebahagian nukilan "TULIP INI UNTUK AWAK". Masih dalam proses menulis. Oleh kerana helaian coretan "HADIRKAH DIA" hilang, maka tuan umah mula menulis nukilan TULIP INI UNTUK AWAK. }

Sunday, November 14, 2010

MENCARI YANG HILANG......


*sumber gambar : google image

  • Argh tidak!!!!..tuan umah dah lupa kat mane dia letak helaian2 cerita yang ditulis untuk nukilan "Hadirkah Dia?". Yang ada dalam laptop semuanya belum di edit. Bila menulis tuan umah suka mengedit di atas kertas sebelum ditaip ke dalam laptop. Macam mane ni, dalam kereta dh cari, kat umah dah cari, kat opis pun dah dicari...tapi x jumpa.
  • Missing....kat mane tuan umah ni letak... Hanya ada satu usaha terakhir iaitu mencarinya di rumah ibu bapa kesayangannya di kampung. Rase2 nya macam tertinggal kat sane. huhuhuhu nampaknyer kene tangguhkan dulu menulis cerita Hadirkah Dia?.huhuhuhu

p/s : { berfikir dan mencari idea untuk menulis nukilan baru..."TULIP INI UNTUK AWAK"...}
{ Dalam hati tuan umah terdetik : Huhuhuuh...."menulis" - mcmlah dia tu penulis terhebat..huahuahuahuahu (kutuk untuk diri sendiri) :-)}

Saturday, November 13, 2010

SUKAN KESAYANGAN TUAN UMAH.....


NETBALL....sukan kesayangan tuan umah. Kenapa? heheheheh sebab minat kot. Dengan netball, tuan umah dapat menjelajah ke serata negeri termasuk Singapore. Minat sangat sampai wallpaper kat laptop pun gambar I love Netball...ahaks....

p/s : { poyo betul tuan umah ni. Ini tandanya tuan umah ketandusan idea nk menulis. Bilelah nk habiskan nukilan Hadirkah Dia?...huhuhuhuh }

Friday, November 12, 2010

LAYAN HINDI MOVIE...



Hahahahahah...dah lame tak layan Hindi movie. Tiba-tiba mlm ni terasa nk tengok citer hindustan. Hum Saath Saath Hain...best giler citer nie. Lagu jgn cakap..memang layan.

{ p/s : Tuan umah ni memang peminat setia citer hindustan....hehehehehehe }

Thursday, November 11, 2010

SELAYANG PANDANG....



Pertama kali dengar lagu ni..tuan umah menjadi suka...
Biarpun kene gelak, sebab suka lagu rentak melayu deli,
tuan umah tak kisah...
LAYANZ......

* Sumber video dr blog Riesna Zasly.....(seorang yang dekat dengan seni dan sastera)
* Nama penyanyi ni Ferry Afi dari Indonesia (menang program realiti ala2 Akademi Fantasia)

Tuesday, November 9, 2010

CORETAN SEORANG PERINDU....


NUR ARIANI ARISSA & MOHD DARWISH ZACQUAN akhirnya diterjemahkan ceritanya dalam CORETAN SEORANG PERINDU

{ Ini hanya sebuah coretan pendek dan bukan cerita panjang seperti cerpen biasa }

Monday, November 8, 2010

BLOG WALKING TIME....

ACTIVITI HARI INI :

Hari ini tuan umah nak menjengah blog kengkawan setelah sekian lama tidak berbuat demikian lantaran kekangan masa yang amat padat sebelum ini { tuan umah nyer alasan je tu...heheheheh }

Wokeh...BLOG WALKING time.......:-)

Let's go...

Wednesday, November 3, 2010

TULIP......



Jika orang bertanya "Apakah bunga kesukaan awak?"
Sudah pasti jawapannya "TULIP".....

..........ADRIANI........
"TULIP INI UNTUK AWAK"

Tuesday, November 2, 2010

TULIP INI UNTUK AWAK......



TAJUK : TULIP INI UNTUK AWAK

ADRIANI : Aku suka bunga tulip.
ALIF : Kenapa kau suka bunga tulip?
ADRIANI : Kerana ada orang pernah bagi aku bunga tulip.
ALIF : Siapa orang tu?
ADRIANI : Erm....seorang budak lelaki, 16 tahun yang lalu.
ALIF : Hah...16 tahun yang lalu....
ADRIANI : Yup. 16 years ago.

Alif menggaru kepalanya mendengar jawapan Adriani.

{Ehem...ehem...ehem... Akan datang selepas "HADIRKAH DIA?"}
*Persoalannya : dh siap ke Hadirkah Dia?.....huhuhuhuhu*