Wednesday, October 23, 2013

HADIAH TERINDAH 21/10/2013



21 OKTOBER 2013....(ISNIN)

LEMBARAN KETIGA

Lembaran ini hanya tertulis ucapan hari lahir. Tetapi ucapan itu amat menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Ringkas tetapi begitu dalam maksud yang tersirat disebaliknya.

“Selamat Hari Lahir Mama. Tahun ini anakmu menghadiahkan mama bacaan Yassin dan sedekah Al-Fatihah buat mama di alam sana. Doa anakmu, agar mama tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Semoga ianya menjadi hadiah terindah dan bermakna buat mama.”

Al-Fatihah

*credit dari "NUKILAN HATI ARISSA" -

Friday, August 30, 2013

POEM...



Baca....memahami....berfikir.....  

 (credit : dari FB tuan umah sendiri...hehehehe)

Monday, August 12, 2013

SYAWAL....

Syawal mengorak langkah meninggalkan Ramadhan...Semoga bertemu kembali Ramadhan...

Sunday, July 21, 2013

HARI INI....

21 JULAI 2013
Semoga perjalanan hidup ini diberkati olehMu Ya Allah.

Friday, July 19, 2013

SALAM RAMADHAN..


Masih belum terlewat untuk mengucapkan
 "SALAM RAMADHAN"

*rindu padu Chad, K2, Fend......credit tuk "Contengan Jalanan / Hlovate"

Wednesday, May 22, 2013

CERITA 5: TERSEDAK

Riana : Dalam seminggu lebih 4 kali kot awak tersedak..

Arit : Ada orang asyik sebut nama saya kot...tak pun ada orang ingat kat saya..

Riana : Huh..perasan betul
(Arit ketawa mendengar jawapan Arissa)

*org tua2 ckp, kalau asyik tersedak tandanya ada orang asyik sebut nama kita...ermmmmm....

Tuesday, April 9, 2013

RINDU DATANG BERTAMU...

Hujan di kala petang menghampiri senjanya. Angin bertiup kencang membawa curahan yang melimpah. Di kanvas langit, garis cahaya kilat melingkar panjang. Bibir mengucap rasa teruja Subhanallah.
Usai Mabhrib ditunaikan, kitab Yassin diambil dari celahan rak. Doa dibaca dan Surah Yassin menyusul selepas itu. Dalam hati ada sendu yang bertamu, namun ditabahkan hati agar ketenangan itu dirasa. Alhamdulillah...selesai jua Yassin itu dibaca. Doanya...semoga roh orang yang disayangi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan semoga dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa...Amin.

DIA : Awak baca Yassin?
SAYA : Ya. Saya merinduinya.
DIA : Sedekahkan Al Fatihah. Insyaallah.

*****************************************

p/s : 9/4/2013 ; genap 2 tahun pemergiannya. I love you mom.....AL-FATIHAH....

Tuesday, March 26, 2013

LANGIT SENJA.....

Warna oren melatari langit senja membuatkan mata terpaku dan bibir menutur Subhanallah @ Tanjung Agas, Pekan, Pahang.

Monday, February 25, 2013

FEBRUARI YANG BERLALU PERGI.....

BERMADAH.......
Tak pernah sedetik untuk membenci Februari
Tak pernah sedetik untuk memarahi Februari
Tak pernah sedetik untuk mengutuk Februari

BERBICARA.......
Awak sedih Februari akan habis harinya
Kenapa saya perlu sedih
Kerana awak dengan Februari ada kaitan
Februari tu dah tiada dalam memori saya lagi

BERMADAH
Februari datang dan pergi
Harinya pun sudah bersilih ganti
Biarkanlah ianya berlalu pergi tanpa di kenang

BERBICARA
Boleh saya bgtau sesuatu
Apa dia?
Februari tak pernah bersalah kerana setiap tahun kita akan bertemu dengan Februari

Tuesday, February 5, 2013

"SARANG BARU"....

Setelah hampir 6 tahun bermastautin di daerah yang majoritinya sang kumbang, akhirnya dia berpindah ke "sarang baru" yang majoritinya sang bunga. Masih di tanah jajahan yang sama, masih pemimpin yang sama, masih berkawan dengan sang arjuna, masih mengutip cukai minuman bulanan....yang berbeza hanyalah suasana daerah baru itu serta rutin harian dia......

p/s: Ini adalah entry bersahaja. Jadi abaikan kalau tidak mengerti apa2 selepas membacanya:-)

Thursday, January 31, 2013

0 + ? =..........


