Tuesday, January 26, 2010

1.4.3.7.......( 82% IN PROGRESS) *V*.....

Benar tekaannya. Puisi itu ada kaitan dengan puisi yang diterimanya semasa di Tingkatan 3 dulu. Disatukan lalu menjadi satu puisi yang lengkap.

Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah
Saya suka tengok dia

Ada seorang budak perempuan
Dia budak kelas sebelah
Hari-hari saya nampak dia

Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia

Kini dia masih seperti dulu
Sentiasa dekat dengan aku

Kenangan 11 tahun yang lalu terimbas di mindanya.....
Tamat waktu Pendidikan Jasmani, semua berkejar-kejar menuju ke bilik air nak tukar baju. Qairien dengan malasnya melangkah ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia menarik beg yang diletakkan bawah mejanya, sekeping kad berwarna hijau jatuh ke lantai. Lantas diambil kad itu. Untuk awak, Qairien. Pelik. Qairien memandang sekeliling. Tiada siapa yang boleh disyaki. Namun kad itu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa. Dan kini setelah 11 tahun peristiwa itu berlalu, insan misteri ini muncul kembali. Seolah-olah mengekorinya. Macam sumpahan.
1.4.3.7..apa maknanya? Siapa dia ni? Kalau ikut sejarah nota ni, mesti budak ni satu sekolah dengan aku dulu.
Argh..pening kepala aku. Hatinya tergerak untuk membuka e-mailnya. Tepat tekaan gerak hatinya. Ada mesej yang dikirim 1.4.3.7 buat dirinya.

Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH,
Mendengarkan kata-katanya menambah ilmu,
Terlihat gerak-gerinya meninggalkan taku kepada ALLAH,
Berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH....

Ikhlas : 1.4.3.7...

p/s : Ayat di atas belum "di edit" sepenuhnya. Jika ada kesilapan tatabahasa dan ayat yang tunggang langgang...haraf maaf...:-)

2 comments:

gummybear said...

penat den tunggu..dah bertanduk dah kucing duk menunggu..huhu

Ilyah... said...

GUMMYBEAR:
Heheheheh..sabarlah cikgu yanah...:-)