Tuesday, November 27, 2012

CERITA 4: TULIP...


Kuliah hari ini agak membosankan, apatah waktunya di antara 2.30 -4.30 petang. Huargh..waktu yang sesuai untuk tidur. SMS dihantar kepada Arit yang duduk selang tiga baris dari tempat duduknya.

SMS RIANA : Tau tak apa makna bunga tulip?

SMS ARIT : Entah...

SMS RIANA : Tulip membawa maksud 'being perfect love'. Bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Tulip dikenali sebagai bunga yang 'sophisticated' dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.


SMS ARIT : Oooo..panjang nyer kau menaip. Mengantuk ek? Ermm..kau tau apa makna bunga tahi ayam pulak?

SMS RIANA : Tak pernah pulak aku dengar. Apa makna dia?

SMS ARIT : Maknanya..bunga tu aku nak bagi kat kau.

Arit ketawa melihat muka Riana menahan marah kerana dia tahu Riana tak boleh marah dirinya sebab berada di dalam kuliah.

*******************************
nota kaki tuan umah;
lokasi sebenar gambar: bloomshop florist enterprise
8 /11/12

BICARA DI PUSARA BONDA..


Gerimis di pagi hari. Terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Di pusara bonda, wangian melur menyambut kehadiran dia. Di sisi pusara bonda, dia berbicara dari hati ke hati. Hanya bertemankan dua nisan yang tertera nama bonda, jauh di sudut hati, dia tahu bonda mendengarnya. 

sumber gambar : google image

Saat berbicara, terasa seperti bonda ada di hadapannya...
Saat menangis, terasa seperti bonda memujuknya...
Saat gembira, terasa seperti bonda juga ketawa...
Saat kemarahan berbicara, terasa seperti bonda di sisi menasihati...
Kembali ke nyata, itu semua bayangan, kerana dia tahu bonda sudah tidak bersamanya lagi untuk berkongsi semua cerita.

Sumber gambar : google image

Pemergian bonda sudah diredhai. Namun, seringkali memori bonda hadir tanpa dipinta. Usai berbicara dari hati ke hati, dia meninggalkan pusara bonda. Hati yang berat, kaki yang seakan terikat membuatkan dia sayu untuk pulang. Al-Fatihah disedekahkan buat bonda. Terasa ketenangan untuk melangkah pulang kerana dia tahu Allah lebih menyayangi bonda dan dalam doanya dia bermohon semoga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Mengasihani.