0 + ? = Kosong dan blur...masih di awangan...

********************************************

Kau pasti dengan keputusan ini?
Aku tak pernah ragu-ragu dalam membuat keputusan

Dia macam mana?
Pasti dia akan membenci aku selama-lamanya

Itu yang kau nak?
Aku tak mahu tapi aku terpaksa

*********************************************

p/s : Entry ini hanya singgah beberapa saat lantas ditulis agar ianya tidak hilang.... Ianya singgah taktala mendengar lagu Never Say Goodbye (theme song for My Girl).

Tuesday, January 8, 2013

SENJA DI PARIS....

Secawan kopi ditemani muzik klasik ibarat senja di Paris. Wah!!

Senja di Paris
aku sendirian
bertemankan kenangan
pena dan nota menjadi pengganti
lukisan hidup di bumi Paris
memberi sejuta ilham

Senja di Paris
aku melihat corak kehidupan
romantik dan klasik
berlatarkan mercu hebat kota ini
berdiri megah di tengah kota
terakam indah di kotak memori

Senja di Paris
aku tinggalkan jejak
sebagai tanda pernah bertandang
aku tulis ilham yang hadir
sebagai tanda jejak di kota ini

Selamat tinggal
Senja di Paris

 

Thursday, January 3, 2013

ORANG DAN SOALAN MENYIBUKNYA...


Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, setiap kali bertukar tahun, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Apa azam tahun baru kau?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang belum berkahwin, pasti soalan kegemaran yang akan ditanya : Bila nak kahwin?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah berkahwin, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak ada anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah beranak seorang, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak tambah anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah ada anak dara atau teruna, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak menantu?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah bermenantu, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak dapat cucu?

Tapi kalau soalan menyibuk ni orang tanya aku : Bila kau nak mati? Jawapan aku : Ambil pisau pastu kasi tikam mati orang tu. Baru dia tahu mati bila...Kejam tak?

*******************************************

*Ini adalah entry berbaur balas dendam dan ketidakpuasan hati. Sudah menjadi kebiasaan manusia disekeliling kita akan bertanya soalan2 menyibuk yang kadangkala rasa nak tumbuk je muka orang yang bertanya tu (kejam lagi)...Zaman sekarang manusia sudah tidak dapat membezakan antara peribadi dan umum. Mereka sudah buta dalam membezakan harga maruah seseorang sehingga alpa dengan pertanyaan berbaur harga diri seseorang (pergh..mcm pengkritik). Sebenarnya, orang yang prejudis macam ni kita abaikan je dan biarkan dia dengan soalan menyibuknya. Tapi kalau dah terlampau ekstrem dengan soalan menyibuknya, sesekali kasi flying kick hinggap kat kepala dia biar kasi lupa ingatan, confirm dia lupa dengan dunia soalan menyibuknya (makin bertambah kejam).

*Allah memberi kita kegembiraan dan kebahagiaan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesyukuran menjadi ukuran agar kita tidak alpa. Namun sekiranya kealpaan itu berterusan, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.

*Allah memberi kita kedukaan dan kesusahan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesabaran dan ketabahan menjadi ukuran agar kita sentiasa berusaha. Namun sekiranya kita putus asa, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.

*Kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesusahan adalah ujian Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jangan alpa dan putus asa kerana di saat inilah syaitan akan menguasai.

*Buat orang dan soalan menyibuknya : Soalan itu bukan kerja engkau, simpan sahaja soalan itu untuk diri sendiri dan bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan untuk diri kita sendiri. Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, berdoa dan berusaha agar segala perbuatan dan perjalanan hidup kita akan diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi..insyaallah....:-)


Tuesday, January 1, 2013

2013....

Hari-hari dalam 2012 dilalui dengan pelbagai cerita suka dan duka. Kegembiraan dan kesedihan berjalan seiring dalam mencari makna kehidupan yang sebenar. Semoga keredhaan dan keberkatan hidup dapat diteruskan dalam meniti hari-hari di 2013 ini...Insyaallah...

Salam tahun baru 2013 buat kawan2 semua.
*target 2013 tuan umah : PHD..kuhik..kuhik..amin...