Monday, January 26, 2015

PART 1: KERANA CINTA......


PROLOG:

Langit sudah menampakkan kelamnya. Warna oren yang melatari luasnya langit sudah beransur gelap. Subhannallah ciptaan Yang Maha Esa. Di beranda sebuah rumah pusaka, kelihatan seorang perempuan duduk di kerusi kayu berukir bunga yang melingkar. Di wajahnya pula terukir duka yang tidak berpenghujung.
Dalam sepi, ada suara memanggilnya perlahan.
“Qalisha, hari dah senja ni. Mari kita masuk.” Lembut suara itu memujuk.
“Tapi Adam belum datang kak.” Jawab Qalisha.
“Tak apa. Besok kita tunggu lagi ya. Maghrib pun hampir masuk waktunya. Tak elok duduk di luar senja-senja begini.”
Qalisha menuruti kata-kata Ariana. Langkah diatur perlahan masuk ke dalam rumah. Namun di dalam hati, Qalisha begitu sedih kerana insan yang dinanti itu tidak kunjung tiba. Di mata Ariana pula, sudah ada airmata yang bertandang melihatkan keadaan adiknya itu. Kerana cinta yang tidak kesampaian Qalisha berada di dunia ciptaannya sendiri. Dan kerana cinta serta kasih sayang seorang kakak kepada adiknya, segala kata hati Qalisha diturutkan agar peristiwa itu tidak berulang kembali.


to be continued........