Sunday, October 25, 2009

KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 10).....


Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 9)

*********************************************************************************

"Alisya macam mana?" Lan bertanya tentang Alisya kepada Ijam. Kalau Ijam pindah sekolah, Alisya macam mana pulak. Agak lama Ijam terdiam setelah mendengar soalan Lan. Dengan perlahan dia menjawab.
"Dia....ikut paklong balik UK. Duduk kat sana. Lagipun kat sini dia takde sesiapa."
"Maksud kau, dia bermastautin kat sana." Ijam mengangguk.
Ijam dipandang sepi. Lan memahami perasaan kawannya itu. Hati siapa yang tak sedih, apabila orang yang sentiasa bersama kita akan pergi jauh.
Seperti biasa Ijam dan Alisya menanti kedatangan Pak Hussien. Masing-masing diam seribu bahasa melayani fikiran sendiri. Di saat akhir-akhir begini bagaikan sukar untuk berkata-kata.
"Abang Ijam, tak sangkakan begitu besar dugaan yang Alisya hadapi. Mula-mula alisya kehilangan papa dan mama. Sekarang Alisya akan pergi jauh meninggalkan abang Ijam."
"Alisya...setiap dugaan yang diturunkan kepada kita, Allah dah tentukan. Dia Maha Mengetahui keupayaan setiap insan dalam menghadapi dugaan yang diberikan. Yang penting Alisya kene kuat menghadapinya. Jangan sebab kehilangan ini, Alisya patah semangat. Ingat tak, dulu kat tasik Alisya pernah cakap kat abang Ijam. Perjalanan kita masih jauh. Kita tak tau apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan, yang penting kita kena berani dan sabar. Ingat tak ayat tu?"
"Ingat...tapi terasa peritnya bila kita menghadapi kehilangan itu." Ijam menoleh ke arah Alisya.
"Hanya orang yang menghadapinya akan memahami erti keperitan itu." Alisya tersenyum dalam sedu.
"Abang Ijam ingat tak kes Remy dulu. Di tempat inilah kejadian tu berlaku. Alisya takkan lupa."
"Mana boleh lupa. Habis abang Ijam dibelasahnya. Tapi kalau kengkawan dia tak masuk campur confirm abang Ijam menang. Betul tak Alisya?"
"Abang Ijam kan hero idola Alisya." Mereka ketawa, seakan mengetahui ini adalah hari-hari terakhir mereka bersama.

**********************************************************************************
Semenjak pemergian Tuan Harris dan Puan Mariana, Maksu Timah dan Ijam tidak lagi tinggal di situ. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Alisya pula akan tinggal bersama Paklong di UK. Tiada siapa lagi yang akan tinggal di banglo permata milik arwah tuan Harris. Banglo yang dulunya sentiasa penuh dengan keceriaan dan gelak tawa, kini hanya sunyi dan sepi. Semua yang berlalu itu hanya tinggal sebagai kenangan yang tidak akan luput diingatan.
Di hari terakhir Maksu Timah dan Ijam meninggalkan banglo itu, hanya air mata yang mengiringi perpisahan.
"Alisya...jaga diri baik-baik ye nak di tempat orang. Banyakkan bersabar. Ini semua dugaan. Mungkin ada hikmah disebaliknya." Alisya tidak dapat menahan kesedihannya, lantas memeluk Maksu Timah dengat erat. Esakannya semakin kuat. Maksu Timah mencium dahi dan pipi Alisya. Anak itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tiada bezanya.
Saat berhadapan dengan Ijam, hatinya semakin meronta. Galak airmatanya mengalir. Insan yang sentiasa berada di sisinya saat suka dan duka, insan yang banyak melayani kerenahnya, insan yang banyak berkorban untuk dirinya...hanya dia insan itu...Mohd Izham Iskandar.
Hati Alisya sebak sehingga tidak dapat menuturkan kata-kata. Ijam hanya tersenyum. Tetapi pilu di hatinya hanya Allah yang tahu. Ijam mesti kuatkan semangat agar airmatanya tidak tumpah di hadapan Alisya. Dengan perlahan dia menyeka air mata Alisya dengan jarinya. Alisya memandang wajah itu dengan pandangan yang sayu.
" Jaga diri di tempat orang. Be yourself. Jangan berputus asa dan tabahkan hati. Sentiasa berdoa dan jagan lupa solat. Abang Ijam doakan semoga cita-cita Alisya untuk menjadi seorang doktor akan tercapai." Kata-kata Ijam itu menambahkan kesayuan di hatinya. Dalam tersekat-sekat dia berkata.
"Jangan tinggalkan Alisya." Dia memeluk Ijam seakan tidak merelakan perpisahan ini. Tetapi apakan daya. Ijam meleraikan pelukan itu perlahan. Sempat dia berbisik ke telinga Alisya.
"Jangan lupakan abang Ijam dan kenangan kita bersama." Lantas dikucup dahi Alisya sebagai tanda kasih seorang abang kepada adiknya.
Teksi yang disewa untuk membawa Ijam dan ibunya sudah pun tiba. Hanya lambaian dan airmata menghiasi perpisahan itu. Semakin jauh, semakin sayu dan semakin hilang lambaian itu, semakin Alisya seperti nak berlari mendapatkan teksi itu. Namun akalnya masih waras. Kata-kata semangat Ijam bersemi di mindanya. Surat ditangan digenggam erat.
"Ingat..baca bila Alisya dah berada atas kapal terbang nanti. Ini janji Alisya pada abang Ijam."
Benarlah, perpisahan itu amat mudah dilafazkan tapi apabila menghadapinya terasa perit yang teramat sangat.
**********************************************************************************
bersambung....

p/s : Nantikan episode akhir kisah ini.......apakah kesudahannya.....apakah isi surat yang dititipkan Ijam buat Alisya........tunggu....

2 comments:

gummybear said...

Laaaa..dah nak habis ke??
setahu yanah, bukan citer ni pnjg lg ker???

Ilyah.... said...

gummybear:
Ye la dh nk habis...tinggal 1 episode je lagi. Citer dh diedit menjadi pendek coz aku x larat nk continue this story. tapi tgklah kot2 dpt ilham nk smbg. Tapi buat mase ni smp di sini...sediakan tisu b4 episode akhir di publish....ahaks.