Monday, January 5, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN......

Hari pertama persekolahan meninggalkan banyak kenangan buat kita semua. Hari pertama ini kita mengenal kawan2 baru, kita panggil cikgu, kita duduk di dalam kelas, bila rehat kita makan kat kantin, ada loceng berbunyi, ada perhimpunan dan banyak lagi yang kita kenal.

Bagi aku......itu semua kenangan. Aku juga pernah mengalami kenangan itu.
  • 1987 : Aku bersekolah tadika di Tabika KEMAS Sungai Jernih. Kebetulan jiran aku ketika itu seorang guru tadika yang mengajar di sini. Jadi aku mengikut dia bersekolah di sini.
  • 1988 : Tamat sekolah tadika, aku masuk darjah Satu kat Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Jadi aku tidak mengenali kawan2 di sekolah tersebut. Bagi aku mereka semua kawan2 baru. Masih ingat lagi, bila masuk kelas semua murid2 pandang aku. Aku jadi takut dan malu...hehehehehe. Tapi bila dh lama2, aku jadi biasa. Kebanyakkan di situ semua sekolah tadika kat Tabika KEMAS Sungai Siput. Aku sorang je yang sekolah tadika tempat lain....heheheheh.

Tapi itu semua tinggal kenangan yang tidak boleh diulang kembali......hanya masih disimpan kemas sebagai kenangan terindah hari pertama persekolahan...

1 comment:

kacamata said...

he he he ..memang zaman persekolahan banyak meninggalkan memori pada semua orang. Dan murid-murid yang darjah satu sekarang ,akan menjadi ibu,ayah dan mendaftar anak-anak mereka pulak..