Wednesday, October 21, 2009

LA CORDA - ROMANCE ON VIOLIN.....




Violin itu berbunyi......bergema ke segenap ruang......ada kisah yang tercipta.....antara kau dan aku...

10 comments:

Anonymous said...

pahang:so tacing..

Penakumenulis said...

Pahang:
Hehehehe...bestkan muzik die...:-)

jai@jezz said...

errmmm... mengasyikkkan.. :)

Penakumenulis said...

jai@jezz:
Layan....heheheheh

Anonymous said...

mendayu2...

Anonymous said...

mmg sedih..tp ni bukan ke kitaro punya muzik..mmg sedih n mesti nk ngalir dgr muzik nie..

Penakumenulis said...

~amy liana8886~:
Mmmmm...x sure lah amy sama ade muzik kitaro atau x...tapi mmg bestkan..nak2 bunyi violin tu...huhuhuhu..touching giler:-)

Penakumenulis said...

~amy liana8886~:
Amy..this is song of secret garden....:-)

adik kaduk said...

nak lagi sedih bace surat kaduk bg kat era sambil dgr muzik nih....
tunggu episod seterus nyer......

Penakumenulis said...

adik kaduk:
Bukan era lah...Ira. Ko ni adik kaduk, suke ingatkan aku ngan surat tu...huhuhuhu...nak tau surat mane yg adik kaduk maksudkan....ini aku copykan...siapa yg follow citer "MY KADUK" confirm tahu pasal surat ni....enjoy sambil dengar music ni....jgn ade yg menangis pulak...
***********************************
Untuk seorang budak perempuan yang telah banyak berkongsi segala susah dan senang bersama aku.....
Ira,
Aku tahu, taktala kau membaca warkah ini.....aku telah pergi jauh dari sisimu. Pergi meninggalkan tanpa sebarang kata untuk dirimu. Bukan niat dihati untuk melukai hatimu, tetapi keadaan yang memaksa aku berbuat demikian. Aku tau, aku telah membuat keputusan tanpa berbicara dengan kau, Ira... maafkan aku. Keputusan yang aku rasa boleh membuatkan hati semua orang gembira walaupun ada hati yang akan terluka iaitu aku dan kau.
Ira,
Kau masih ingat lagi Syam, seorang sahabat dan juga seorang abang yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini walaupun aku tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Keluarganya telah banyak membantu dan memelihara aku selama ini dari kecil sehinggalah kini.
Ira,
Sebenarnya Syam mencintaimu dalam diam, kerana dia tahu aku mencintaimu. Macam mana aku tahu......aku telah terbaca diari Syam yang tertinggal dikamar aku pada suatu hari. Dapat kau bayangkan perasaan aku ketika itu, Ira. Dia mencintai perempuan yang sama denganku.
Ira,
Semenjak mengetahuinya, aku banyak mendiamkan diri dari semua orang termasuk kau. Satu hari, saat aku bertegang leher dengannya pasal kau, tiba2 Syam rebah di bilik aku. Barulah aku tahu, Syam sakit....barah otak. Selama ini, tiada siapa yang mengetahuinya sehinggalah saat dia rebah di bilik aku.
Ira,
Aku menyepi kerana aku menjaga Syam di hospital. Satu hari ketika Syam sedang tidur, Kaklong memanggil aku di suatu sudut. Kaklong adalah orang yang palling rapat dengan Syam. Segala rahsia Syam semuanya diketahui termasuklah Syam meminatimu. Kaklong telah meminta sesuatu di luar jangkaan aku. Dia meminta kepadaku agar berkorban cintaku untuk Syam. Aku tahu, Kaklong tidak berniat nak melukakan hatiku dengan permintaannya tetapi keadaan Syam yang telak memaksanya berbuat demikian. Aku tahu, akulah yang telah menyebabkan Syam tiba2 jatuh sakit.
Ira,
Aku mengambil masa yang lama untuk berbuat keputusan. Aku tahu, kalau aku berbicara denganmu, pasti kau tidak akan melepaskan diriku. Jadi, jalan terbaik...aku terpaksa berkorban cintaku untuk seseorang yang telah banyak meninggalkan budi utk diriku ini. Aku tahu, keputusan ini telah membuatkan hatimu terluka dan pasti engkau akan membenci diriku. Tapi aku terpaksa, Ira demi kebaikan semua.
Ira,
Dengan itu, aku telah membuat keputusan utk menerima tawaran dr syarikat luar negara utk bekerja dengannya. Dan aku rasakan, inilah penyelesaian terbaik agar aku dapat menerima hakikat yang sukar ini. Aku minta maaf. Ira, Kalau kau masih mencintai aku, jenguklah dia di hospital. Aku berharap sangat kau menjenguknya. Dia perlukanmu di sisinya saat ini.
Ira,
Aku rasa segala persoalan yang bermain difikiranmu telah terjawab, cuma aku tidak mempunyai kekuatan utk berdepan denganmu. Aku tahu, kau pasti akan menggelarkanku "kaduk yang pengecut", tapi aku x kisah. Aku lebih rela kau membenci diriku dari melihat kau menangis di depanku. Aku mintak maaf.
Ira,
Aku tidak akan memberitahumu di mana aku bekerja, kerana aku tahu kau akan mencariku. Janganlah kau mencari aku, kerana tiada siapa yang tahu di mana aku berada termasuk kawan2 kita. Aku harap kau dapat menerima keputusan ini walaupun hatimu terluka.
Ira,
Sebelum aku mengundur diri, Aku mintak maaf di atas segala yang telah aku lakukan terhadapmu, Ira....aku mintak maaf.....Harap kau dapat memaafkan diri ini yang telah banyak melukai hati mu..........Aku mendoakan agar kau tabah menghadapi kehidupan seterusnya.

Salam dalam ingatan,
Aku seorang budak lelaki yang telah singgah di hatimu lantas meninggalkannya tanpa sebarang kata........
KADUK