Wednesday, July 29, 2009

THE STORYTELLER......

Ikan di laut....asam di darat.....
Perginya seorang "storyteller"....

Al-Fatihah
Yasmin Ahmad
1 JULY 1958 - 25 JULY 2009



Friday, July 24, 2009

JEJAK RINDU DI HATI......

Untuk entry kali ini tiba2 aku rasa seperti seorang budak perempuan yang sedang mencoret sebuah puisi indah yang penuh dengan maksud tersirat...kenapa....hehehehehe...semuanya kerana aku telah membaca sebuah novel remaja yang sangat simple tapi banyak yang boleh dipelajari kalau kita dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam ceritanya...wah macam pengkritik novel lak aku ni......

Hari ini aku usai membaca sebuah novel remaja yang bertajuk "Ros Oktober" karya Ida Munirah.....dah lama rasenya aku x membaca novel lantaran lambakan novel yang aku borong semasa pesta buku dulu yang perlu aku habiskan sepanjang bulan2 lepas. Semasa terpandangkan novel ni kat troli library aku terus mencapainya dan membaca sinopsisnya...menarik....
Memang benar tekaan aku...memang best...seperti biasa aku pasti akan tertarik dengan ungkapan yang digunakan dalam sesebuah novel seperti ungkapan yang tertera dalam novel ni...korang hayatilah dan tafsirkanlah sendiri maksud yang tersirat disebalik ungkapan ini.....

Ada taman
yang ingin kita pergi
biar kau menjauh
dan aku mendekati
ada pintu hanya aku berlari
ada diari berteka teki
kan tetemu nanti
jejak rindu di hati....


Thursday, July 23, 2009

LIVE : GERHANA MATAHARI - 22/7/2009.....



Subhanallah....kuasa Yang Maha Esa.....tiada siapa yang dapat menandinginya.......

Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.

Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.

Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.



Shanghai......Sebelum gerhana matahari (atas)...Selepas gerhana matahari (bawah)..

Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.

Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132

Tuesday, July 21, 2009

HARI INI...21 JULAI 2009......


21 JULAI 2009

You are successful if you are better today as compared to yesterday......

MALAYSIA vs MANCHESTER UNITED (II)



PERLAWANAN KEDUA

MALAYSIA (0) MANCHESTER UNITED (2)
MAN: Federico Macheda (10); Michael Owen(12)

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menumpaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi.

Kedua-dua gol pasukan pelawat dijaringkan pada separuh masa pertama dengan disambut meriah 40,000 penyokong yang berada di stadium sejak jam 6 petang.

Red Devils sepatutnya dijadualkan menentang pasukan Indonesia di Jakarta malam tadi, tetapi insiden pengeboman di ibu negara itu pada Jumaat lalu memaksa United membatalkan kunjungan.

United membuka jaringan pertama pada minit ke-10 melalui Federico Macheda yang menolak mudah bola hasil umpanan Darren Fletcher.

Dua minit kemudian, penyerang baru United, Michael Owen menghukum kesilapan ketua pasukan Malaysia, Norhafiz Zamani Misbah dengan merampas bola yang gagal dikawal kemas sambi menendang lemah ke gawang ketika penjaga gol, Mohd Farizal Marlias sudah terkeluar dari posisi sebenar.

Mohd Amri Yahyah dan Mohd Zaquan Adha bekerja keras mencari gol pembukaan bagi mengurangkan jurang tetapi asakan demi asakan yang cuba dilakukan dapat dibaca dan dikawal benteng pertahanan United yang diketuai Wes Brown.

Sebelum perlawanan malam semalam bermula, penonton terlebih dulu bertafakur seketika bagi menghormati mangsa yang maut akibat insiden pengeboman di Jakarta pada Jumaat lalu.

Kunjungan United ke Kuala Lumpur kali ini adalah kali keempat selepas tahun 1991, 1995 dan 2001.

Dalam aksi persabahatan 2001 itu, Manchester United yang dibarisi bintang ternama seperti Ruud van Nistelrooy dan David Beckham membelasah Malaysia 6-0.

Monday, July 20, 2009

MALAYSIA vs MANCHESTER UNITED

PERLAWANAN PERTAMA

MALAYSIA (2) MANCHESTER UNITED (3)
MAS: Mohd AmriYahyah (45, 53)
MAN: Wayne Rooney (8); Nani (27); Michael Owen(84)

Meskipun Malaysia tampil tanpa diletakkan sebarang harapan, dua jaringan bergaya Mohd Amri Yahyah dengan menewaskan penjaga gol terkenal, Edwin Van der Sar dan Ben Foster di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam nyata menyentap emosi penyokong-penyokong tempatan yang rata-ratanya menyarung jersi merah Manchester United.

United hanya mampu menarik nafas lega pada minit ke-84 selepas berjaya meledakkan gawang Malaysia menerusi penyerang yang baru ditandatanganinya, Michael Owen.

Kehadiran United dalam perlawanan semalam adalah bagi memenuhi Jelajah Asia 2009 sebagai ujian kecergasan terhadap pemain-pemainnya sebelum musim baru liga bermula.

Pengurus Red Devils, Sir Alex Ferguson tidak dapat menyembunyikan perasaan kagumnya melihat aksi permainan pantas yang ditunjukkan skuad kendalian K Rajagobal sehingga memerangkap barisan pertahanan dan penjaga gol juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi dengan dua jaringan Amri pada minit ke-45 dan 53.

