Tuesday, February 23, 2010

1.4.3.7.... - PART 1 -


1.4.3.7....PERJALANAN CERITANYA BERMULA.......


****************************************************************************

Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia

Kini dia masih seperti dulu
Sentiasa berada dekat dengan aku

Ikhlas dari saya :
1.4.3.7.......

Degupan jantungnya laju taktala melihat email yang diterimanya. Diteliti alamat email itu, 1.4.3.7@yahoo.com. Siapa dia 1.4.3.7 sebenarnya? Mindanya menyingkap kata-kata pada kad yang pernah diterimanya 12 tahun dahulu. Pengirim misteri ini mesti satu sekolah dengan aku dulu. Tapi siapa? Pandangannya dihalakan ke luar biliknya melalui cermin yang menjadi dinding antara bilik dan ruang luar. Masing-masing sibuk dengan kerja. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya terbuka. Kelihatan Tasya tersenyum memandang ke arahnya.
"Breakfirst?"
Qairien memberi isyarat jari lima minit untuk dia mengemas barang-barang di atas meja.
"Alan mana?" Qairien bertanya setelah melihat sahabat baiknya itu tidak kelihatan mengekori mereka berdua. Kalau tak, dialah orang pertama yang menjengah bilik aku.
"Dia tunggu kita kat bawah."
Saat mereka berdua melewati bilik Alan dan Adam, ada suara memanggil namanya. Ditoleh ke belakang.
"Qairien, nak join breakfirst boleh?" Adam tersenyum menampakkan baris giginya yang cantik tersusun.
"Kau ni Adam, join jelah. Bukannya salah pun." Tasya menjawab.
"Entah kau ni, siap nak minta kebenaran pula. Jomlah. Alan tunggu kita kat bawah." Qairien menyambung.

*********************************************************************************

bersambung......

4 comments:

ZaaRz said...

Salam... Ilyah, nanti siap roger ek...

menderita laa nak tunggu sekerap2.. hehe.. tapi nak buat cam mana, idea bukannya datang bergolek kan ?

Anyway.. keep on writing. :)

Ilyah... said...

ZAARZ:
Hehehehe...wokeh dh siap sepenuhnya org bgtau...buat masa ni, kita akan publish part by part....
Tq..coz sudi tunggu and bace citer ni...:-)

gummybear said...

setelah berzaman yanah menunggu, akhginya kuar jugak..susah sgt..huhu

Ilyah... said...

GUMMYBEAR:
Hehehehe..jgn mare...selamat membaca:-)