Monday, May 30, 2011

KASIHNYA IBU....

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Berkorban raga
Rela binasa

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biarlah jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia

Thursday, May 26, 2011

REVIEW NKTM...:-)


sumber gambar : google image


TARIKH : 24/05/2011

MASA : 8.30 mlm

TEMPAT : GSC ALAMANDA

MOVIE : NUR KASIH THE MOVIE

******************************************

PENDAPAT TUAN UMAH:

Sebelum melihat NKTM tuan umah banyak membaca review dan ulasan para peminat NKTM. Pelbagai ulasan dan pendapat yang diceritakan. Bagi tuan umah sendiri, pasti mempunyai ulasan tersendiri:

1) Terpulang sama ada mau tengok atau tidak - NKTM

2) Jalan cerita yang banyak tersirat dan kita patut memahaminya setiap plot cerita, tutur kata setiap watak, ayat2 yang diluahkan, imbasan setiap petunjuk yang diberi, semuanya akan buat kita faham kenapa begitu dan begini.

3) Tuan umah terfikir kenapa ramai yang tidak faham dan mengatakan NKTM seolah2 tergantung penghujungnya?????? bagi tuan umah hanya satu tips yg dpt diberi:
"Cerita ini memang banyak imbasan kenangan silam kerana, ini adalah cerita yang mengingatkan Nur Amina semasa tua yang hilang ingatan kerana faktor usia dan selepas kehilangan Adam. Aidil banyak membantunya untuk mengingati saat2 Nur Amina dan Adam dengan membaca kembali diari yang ditulis oleh Adam. Oleh sebab itu, cerita ini banyak flashback kepada waktu muda. Dalam ayat mudah, Aidil baca diari dan Nur Amina mengimbas kembali kenangan itu."

4) NKTM banyak mengisahkan pengorbanan seorang isteri kepada suaminya kerana ini adalah imbasan silam Nur Amina taktala Aidil membaca diari Adam. (sewaktu tua)

5) Penghujung cerita ini sangat mudah difahami kerana Nur Amina mengingati kembali kenanganya sekaligus mengingati siapa anak lelakinya.:-) (handsome beb zain ruffedge...heheheh)

6) Scene yang paling tuan umah suka ialah : saat Adam mencari cincin dan imbasan kenangan dari muda hingga ke tua dengan lagu latar Bertemu Cinta..superb:-)

7) Semua emosi bermain dalam satu filem.

KETAWA : tuan umah akan ketawa melihat betapa kalutnya Adam memasak, Adam ketika tergelincir ketika mesin basuh berbuih dengan sabun, saat tok wan memujuk mariyam (dialog x leh lupa..."kuih apa"?..so cute ), watak mia sara memang kelakar.

SEDIH : saat adam mencari cincin dan disaat cincin itu disarungkan, flasback kenangan muda hingga ke tua, sedih bila Nur Amina bekerja keras utk mencari duit pembedahan Adam. huhuhu.

Sedih dan ketawa diadun dalam satu jalan cerita memang menarik perhatian tuan umah.

8) Lagu jangan cakap, memang best. Tuan umah paling suka "Bertemu cinta"..thumbs up.:-)

9) Usai melihat NKTM : ada satu tanda tanya bagi tuan umah...kenapa tiada watak ibu dan bapa Nur Amina...???hehehe.. (x taulah kalo tuan umah x perasan watak ini)

Ini adalah pendapat tuan umah. Tiada niat untuk menyangkal sekiranya ada yang tidak menyukainya. Lain orang lain pendapatnya.......bagi tuan umah...NKTM mmg best. Cerita yang banyak tersirat dari yang tersurat dan kita sendiri kene mencari yang tersirat itu dengan segala petunjuk, tutur kata, dan imbasan yang diberi....:-)

p/s : { tuan umah ada hati nk tengok kali kedua NKTM...hehehehe }

Friday, May 20, 2011

FENOMENA "NUR KASIH"....


sumber gambar : pinjam dari google image...heheheh
  • Start 19/5/2011 - tuan umah kembali dilanda fenomena "Nur Kasih". First time dalam sejarah, tuan umah follow citer melayu.
  • Sebelum ini tuan umah pernah dilanda fenomena filem Titanic dan Ada Apa Dengan Cinta (indonesia film). Kelakarkan, bila budak brutal macam tuan umah jatuh cinta dengan romantic film..hehehehe. Sampaikan member2 cakap dengan tuan umah : "Aik, budak brutal ni follow citer Nur Kasih"...huh x support langsung...hehehe
  • Di sini tuan umah senaraikan beberapa pendapat kenapa tuan umah suke dgn citer "Nur Kasih" :-
- Jalan cerita yang biasa, tetapi diolah dengan cara yang berlainan. walaupun kita tahu apa kesudahannya, namun hati tuan umah tetap nak tengok jugak.

- Cinematography yang cantik, even gambar belakang rumah pun masih dilihat cantik.:-)

- Skrip yang tercipta menarik perhatian tuan umah.."
"Kita memang tak boleh jadi orang lain. Tetapi, kita boleh jadi orang yang lebih baik."

- Para pelakon, biarpun mase first drama ini pelakonnya tidak kenali melainkan Fizz Fairuz...after that, I'm falling in love with "Adam" and "Nur Amina"..heheheheheheh

  • Ini pendapat tuan umah. Kalau ada yang tidak setuju itu terpulang pada masing2.:-)
*******************************

Imbas kembali entry tuan umah yang ade pertalian dengan "Nur Kasih"..kuhik..kuhik..kuhik..

* 24/10/2010 - GLOW OF LOVE

* 05/04/2010 - AHAKS :-)

* 09/12/2009 - MY BOYFRIENDS...AHAKS

* 29/10/2009 - LAYAN

***************************************************

p/s : { Huahuahua..tiket nk tengok NKTM x dpt lagi...hehehehe }



Thursday, May 19, 2011

ENTRY PICISAN TUAN UMAH....


Intro : Entry picisan ini khas buat pembaca setia cerpen "Ku bawa memori itu" di penulisan2u.:-)

Tajuk entry ini : Masih menulis dan mencari idea untuk kesinambungan "Ku bawa memori itu"


*************************************************************************

“Dah tau pasal abang Ijam?”
Alisya mengangguk lemah. Namun di dalam hatinya berdegup laju apabila nama abang Ijam disebut. Rindu dia pada insan itu.
“Dah ziarah pusara papa dan mama?”
Sekali lagi Alisya menganggukkan kepalanya. Sedunya sedikit terusik. Melihatkan keadaan pusara, dia mengetahui abang Ijam menunaikan janjinya.
“Dah jumpa abang Ijam?” Tasya menduga dengan soalan itu.
Kali ini dia menggelengkan kepalanya.
“Kau nak jumpa dia?” tasya menduga lagi. Matanya memandang tepat ke arah tasya. Airmatanya semakin meluru keluar dari tirai kelopak matanya. Dari pandangan mata Alisya, Tasya boleh membaca fikiran kawannya itu. Mustahil untuk dia menolaknya.

******************************************************

p/s : { tuan umah masih mencari semangat yang hilang seketika. Insyaallah, blog ini akan di update sentiasa seperti sediakala }

Monday, May 9, 2011

Sunday, May 8, 2011

MAMA......



Mama,
Walaupun dirimu tiada di sisiku, namun mama tetap sentiasa ada di dalam hatiku.

Selamat Hari Ibu,......Mama.....

21/10/1959 - 9/4/2011

AL-FATIHAH


p/s : Baba pesan, kalau rindukan mama, bacakan Yassin dan sedekahkan Al-Fatihah...Amin..