Kekalahan tipis 2-3 yang dialami Malaysia jauh berbeza dengan aksi pasukan negara ketika menentang United dalam kunjungan terakhir kelab Inggeris itu pada 2001 apabila tewas 0-6.

Amri bijak menghukum kealpaan Van der Sar melalui sepakan lambung melepasi jangkauan penjaga gol kebangsaan Belanda selepas menyedari dia berada di luar posisi sebenar.

Pemain Selangor yang beraksi hambar dalam dua perlawanan pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini jelas mengemudi jentera tengah Malaysia dengan baik.

Amri sekali lagi membuktikan bahawa jaringan pertamanya itu bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk gol kedua Malaysia sekali gus menggamatkan peminat di Bukit Jalil.

Sebelum itu pada babak pertama, United terlebih dulu mendahului skuad negara 2-0 menerusi jaringan Wayne Rooney seawal minit kelapan disusuli gol kedua pada minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

United berjaya memecah kebuntuan gol apabila Michael Owen yang masuk menggantikan Rooney berjaya meledakkan jaringan kemenangan ketika perlawanan berbaki enam minit sebelum tamat sekali gus membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi.

Sementara itu, United semalam bersetuju melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8 malam esok.

Justeru harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka mula dijual di kaunter 'pintu hijau' Stadium Nasional bermula jam 12 tengahari ini.

Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selepas perlawanan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill berkata, disebabkan kunjungan ke Indonesia dibatalkan, pasukan itu mengambil keputusan kekal di negara ini selepas amat berpuas hati dengan persiapan Malaysia.

"Kami terpaksa menolak rayuan Indonesia berikutan isu keselamatan sejajar dengan keputusan yang sudah dibuat kelmarin. Kami juga mengetepikan pelawaan Australia kerana terlalu sukar menguruskan aspek logistik pada saat akhir," katanya dalam sidang akhbar khas semalam.

SKUAD MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)

SKUAD MANCHESTER UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

Tuesday, July 14, 2009

NORTH KOREA NUCLEAR TEST......



Nuclear test.....aku dpt video ni dr member aku via email pg td.......fuh.....dasyat.....


Thursday, July 9, 2009

BERAKHIR SUDAH...PPSMI....3

Artikel2 lain yang menarik berkaitan PPSMI......

BERAKHIR SUDAH...PPSMI...2

"Dalam banyak2 artikel dalam akhbar..aku paling suka petikan yg ni.......korang bacalah...."

KUALA LUMPUR 8 Julai - Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini.

Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat.

Katanya, langkah itu memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan ke tempatnya yang wajar.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan yang hampir boleh memuaskan hati semua pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keputusan memansuhkan PPSMI diambil oleh kerajaan selepas kajian mendalam mendapati keputusan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik memperlihatkan penurunan sejak beberapa tahun ini.

Dasar PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 dan mendapat penentangan dari pelbagai pihak.

Tambah Ungku Aziz, pemansuhan dasar PPSMI adalah sesuatu yang sangat baik bagi perkembangan bahasa Melayu di negara ini.

Beliau berharap, kerajaan selepas ini akan memberikan penumpuan yang lebih meluas terhadap aspek memperkukuhkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di negara ini.

''Perpaduan adalah asas kepada segala-galanya, tanpa perpaduan tidak ada apa pun yang boleh dicapai di negara ini," katanya.

Jelas beliau, pengukuhan bahasa Melayu itu hendaklah merangkumi aspek-aspek seperti memastikan penggunaan bahasa itu dilakukan dengan nahu dan tatabahasa yang tepat.

Beliau juga menyarankan kepada masyarakat agar bahasa Inggeris tidak dilupakan terus tetapi turut diberikan perhatian yang sewajarnya.

BERAKHIR SUDAH...PPSMI...

"Akhirnya setelah sekian lama dalam dilema....PPSMI dimansuhkan. Aku antara org yg gembira mendengar berita ni....tp yg x bestnya nape kene tunggu 2012 baru nk mansuh...mase nk laksanakan dulu cepat jer...ntahlah......lu pikirlah sendiri.... "

Petikan Utusan Malaysia:

PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.

Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.


Friday, July 3, 2009

RAK "TSUNAMI"......

Baru hari tu aku tulis entry pasal keje aku yang semakin busy. Memang betul aku busy...tp kali ni aku punye busy akan bertambah2 busy....sebab apa???? kerana naik sem baru ni aku akan dapat "rak tsunami"...waaaaaa sebelum ni aku dpt rak separuh tsunami tp kali ni aku dpt sepenuhnya tsunami..... Baru td bos aku bgtau pembahagian rak buku semula, dan aku kene "rak tsunami" huahuahuahuahua...i try my best utk menjaga " rak tsunami tu"...hopefully... for next entry aku akan downloadkan gambar "RAK TSUNAMI" yang aku maksudkan ye.....

Thursday, July 2, 2009

TARAAA..MY NEW IMAGE.....


Sempena bulan baru ni, aku tiba2 rase nk tukar image kat blog aku ni dr character "Princess Hours" ke character "Mulan". Saje je tukar mood blog ni...hehhehehehe



Taraaa...ini image baru utk blog aku...MULAN.........