Friday, December 31, 2010

SYABAS HARIMAU MALAYA....:-)

Syabas HARIMAU MALAYA dengan kemenangan Piala Suzuki AFF 2010. Semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan kalian termasuklah tuan umah.

Biarpun sebelum ini :
  • dicemuhi dengan provokasi dan propaganda pihak lawan,
  • diserang secara psikologi di hotel penginapan,
  • berlatih di tempat yang tidak sepatutnya
  • memasuki Gelora Bung Karno menaiki kereta kebal "baracuda"
  • isu laser menjadi senjata provokasi

Namun ianya tidak mematahkan skuad Harimau Malaya mengaum di Gelora Bung Karno. Akhirnya...di hadapan penonton Indonesia sendiri..skuad Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 di stadium keramat rakyat Indonesia - Stadium Gelora Bung Karno.

p/s : { Moral of the story : Jangan asyik mempertikaikan kelemahan orang lain akhirnya tersungkur di laman sendiri.... }

Friday, December 24, 2010

HADIRKAH DIA? - { INTRO }


TAJUK :

~ Hadirkah Dia? ~

SINOPSIS :

Antara Arit dan Riana tiada hubungan cinta, tetapi eratnya hubungan persahabatan yang terjalin telah membuahkan satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ady menjadi saksi perjanjian yang termeterai antara Arit dan Riana, namun apabila tiba saat perjanjian itu dilaksanakan, Arit telah mengingkari perjanjian itu. Di saat persembahan membuka tirai, persoalan Riana hanya satu...Hadirkah Dia di dalam dewan ini.......

WATAK YANG DIILHAMKAN:

Mohd Harith Iskandar - Arit
Nur Adriana - Riana
Megat Ady Naufal - Ady
Nurul Syakirah - Ira

****************************************

p/s : { SELAMAT MEMBACA CERITA DARI TUAN UMAH...:-) }

Tuesday, December 21, 2010

ERK....MY LAPTOP....


Argh!!!! tidak. Laptop tuan umah kene air aircond. Huhuhuhu..tak perasan duk letak bwh aircond. Sudahnya...hampir kebasahan. Mujur kene sipi2 je (ibarat dialog dlm filem seniman bujang lapok) dan alhamdulillah ianya masih boleh berfungsi seperti biasa dan harap2 ianya akan sentiasa baik2 aje huhuhuhu. Aduhai, dalam berjaga2 terkena jugak....:-(

p/s : { pesanan untuk diri sendiri....kene sentiasa berhati2...}

Wednesday, December 15, 2010

MOOD BOLA :-)...


Hari ini mood tuan umah ialah : BOLA......
Kerana : Mlm ni Malaysia vs Vietnam (Semi-final 1)
Harapan : Dapat gol byk2 sbg bekalan semi-final 2 nnt
GO...GO..GO..CAYUK....:-)

p/s : { tuan umah adalah peminat setia pasukan England untuk World Cup...mungkin akan berubah bila Malaysia masuk World Cup nnt.....heheheheheheheh }

Monday, December 13, 2010

AKU HANYALAH INSAN BIASA....

AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENUMPANG DI BUMI YANG MAHA ESA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENJALANI KEHIDUPAN PENUH BERLIKU
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG DIUJI DENGAN CABARAN HIDUP
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG GIGIH BERUSAHA SEHINGGA JAYANYA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MASIH DIBERI PELUANG MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI.........

Nukilan :
~ Anastasia ~
9.40 mlm....

p/s : { x taulah apa yg tuan umah ni merepek...bosan tahap cipan..x tau nk merepek ape tuk entry kali ini...hanya luahan hati di malam hari...:-) }

Thursday, December 9, 2010

SUKA GAMBAR INI :-)


DARI LENSA KAMERA TUAN UMAH :-)
PUTRAJAYA - 7 DISEMBER 2010

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 H......


1 MUHARAM 1432 H....

Bersama dititipkan keazaman yang baru dan semoga di dalam hati dan jiwa kita dipenuhi dengan kesabaran, keimanan dan ketabahan dalam menghadapi hari2 yang mendatang :-)



Salam Maal Hijrah kepada semua:
  • yang sudi mengunjungi blog tuan umah
  • yang sudi meninggalkan jejak di cbox blog tuan umah
  • yang sudi menulis pesanan di setiap entry blog tuan umah
  • yang sudi menjadi follower di blog tuan umah
  • dan kepada semua umat Islam seluruh dunia :-)

p/s : { Kredit untuk sumber gambar : diambil dari google image }

Monday, December 6, 2010

P.E.L.A.N.G.I.....


PAGI TADI :

Sewaktu drive ke tempat kerja, aku nampak pelangi. Wah! Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t. Dengan suasana di saat matahari menonjolkan dirinya, diiringi dengan 7 garis warna pelangi. Memang cantik. :-)

p/s : sejak akhir2 ni, tuan umah selalu cerita pasal pelangi. Kerana pelangi itu indah jika dipandang:-)

Thursday, December 2, 2010

BILA HATI BERBICARA.....


mood malam ini :

Kadang2 hati kita menangis tiada siapa yang nampak. Kadang2 hati kita merintih pilu, kita hanya memendam perasaan. Bak kata pepatah : hati terluka tiada siapa pun yang tahu....

Wednesday, December 1, 2010

HUJAN....


{ H.U.J.A.N + P.E.L.A.N.G.I = Sungguh indah }