Monday, November 15, 2010

INTRO : TULIP INI UNTUK AWAK.....

INTRO : MOHD ZACKRY ZAFUAN & NUR ADRIANI ASYIQAH diadun wataknya dalam TULIP INI UNTUK AWAK

*******************************************************

“Zack..Zack..bangun sembahyang Subuh, nanti terlajak. Dah 6.30". Badan Zack digerakkan perlahan. Tiada respon. Kali ini goncangannya agak kuat sedikit. Mata Zack terbuka perlahan.
"Kenapa?". Dengan suara yang agak serak, Zack bersuara.
Erk..dia tanya aku kenapa. Iqa getus perlahan di dalam hati.
"Bangun sembahyang." Dia perasan wajah Zack pucat dari semalam. Iqa meletakkan tangannya di dahi Zack. Panas.
"Awak demam ke?" Zack hanya mengangguk perlahan.
Dalam kepayahan, Zack bangun menuju ke bilik air. Separuh berjalan dia seakan tidak seimbang. Cepat-cepat Iqa mendapatkan Zack dan memapahnya ke bilik air. Dilihat Zack mengambil air sembahyang dengan perlahan. Selepas itu dibiarkan Har berjalan sendiri, terpegang nanti batal pula air sembahyang. Zack duduk di birai katil sambil menanti Iqa membentangkan sejadah.

Samb.....

********************************************

p/s : { Ini hanya sebahagian nukilan "TULIP INI UNTUK AWAK". Masih dalam proses menulis. Oleh kerana helaian coretan "HADIRKAH DIA" hilang, maka tuan umah mula menulis nukilan TULIP INI UNTUK AWAK. }

No comments: