Friday, October 12, 2012

CERITA 3 : BANANA SPLIT & CUPPOCCINO


Arit memilih tempat di sudut paling tepi bersebelahan dinding berlatarkan tulisan Secret Recipe. Logiknya kerana dia dapat melihat gelagat manusia dari sudut itu. Banana split dan secawan cappuccino menjadi santapannya. Sedang enak menikmati menu itu, telinganya terdengar bicara seorang lelaki dan suara perempuan. 

Lelaki itu berbicara :"Saya tahu saya salah. Tapi berilah saya peluang sekali lagi untuk perbaiki kesilapan saya pada awak."

Perempuan itu berbicara :"Saya dah bagi peluang yang kedua kepada awak, tapi awak mensia-siakan peluang itu."

Lelaki itu berbicara : "Awak..maafkan saya."

Perempuan itu berbicara : "Saya maafkan awak tapi untuk saya memberi peluang ketiga itu tidak mungkin sama sekali."

Arit tersenyum mendengar rayuan lelaki itu. Jawapan perempuan itu benar-benar tekad. Ada berbaur ego di situ. Tapi macam pernah dia mendengar kata-kata itu.


Terdengar lagi suara perempuan itu. Kali ini bukan bicara dengan lelaki di hadapannya tetapi dengan lelaki yang dipanggilnya.
"Dik..order banana split dengan cappuccino satu"
Aik..menu sama dengan aku. Memang tak syak lagi. Dia kenal perempuan itu. Dan perempuan itu adalah sahabatnya...si Riana.



 ************************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Secret Recipe Giant, Shah Alam
30/09/2012