Tuesday, March 23, 2010

1.4.3.7.... - PART 5 -


Sambungan dari PART 4.....

******************************************************************************

Jam di skrin komputernya sudah menunjukkan tepat 8.00 malam. Penatnya tak terkata. Namun kertas kerja itu perlu disiapkan hari ini juga sebelum diserahkan kepada Tuan Hafiz besok. Mujur Alan sudi menunggunya hingga lewat begini. Kalau tak kerana menumpang Alan, tentu dia tidak akan menyusahkan kawannya itu.
"Engineer pun tak banyak kerja macam kau, Qairien."
Terkejut bila dia mendengar suara itu yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya di waktu-waktu begini. Sedikit pun dia tidak perasan, bila masa Alan memasuki biliknya. Alan tersenyum melihat mimik muka Qairien, bila dia menyergahnya.
"Alan, lainkali bagilah salam dulu. Berderau darah aku."
"Sorry. Banyak lagi ke kerja kau tu?"
"Mmm..ada sikit lagi. Kenapa? Kau dah nak balik ke?" Qairien cuak bila Alan bertanya begitu.
"Kalau aku balik sekarang, kau nak balik naik apa? Ke...kau nak balik dengan Adam?" Alan mengusik.
"Alan!" Geram Qairien dengan mamat ni. Orang tanya, dia jawab main-main pulak.
Alan melangkah menuju ke sofa hijau yang terletak di ruang tengah bilik itu. Lalu melabuhkan badannya ke atas sofa yang empuk itu.
"Qairien, kalau aku terlelap, kau kejutkan aku tau. Kau jangan biarkan aku tidur kat sini sampai pagi."
"Tak nak." Giliran Qairien mengenakan Alan.
"Qairien.."
"Iyelah. Takkan aku nak biarkan kau tidur kat sini."
"Aku tau, kau takkan tinggalkan aku punya. Kau sayangkan aku kan."
"Lagi sekali kalau kau bersuara, betul-betul aku tinggalkan kau."
Tergelak besar Alan mendengar jawapan Qairien. Malas Qairien nak melayannya. Lantas dia menyambung kembali menaip baki laporan yang perlu disiapkan. Sedang leka dia meneliti data-data kewangan syarikat, pintu biliknya terbuka. Kelihatan Adam tersenyum ke arahnya.
"Tak balik lagi Qairien?"
"Kejap lagi, Adam. Kau tak balik lagi?"
"Dah nak balik ni. Waktu nak keluar tadi, aku tengok bilik kau terang, itu yang singgah. Balik dengan siapa?"
"Tu....dengan Alan." Adam tidak perasan yang Alan ada di bilik itu. Sangkanya Qairien keseorangan.
"Oooo...aku ingatkan kau sorang. Erm...kalau macam tu, aku balik dululah." Agak kecewa bila Qairien memberitahu Alan menemaninya. Namun dibiarkan kecewa itu berlalu.
"Err..Adam..." Qairien teragak-agak memanggilnya. Niatnya cuma ingin mengucapkan terima kasih atas kiriman bunga tempoh hari.
Adam menoleh kembali.
"Thank's untuk kiriman bunga hari itu. Nice."
"You are welcome. Kiriman itu sebagai tanda persahabatan." Adam membalasnya.
Senyuman terukir di bibir merah Qairien. Begitu juga Adam.
Selepas bayangan Adam hilang dari pandangannya, dia menyambung kembali kerjanya yang terhenti seketika dan akhirnya laporan itu siap jua.
Dengan perlahan dia melangkah ke arah sofa untuk mengejutkan Alan. Alahai, kesiannya kawan aku ni. Sampai terlena. Menatap wajah Alan seperti ada satu perasaan yang sukar diungkapkan terbit dari hatinya. Memandang muka Alan, membuatkan dirinya teringat pada gurauan-gurauan Alan. Qairien mengharapkan agar gurauan itu benar. Namun dia sendiri tidak pasti sama ada Alan bergurau ataupun tidak. Seakan tersedar dari lamunannya, Qairien mengejutkan Alan. Mata Alan sedikit terbuka, bingkas bangun bersandar di sofa.
"Dah siap ke kerja?"
"Dah. Jom kita balik."
Mereka melangkah menuju ke tingkat bawah. Sampai di kereta Alan, Qairien menawarkan dirinya untuk memandu setelah melihat Alan seakan keletihan.
"Aku drive ye."
Perlahan anggukan Alan. Kunci bertukar tangan.
Deruman kereta Alan yang dipandu Qairien menyelusuri di atas jalanraya bergema membelah keheningan malam menuju destinasi seterusnya. Alan menyambung kembali lenanya manakala Qairien memandu dengan tenang semoga sampai ke destinasi yang dituju.

**********************************************************************************

bersambung.....

No comments: