Sambungan dari PART 1......
******************************************************************************
Benar tekaannya siang tadi. Kata-kata itu ada kaitan dengan kad yang diterimanya semasa di Tingkatan 3 dulu. Dicantumkan lalu menjadi satu madah yang lengkap.
Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah
Saya suka tengok dia
Ada seorang budak perempuan
Dia budak kelas sebelah
Hari-hari saya nampak dia
Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia
Kini dia masih seperti dulu
Sentiasa dekat dengan aku
Kenangan 12 tahun yang lalu menjelma di mindanya.
Tamat waktu Pendidikan Jasmani, semua berkejar-kejar menuju ke bilik air. Qairien dengan malasnya melangkah ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia menarik beg yang diletakkan bawah mejanya, sekeping kad berwarna merah jambu jatuh ke lantai. Lantas diambil kad itu.
Untuk awak, Qairien.
Pelik. Qairien memandang ruang kelasnya. Tiada siapa yang boleh disyaki. Namun kad itu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa.
Dan kini, setelah 12 tahun peristiwa itu berlalu, insan misteri ini muncul kembali. Seolah-olah mengekorinya. Macam sumpahan. 1.4.3.7..apa maknanya? Siapa dia ni?
Argh..pening kepala Qairien. Hatinya tergerak untuk membuka e-mailnya. Tepat gerak hatinya. Ada mesej yang dikirim 1.4.3.7 buat dirinya.
Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH,
Mendengarkan kata-katanya menambah ilmu,
Terlihat gerak-gerinya meninggalkan taku kepada ALLAH,
Berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH....
Ikhlas dari saya:
1.4.3.7...
****************************************************************************
Qairien melangkah ke biliknya. Namun hari ini tidak seperti hari-hari biasa sebelumnya. Qairien dapat merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku pagi ini. Semua stafnya menghadiahkan senyuman penuh makna ke arahnya. Ada juga yang berbisik-bisik. Qairien mula berasa sangsi. Langkahnya dipercepatkan agar tidak menjadi perhatian. Sampai di bilik, dia melihat baju yang dipakainya. Takut-takut ada yang terkoyak. Tiada pula. Kenapa pelik senyuman diaorang hari ini. Qairien menggelengkan kepalanya. Namun untuk seketika, menjadi pelik sekali lagi apabila matanya melihat sejambak bunga yang berada di atas mejanya. Gulp. Siapa pula yang bagi bunga pagi-pagi buta ni. Perlahan dia menuju ke mejanya. Terselit sekeping kad bersaiz kecil. Ada nota di dalamnya.
"Salam Ukhwah..."
~ ADAM7 ~
Adam....bibirnya menyebut nama itu. Ntah-ntah inilah yang disenyumkan oleh stafnya. Dah kenapa dia nak bagi aku bunga. Salah orang ke si Adam ni. Leka dia seketika sampai tak sedar Alan menjengah.~ ADAM7 ~
"Wah, senyum sorang-sorang nampak?" sergah Alan
Qairien terperanjat. Fuh..semangat.
"Oooo..patutlah tak perasan aku datang, dapat bunga rupanya. Dari siapa tuan puteri?"
Tanpa bersuara, Qairien mengerlingkan lirikan matanya ke arah luar menghala ke sebelah bilik Alan. Terperanjat Alan melihat bilik yang dimaksudkan oleh Qairien.
"Adam.....bagi kau bunga. Kau biar betul Qairien."
"Apa yang tak betulnya. Takkan bunga ni berjalan sendiri masuk bilik aku pulak." Qairien menjawab.
"Dush untuk kau. Kalau bunga ni berjalan, satu office ni lari." Alan membalas.
"Dah tu?"
"Buang tabiat ke mamat tu?" Alan berasa pelik.
"Kalau kau pelik, aku sejuta kali pelik. Dah kenapa pulak dia nak bagi bunga kat aku." Qairien juga seperti Alan.
"Wah. Pantas sungguh Mohd Adam Adli."
"Apa yang pantas?" Tanya Qairien.
"Maksud aku, Adam lebih pantas bertindak dari aku. Aku baru nak tackle kau. Tapi dia dah mula dulu."
"Kau kan...." Cubitan halus singgah dilengan Alan.
"Adoi...sakitlah Qairien, meh aku cubit kau nak?"
Pantas Qairien menggeleng. Ketawa besar Alan apabila melihat Qairien meminta maaf lagak seperti orang nak menghadap sultan. Qairien juga ketawa. Dia tahu Alan bergurau.
Lupa seketika Qairien pada kiriman bunga itu. Namun tanpa disedari oleh mereka berdua, ada sepasang mata yang memerhati keakraban mereka dari jauh. Terbit perasaan cemburu di sudut hatinya. Dia tidak tahu mengapa .
**********************************************************************************
bersambung........
2 comments:
yanah tau saper bagi..hehehe (gelak jahat)
GUMMYBEAR:
Dush...huhuhuhuhu
Post a Comment