Tuesday, September 15, 2009

MY "KADUK" (8)......


Entry MY "KADUK" (7) : Surat yang berwarna merah jambu berada di tanganku.......
----------------------------------------------------------------------------------
MY " KADUK" (8)..........

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim........aku membaca apa tertulis di dalam warkah ini...

**********************************************************************************

Untuk seorang budak perempuan yang telah banyak berkongsi segala susah dan senang bersama aku.....
Ira,

Aku tahu, taktala kau membaca warkah ini.....aku telah pergi jauh dari sisimu. Pergi meninggalkan tanpa sebarang kata untuk dirimu. Bukan niat dihati untuk melukai hatimu, tetapi keadaan yang memaksa aku berbuat demikian. Aku tau, aku telah membuat keputusan tanpa berbicara dengan kau, Ira... maafkan aku. Keputusan yang aku rasa boleh membuatkan hati semua orang gembira walaupun ada hati yang akan terluka iaitu aku dan kau.
Ira,

Kau masih ingat lagi Syam, seorang sahabat dan juga seorang abang yang telah banyak berkorban untuk aku selama ini walaupun aku tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Keluarganya telah banyak membantu dan memelihara aku selama ini dari kecil sehinggalah kini.
Ira,

Sebenarnya Syam mencintaimu dalam diam, kerana dia tahu aku mencintaimu. Macam mana aku tahu......aku telah terbaca diari Syam yang tertinggal dikamar aku pada suatu hari. Dapat kau bayangkan perasaan aku ketika itu, Ira. Dia mencintai perempuan yang sama denganku.
Ira,
Semenjak mengetahuinya, aku banyak mendiamkan diri dari semua orang termasuk kau. Satu hari, saat aku bertegang leher dengannya pasal kau, tiba2 Syam rebah di bilik aku. Barulah aku tahu, Syam sakit....barah otak. Selama ini, tiada siapa yang mengetahuinya sehinggalah saat dia rebah di bilik aku.

Ira,
Aku menyepi kerana aku menjaga Syam di hospital. Satu hari ketika Syam sedang tidur, Kaklong memanggil aku di suatu sudut. Kaklong adalah orang yang palling rapat dengan Syam. Segala rahsia Syam semuanya diketahui termasuklah Syam meminatimu. Kaklong telah meminta sesuatu di luar jangkaan aku. Dia meminta kepadaku agar berkorban cintaku untuk Syam. Aku tahu, Kaklong tidak berniat nak melukakan hatiku dengan permintaannya tetapi keadaan Syam yang telak memaksanya berbuat demikian. Aku tahu, akulah yang telah menyebabkan Syam tiba2 jatuh sakit.
Ira,
Aku mengambil masa yang lama untuk berbuat keputusan. Aku tahu, kalau aku berbicara denganmu, pasti kau tidak akan melepaskan diriku. Jadi, jalan terbaik...aku terpaksa berkorban cintaku untuk seseorang yang telah banyak meninggalkan budi utk diriku ini. Aku tahu, keputusan ini telah membuatkan hatimu terluka dan pasti engkau akan membenci diriku. Tapi aku terpaksa, Ira demi kebaikan semua.
Ira,

Dengan itu, aku telah membuat keputusan utk menerima tawaran dr syarikat luar negara utk bekerja dengannya. Dan aku rasakan, inilah penyelesaian terbaik agar aku dapat menerima hakikat yang sukar ini. Aku minta maaf.
Ira, Kalau kau masih mencintai aku, jenguklah dia di hospital. Aku berharap sangat kau menjenguknya. Dia perlukanmu di sisinya saat ini.
Ira,

Aku rasa segala persoalan yang bermain difikiranmu telah terjawab, cuma aku tidak mempunyai kekuatan utk berdepan denganmu. Aku tahu, kau pasti akan menggelarkanku "kaduk yang pengecut", tapi aku x kisah. Aku lebih rela kau membenci diriku dari melihat kau menangis di depanku. Aku mintak maaf.

Ira,

Aku tidak akan memberitahumu di mana aku bekerja, kerana aku tahu kau akan mencariku. Janganlah kau mencari aku, kerana tiada siapa yang tahu di mana aku berada termasuk kawan2 kita. Aku harap kau dapat menerima keputusan ini walaupun hatimu terluka.
Ira,

Sebelum aku mengundur diri, Aku mintak maaf di atas segala yang telah aku lakukan terhadapmu, Ira....aku mintak maaf.....Harap kau dapat memaafkan diri ini yang telah banyak melukai hati mu..........Aku mendoakan agar kau tabah menghadapi kehidupan seterusnya.

Salam dalam ingatan,
Aku seorang budak lelaki yang telah singgah di hatimu lantas meninggalkannya tanpa sebarang kata........
KADUK


----------------------------------------------------------------------------------------

Cerita MY "KADUK" ini hampir ke penghujungnya...hanya satu entry saje lg yang bakal menamatkan citer ni iaitu MY "KADUK" (9) - AKHIR.....yang akan di publish sebelum Hari Raya ni.......

6 comments:

sopangayopojuang said...

huk...huk...huk...sedihnya...huk...huk...

tak ku sangka....igtkn dlm cerekarama jer ada barah otak...dlm ko pny Kaduk The Series ni pun ada gak barah otak????

asal citer melayu jer, mst ada barah otak...asal cerpen jer mst ada barah otak...asal esei jer, mst ada barah otak...asal drama radio jer, mst ader barah otak...

arghhhhhhhhh!!!! sakit otak aku dibuatnyaaaaa!!!!!

p/s: bukak poser ni klu dpt makan otak-otak gelang patah...perghhhhhh!!! mmg soon la...

Ilyah.... said...

sopangayopojuang:
Hahahahaha...dh penyakit tu je yg terlintas kat otak aku......
ish...ish..ish..ko ni ingat makan je...huhuhuhu

gummybear said...

ish..pantg betul bila citer macm ni..
asyik nk berkrban tuk org lainla kejernyer..
cuba la jgn jadi baik hati sangat..
"marah ni"..hu3

Ilyah.... said...

gummybear:
Itulah dinamakan lumrah kehidupan. Kadangkala kita terpaksa berkorban utk kebahagiaan org lain walaupun ade hati yang terluka....cewah..ayat aku...sadis....hahahahaha
Janganlah marah cikgu yanah...nnt lekas tua...huhuuu. Nntkan episod akhir citer yag buat ko lg sakit hati dan marah...hahahahahahah...saje je nk wat ko marah....hahahahahahah

adik kaduk said...

ermmm ...sabo ek ilyah... aku tau ko tgh sedih..sebnr nyer, kaduk lg sedih... die terpakse ilyah... antare ko n insan yg byk bekorban tok die....
ko tau saat die tinggal kn m'sia... die ade pesan.... " tunggu kepulangan aku "

aku tau ko pasti tunggu die kn......?

Ilyah.... said...

adik kaduk:
Huhuhuhuh..touching nyer...pulangkah kaduk ke malaysia......nntkan entry terakhir my kaduk besok....hhuhuhuhuhuhu