"Dalam banyak2 artikel dalam akhbar..aku paling suka petikan yg ni.......korang bacalah...."
KUALA LUMPUR 8 Julai - Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini.
Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat.
Katanya, langkah itu memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan ke tempatnya yang wajar.
''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan yang hampir boleh memuaskan hati semua pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Keputusan memansuhkan PPSMI diambil oleh kerajaan selepas kajian mendalam mendapati keputusan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik memperlihatkan penurunan sejak beberapa tahun ini.
Dasar PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 dan mendapat penentangan dari pelbagai pihak.
Tambah Ungku Aziz, pemansuhan dasar PPSMI adalah sesuatu yang sangat baik bagi perkembangan bahasa Melayu di negara ini.
Beliau berharap, kerajaan selepas ini akan memberikan penumpuan yang lebih meluas terhadap aspek memperkukuhkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di negara ini.
''Perpaduan adalah asas kepada segala-galanya, tanpa perpaduan tidak ada apa pun yang boleh dicapai di negara ini," katanya.
Jelas beliau, pengukuhan bahasa Melayu itu hendaklah merangkumi aspek-aspek seperti memastikan penggunaan bahasa itu dilakukan dengan nahu dan tatabahasa yang tepat.
Beliau juga menyarankan kepada masyarakat agar bahasa Inggeris tidak dilupakan terus tetapi turut diberikan perhatian yang sewajarnya.
2 comments:
apa yang menarik pasal artikel ni? puji kerajaan sebab tarik balik PPSMI je? Eloklah PPSMI ditarik balik. Ini beru permulaan, selepas ni akan kuar cerita dari pihak lain lak contohnya daru cikgu2.tapi yang herannya nape wartawan tak kutip pandangan dari pelajar sendiri. Apa masalah yang sebenarnya mengenai ketidakupayaan pelajar berbahasa Inggeris dengan baik.
Akhirnya masalah ini berakhir dengan bagaimana nak mantapkan Bahasa Inggeris semua pelajar?
Olympious : Apa yang menarik????...cuba baca dan fahami isi yang tersirat di sebalik artikel tu...bukan yang tersurat....dan olympious akan faham kenapa saya katakan artikel ini menarik...thank's for your comment.
Post a Comment