Monday, February 27, 2012

UNTUK SEORANG SAHABAT.....


Helaian demi helaian buku itu diselak. Tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna hijau jatuh dari salah satu helaian yang diselak. Sampul itu diambil. Tertera di hadapan muka sampul itu "UNTUK SEORANG SAHABAT". Hati tertanya-tanya siapa empunya surat itu. Mungkin seseorang yang meminjam buku sebelumnya tertinggal surat di dalam buku ini. Namun hatinya tertarik untuk membaca isi di dalamnya. Lantas dibuka sampul itu. Tertera tinta pena berdakwat hitam menghiasi kertas putih itu...

****************************************************

"UNTUK SEORANG SAHABAT"

Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya. Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.


Saya dan awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.


Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan....

Kalau satu hari awak menangis, beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,

Kalau satu hari awak ada masalah,
awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya

Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak

Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN
dari awak...

Saya dan awak adalah sahabat. Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak....awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.

***********************************************

Usai membacanya, hatinya tersentuh. Disimpan kembali surat itu ke dalam sampulnya. Biarlah surat itu berada di dalam buku itu agar setiap insan yang meminjam buku ini dapat membacanya isi surat ini. Kerana surat ini bukanlah rahsia hati seseorang tetapi rahsia hati seorang sahabat yang belajar apa itu erti persahabatan.

6 comments:

Anonymous said...

kdg2 otak tepu lidah kelu.....

Penakumenulis said...

Anonymous a.k.a Farah:
Tapi kadang2 sengal jugak...hahahahhahahaha

kak ida said...

akak suka coretan ni..mempunyai maksud yg sungguh mendalam..

Penakumenulis said...

IDA:
TQVM akak:-). Kadang2 untuk mengenali seorang sahabat kita kena belajar dari kesilapan dan dari situ kita mula menyulam tali persahabatan...:-)

Bulan said...

wahh bst akk la entry bi..sye ske sgt,,

Penakumenulis said...

BULAN:
Hehehe..thank's..suke yer...:-)