Tuesday, March 31, 2009

END OF MARCH...

Pejam celik....pejam celik....dh nak habis bulan 3. Sekejap je rasenyer mase berlalu. Utk entry kali ini aku himpunkan cerita yang aku x sempat nk update sepanjang bulan 3...heheheheh

1) Earth Hour.......



2) Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2009.......



3) Teman member aku Fidah, pegi pameran pengantin kat PICC on Saturday.....
4) Aku diserang batuk........hua,hua,hua.....

Thursday, March 26, 2009

BAHASA PERANCIS......

Pagi ni aku sedang leka membaca novel "Lagu Cinta" karya Iejay Zakaria. Tiba-tiba mata aku tertarik dengan 2 perkataan ni...aku rasa org dh ramai tahu, tp aku nk bagitau gak..hehehehe...

'Je vous aime' - Saya sukakan kamu
'Je t'aime' - Saya cintakan kamu

Wednesday, March 25, 2009

ITU PENDAPAT AKU...."A.I.T vs C.K.D.A"

ANDAI ITU TAKDIRNYA......... (A.I.T)

CINTA KAU DAN AKU....... (C.K.D.A)


Aku sudah selesai membaca karya kedua Siti Rosmizah "Cinta Kau dan Aku". Apa yang aku boleh katakan karya kedua ni bagi aku biase je lah. Tak sehebat karya pertama dulu "Andai itu Takdirnya". Itu pendapat aku...x taulah pendapat org lain..heheheh.....

Monday, March 23, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE






Memang best.....especially babak Jamal semasa kecil nak dapatkan tandatangan Amitabh Bachchan....memang kelakar....and babak menari....heheheheh....Jai Ho.....

Wednesday, March 18, 2009

BAKAT KREATIF AKU.....

Hallo...dh lama aku x update blog ni. Bukan x nak update tp busy sesangat. Hehehe...so utk tatapan korang aku masukkan entry gubahan yang aku buat utk hantaran tunang adik aku..saje je nk test bakat kreatif aku...heheheheheh















Wednesday, March 11, 2009

AMALAN MENDAPATKAN JODOH...

(i) Baca ayat 36 surah Yasin
"Maha suci Tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan, baik daripada apa yang tumbuh di bumi dan daripada diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

Baca dan hembuskan ke tapak tangan. Kemudian sapukan tapak tangan itu ke muka. Amalkan setiap kali sebelum keluar rumah.

(ii) Amalkan membaca surah Toha pada setiap hari

(iii) Doa memilih jodoh
"Ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku, maka mudahkanlah urusanku dengannya. Namun sekiranya dia bukan jodohku, jauhkan dia daripadaku, dan berikanlah aku kekuatan serta keikhlasan bagi menerima apa jua ketetapanmu. Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala yang terbaik untukku."

Cara-cara melakukannya:
Lakukan sembahnyang sunat istikharah iaitu sembahyang sunat untuk memilih. Sembahyang ini sering dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila beliau hendak memilih antara dua pilihan terbaik. Sembahyang sunat sebanyak dua rakaat seperti biasa. Pada sujud terakhir ataupun selepas sembahyang, bacakan doa ini.

*SUMBER ILMU : Buku "Di bawah Payung Aishah : Tip-tip poligami / Imran Yusuf

Tuesday, March 10, 2009

TERSALAH CAKAP...

Kadang2 kita boleh tersalah cakap....bagaimana ianya terjadi?????? Bila tersalah cakap adakalanya boleh mengundang ketawa.....

Peristiwa pertama:

Sepanjang minggu lepas Perkhidmatan Pemulangan Buku Layan Diri rosak. Jadi student memulangkan buku di kaunter. Datang seorang student bertanya....

Student : Bila mesin rosak lagi?

Aku : (confuse dgn soalan tu dan tanya dia soalan yang sama) Bila mesin rosak lagi????

Student : Eh...Mesin tu rosak lagi ke kak?...(tersenyum)

Aku : (Ketawa sambil menjawab soalan tu..) Heheheh


Peristiwa kedua:

Hari ini aku bertugas di kaunter. Datang seorang student untuk membuat pemulangan buku dan ingin meminjamnya kembali..dalam ayat senangnya nak "renew" balik buku tu...

Student: Kak..buku ni saya nak pinjam dan pulang balik...

Aku: Hah...

Student : Eh silap...buku ni saya nak pulangkan dan pinjam balik...(ketawa setelah menyedari dirinya tersilap cakap)

Aku: Tulah...saya pun terperanjat dengar awak cakap...(tersenyum)

Wednesday, March 4, 2009

KAMPUNGKU BANJIR.......

Semalam baca Utusan Malaysia (3/4/2009), terpampang muka surat depan gambar ni. Macam pernah tengok. Lepas baca artikel ni baru tau kampungku banjir. Actually x lah kene kat umah aku. Cuma yang banjir ni kat area pekan kampung aku. Tapi kalau Pekan Lubuk Cina banjir memang susah nak geraklah. Tiba-tiba teringat masa raya haji dulu. Hehehehe.....banjir.....oh...banjir.. Memang kalau hujan lebat x sah kalau Lubuk Cina x banjir......