Subhanallah....kuasa Yang Maha Esa.....tiada siapa yang dapat menandinginya.......
Gerhana matahari paling lama pada abad ke-21 semalam menyebabkan sebahagian besar benua Asia bertukar gelap gelita selepas fajar ketika berjuta penduduk keluar untuk menyaksikan fenomena sekali seumur hidup itu.
Awan tebal yang menyelubungi India mengaburi matahari ketika gerhana bermula selepas waktu fajar. Namun beberapa minit kemudian awan beredar dan beberapa bandar di India dapat menyaksikan gerhana penuh yang berlaku jam 6.24 pagi waktu tempatan, sebelum bergerak ke Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China.
Gerhana berlaku apabila bulan bergerak di antara matahari dan bumi, melindungi sang suria sebahagian atau sepenuhnya sehingga menyebabkan kegelapan di bumi. Fenomena gerhana penuh walaupun bukan sesuatu yang jarang berlaku, namun kejadian semalam dijangka adalah paling lama dalam abad ini iaitu sehingga enam minit 39 saat.
Di Beijing yang dijangka dapat melihat gerhana sepenuhnya, kabus tebal berwarna kelabu pada pagi mengecewakan penduduk yang bangun pagi untuk menyaksikan fenomena berkenaan.
Gerhana penuh matahari semalam hanya dapat dilihat di Asia dan adalah fenomena paling lama sejak 11 Julai 1991, apabila gerhana penuh berlaku selama enam minit 53 saat dapat dilihat dari Hawaii ke Amerika Selatan. Tiada lagi gerhana penuh yang lama berbanding semalam sehingga 2132
No comments:
Post a Comment