Monday, October 26, 2009

KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE AKHIR)....


Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 10)

******************************************************************************
Pesawat yang membawa para penumpang ke United Kingdom selamat berlepas dari landasan KLIA. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap kapal terbang itu. Setitis demi setitis air matanya gugur dari kelopak mata. Jari halusnya menyeka air mata itu agar tidak terus mengalir. Surat yang berada di tangannya dibuka perlahan.

ALIYATUL ALISYA......
Disaat Alisya membaca surat ini, mungkin dirimu sudah berada di atas awan biru meninggalkan seribu kenangan buat kita bersama. Abang Ijam bukanlah seorang budak lelaki yang pandai bermadah tetapi cukuplah sekadar dapat menulis titipan ini untuk Alisya sahaja. Jangan bagi sesiapa baca tau surat ni, malu.....


Air matanya gugur bersama senyuman dibibir. Bacaannya diteruskan.

ALIYATUL ALISYA......
Sampai di sana nanti, teruskanlah cita-citamu untuk menjadi seorang doktor. Abang Ijam berdoa dari jauh semoga impianmu itu akan tercapai. Alisya pasti boleh. Kan Alisya selalu berangan nak jadi "Doktor Alisya". Bagi abang Ijam, dirimu sudah lama abang Ijam gelarkan sebagai doktor Alisya kerana sejak dulu lagi, Alisya lah pengubat suka duka di mata dan di hati insan ini. Ingat tak cara Alisya ugut abang Ijam makan ubat......lepas ni dah takde orang boleh ugut abang Ijam. Sebab Alisya dah tiada di sisi abang Ijam.


Diseka air mata yang menitis.....

ALIYATUL ALISYA.......
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah papa dan mama. sebagai anak, hanya itu yang mampu dilakukan buat bekalan mereka di sana kelak. Abang Ijam akan sentiasa melawat pusara papa dan mama bagi pihak Alisya.


Papa..mama...akan ku pulang menziarahi pusaramu suatu hari nanti....

ALIYATUL ALISYA.....
2 tahun yang lalu, abang Ijam ada memberi satu teka-teki pasal lembu. Tapi sampai sekarang Alisya tak mampu menjawabnya. Saban hari alisya akan bertanya apa jawapannya. Sehinggalah ke saat ini....jawapannya ialah KE BAWAH! IA MASIH TETAP MENGHADAP KE BAWAH DAN MEMAKAN RUMPUT. Kalau Alisya ada kat sebelah, confirm abang Ijam dah kena lepuk. Tapi sekarang tidak lagi, sebab....sebab Alisya dah terbang jauh meninggalkan abang Ijam.


Abang Ijam....dihujung noktah ada titisan tulisan seakan terkena air. Sudah pasti dia menangis taktala menulis surat ini. Abang Ijam..suka sangat menyembunyikan kesedihan untuk diri sendiri. Semakin laju air matanya mengalir sehingga sedikit tersedu. Tak sanggup untuknya meneruskan titipan itu....Abang Ijam...Alisya rindu....

ALIYATUL ALISYA ....
Di penghujung titipan ini, abang Ijam minta maaf seandainya sepanjang kita bersama ada terkasar kata yang menyinggung perasaanmu, Alisya. Abang Ijam hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Abang Ijam dah cuba lakukan yang terbaik untukmu sepertimana janji abang Ijam pada arwah papa dan mama Alisya.
Kita berpisah bukan bermakna hubungan kita putus di sini. Hubungan itu akan tetap berkekalan kerana di hati kita sudah terukir memori yang telah kita pahatkan bersama. Seandainya suatu hari nanti kita ditakdirkan bertemu kembali janganlah Alisya lupa pada insan kerdil ini. Akhir kata, abang Ijam bingkiskan Alisya satu pujangga......

Semalam kita berkawan......
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kita tetap berkawan sampai bila-bila.

Tersedu-sedu dia menangis membaca bingkisan terakhir titipan itu...Ini janji Alisya pada abang Ijam....."Akan ku bawa memori itu bersamaku sebagai inspirasi di dalam diri ini sampai bila-bila....."I never forget you...You are always in my heart....Mohd Izham Iskandar a.k.a abang Ijam......

- TAMAT -

5 comments:

Ilyah.... said...

Kalau nak lagi sedih bila baca surat ni...baca citer ni dr awal hingga akhir...hehehehe...and part baca surat ni...kuatkan muzik "La Corda - Romance On Violin (entry 21 october 2009)....Layan...

gummybear said...

WAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!
sedihnyer citer...
dah banjir hostel yanah..
WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Ilyah.... said...

GUMMYBEAR:
Mengada2 lah ko...menangis smp banjir....apepun TQ follow this story...:-)

ZaaRz said...

Ohoho.. nice story... ;) mesti ade sambungan lagi kan ? :P

Kalau panjang skit nie,mesti best. ape kate kalau cik ilya sambung lagi cerita nie... :P

Ilyah... said...

ZAARZ:
Tq...coz sudi bace citer nie....Sambungan????..ramai sebenarnya yg mintak sambung lg story ni...tp buat mase ni, masih mengumpul material utk mula menulis kesinambungnnya...doakan agar saya dpt mencoret sambungan seterusnya...nantikan....:-)