Tuesday, May 27, 2014

CERITA 7: 27 REJAB....

Lepak di tebing bukit melihat team 'U' main bola sepak.

Riana: Nak ais krim?
Arit: Tak nak.
Riana: Amboi...tolak rezeki.
Arit: Ish..bukan tolak rezeki
Riana: Habis tu?
Arit: Orang puasalah

Riana buat muka pelik

Arit: Tak payahlah buat muka macam tu.
Riana: Yelah...ko ade tinggal puasa ke?
Arit: Aku puasa sunatlah
Riana: Puasa sunat?
Arit: Puasa sunat 27 Rejab Cik Riana.

Riana tersenyum malu mendengar jawapan Arit.

**********************************
p/s: disebabkan stress, rasa menulis kembali di hati...pelikkan..:-)

Tuesday, May 20, 2014

CERITA 6: MENANTI KEHADIRAN RAMADHAN.....


Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Riana: Mak ai! Puasa pun belum, kau dah nyanyi lagu raya.
Arit: Ambik feel puasa dan raya.
Riana: Feel lah sangat.
Arit: Mestilah.
Riana: Arit, kau rasa dia akan balik tak?
Arit: Tiada jawapan untuk soalan ko tu.....
(Riana memandang Arit)

........................................................
*p/s: Wah lamenyer tuan umah x menulis....grrrr....