Wednesday, January 28, 2009

CHINESE NEW YEAR......

  • Every year we celebrate Chinese New Year like a Hari Raya. Semua adik-beradik sebelah mama akan balik berkumpul. My grandma buat lemang tahun ni...bestnyer...Nak tau kenapa meriah because my grandma was chinese.
  • Nenek di ambil oleh 2 org melayu (arwah moyang and sedaranya) dari sebuah keluarga cina di Batang Kali, Selangor ketika berusia 2 hari.
  • Hanya beberapa maklumat sahaja yang diketahui kerana mereka berdua tidak mahu menceritakan kerana takut nenek akan kembali kepada keluarga cinanya. Sehingga sekarang dia tidak pernah bertemu dengan keluarga cina sebenarnya. Kini, seorang sahaja yang masih hidup yang mengetahui susur galur keturunannya. Tetapi orang itu dh tua dan berada di Singapura.
  • Oleh kerana darah cina itu mengalir dalam tubuhnya, my grandma suka berniaga dan pandai menjahit. Satu maklumat yang diketahui ialah mak nenek merupakan merupakan seorang tukang jahit.
  • Nenek pernah bercerita yang dia pernah bermimpi bertemu dengan ibunya. Dalam mimpinya orang kate itulah ibu kamu. Dia hanya memandang tanpa berkata2. Bila sedar, nenek memberitahu, kalau nak tgk muka maknya tgk muka along...(Along tu akulah...) Sampaikan my uncle usik...nnt kalau nk cari keluarga nenek, kita bawak along sekali, senang nak kenal..(hampeh betul)...hehehe
  • My uncle (Paklong).....pandai berbahasa cina. Yang peliknya dia x pernah belajar secara formal bahasa cina.
  • Kalau dapat jumpa satu hari nnt, mungkin mak dan ayahnyer dh x de. Kalau ada pun mungkin adik-beradiknye sahaja. Tp at least nenek tahu dia punye keturunan. Harap2 kitaorg dpat gak cari keluarga nenek. Tp berharap agar saudara arwah moyang yang mengambilnya dari kelurga cina itu, masih mampu mengingati apa yang berlaku dan nama2 penting. Hopefully.....

No comments: