Wednesday, August 15, 2012

PERGINYA RAMADHAN BERGANTI SYAWAL....


BICARA PERTAMA:

Raya ni awak balik mana?
Raya ni saya balik rumah orang tua saya.

Awak dah beli persiapan raya untuk mereka berdua?
Dah. Saya tidak akan lupa itu.

Nanti sampaikan salam saya pada orang tua awak yer.
Baiklah. Saya akan sampaikan salam awak buat ayahanda, tapi salam buat bonda saya akan sampaikan pada petang terakhir ramadhan.

Kenapa? Diaorang duduk asing ke?
Dulu duduk bersama, tapi sekarang dan berasing.

Maksud awak?
Ayahanda masih menginap di rumah kampung tetapi bonda dah ada rumah baru. Hanya bonda sahaja yang tinggal di situ kerana Allah lebih menyayanginya.

Maafkan saya. Saya tidak tahu.
Tak mengapa. Saya dah biasa. 

*************************

Di petang terakhir Ramadhan, kami berkunjung ke rumah baru bonda. Membawa kitab Yassin dan air mawar sebagai buah tangan untuk kedatangan Syawal. Dan sebagai amanat kawan, salam buat bonda kami sampaikan. Semoga bonda dirahmati di sisi Maha Pencipta. Amin.

**************************

BICARA KEDUA:

Awak dah sampaikan salam saya buat bonda awak?
Dah.

Terima kasih.
Sama-sama.

Dan untuk awak, selamat hari raya. Maaf andai ada tersalah kata dan silap dalam tingkah saya sepanjang kita berkawan.
Saya pun begitu. Semoga Ramadhan yang ditinggalkan memberi pengertian yang cukup bermakna untuk menyambut kedatangan Syawal. Salam aidilfitri untuk awak. 

***************************
Catatan picisan;

{semoga pemergian Ramadhan kali ini membawa kepada perjalanan hidup yang lebih diredhai oleh Allah. Dan semoga kedatangan Syawal membawa sinar keberkatan yang lebih sempurna.....}
06:53 end of the story for this year. panjang umur jumpa lagi tahun hadapan

{Pulanglah ; nyanyian Aisyah...}
07:53 memori yang datang setahun sekali

{Pusara bonda - perginya seorang insan yang paling disayangi......}
08:00 Kalau merinduinya sedekahkan Al-Fatihah dan bacakan Yassin

*****************************

Ucapan raya buat sahabat-sahabat tuan umah;

Salam aidilfitri buat sahabat-sahabat sekalian. Maaf andai ada tersilap tutur kata dalam percakapan mahupun perbuatan serta bahasa dan kata di dalam penulisan blog tuan umah. Semoga Ramadhan ditinggalkan dengan penuh keinsafan dan kedatangan Syawal memberi sinar keredhaan yang diberkati. Selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir dan batin.

 

Salam aidilfitri...
Hati-hati drive balik kampung...
Bye...

2 comments:

Nurul said...

Selamat hari raya ilyah..semoga akan dipertemukan dgn ramadhan yang akan datang..

ILYAH said...

NURUL:
Selamat hari raya jugak tuk nurul..insyaallah...:-)