PROLOG :
Suasana sunyi yang diselangi bunyi sang cengkering
di malam hari amat damai sekali. Sesekali angin menerjah masuk melalui tingkap
bilik yang terbuka, menyapa wajahnya. Terasa nyamannya. Hendak ‘study’ dia berasa
malas, walaupun final exam semakin hampir. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
Seseorang yang telah memberinya sedikit ilham untuk menghasilkan cerita itu.
Tanpa membuang masa, Iman mengambil penanya lantas memulakan lembaran sebuah coretan
di atas kertas putih. Tulisannya mula terukir di atas kertas itu.
Jauh di sudut hujung katilnya, kelihatan teman sebiliknya, Marlisa sedang leka membaca novel yang baru dibeli. Sesekali senyuman terukir dibibir kawannya itu. Mungkin terhibur dengan jalan ceritanya. Iman masih lagi mencurahkan ilham yang diperolehi dalam meneruskan usahanya untuk menamatkan kisah seseorang itu. Berbekalkan beberapa cebisan memori, Iman mencoretkan kisah seseorang itu dengan adunan watak Nur Ariani Arissa dan Mohd Darwish Zacquan lalu menamakannya sebagai CORETAN SEORANG PERINDU.

***********************
KISAH ARISSA DAN DARWISH BERMULA:
PERSOALAN ARISSA
Arissa dapat merasakan seperti ada sesuatu yang
tidak kena dengan Darwish hari ini. Dari riak wajahnya, dapat dilihat perubahan
yang begitu ketara. Seolah-olah ada sesuatu yang membelenggu diri Darwish. Namun
apabila ditanya, Darwish memberi alasan yang dia pening dengan masalah pejabat.
Bagi Arissa bukan. Ada sesuatu yang lebih berat ditanggung oleh Darwish. Arissa
membiarkan persoalan itu. Pertemuan petang itu hanya diselubungi sepi. Hanya
Arissa yang banyak berceloteh sedangkan Darwish hanya tersenyum seakan
dibuat-buat.
Malam itu, Arissa tidak dapat melelapkan matanya. Persoalan siang tadi masih lagi bermain di kotak fikirannya. Pada siapa dia ingin bertanya. Argh.. Dia cuba menelefon Darwish. Hanya deringan yang menyapa telinganya. Tiada jawapan. Arissa bermain dengan perasaannya sendiri. Memikirkan apa yang berada dalam fikiran Darwish. Akukah yang menyebabkan dia begitu. Sudahnya dia terlena bersama-sama persoalan itu.

******************************
Hampir seminggu, Arissa tidak dapat menghubungi
Darwish. Ke rumah keluarga Darwish, hampa kerana berkunci. Takkan dia tak
bagitau aku ke mana dia pergi. Tak pernah dia begini dengan aku. Arissa cuba
menghantar e-mail, namun tidak dibalas. Semua teman rapat Darwish dihubungi,
mereka juga tidak dapat menghubungi Darwish. Arissa mula tidak tenteram. Kalau
ada masalah pun kenapa dia tak bagitau aku. Arissa tidak putus asa. Akhirnya
dia membuat keputusan menghubungi orang yang paling rapat dengan Darwish, iaitu
Mohd Alif Iskandar. Namun tiada jawapan. Iskandar juga tidak dapat dihubungi.
Kenapa? Apa sebenarnya yang terjadi pada Darwish? Dia sakit ke?
****************************
PERSOALAN DARWISH
Perasaan bersalah membelenggu dirinya. Antara cinta seorang
kekasih dan kasih sayang seorang adik kepada abang. Yang mana harus dipilih.
Memilih cinta bermakna hati seorang abang akan terluka. Namun andai dipilih
kasih sayang bermakna hati sesorang kekasih akan terluka. Antara dua yang mana
pilihannya. Dia terpaksa berkorban. Memilih yang terbaik agar tiada siapa yang
terluka biarpun dirinya yang menderita. Termenung di birai tingkap, mengingati
apa yang berlaku sebelum ini. Semuanya berpunca dari dirinya. Insiden malam
tadi bermain di ruang mindanya.
“Diari yang berwarna hitam terletak di atas meja di
dalam kamar tidurnya. Mungkin Iskandar punya. Memang dia tahu, Iskandar suka
menulis diari. Tidak seperti dirinya. Darwish mengambil diari itu untuk
dipulangkan kepada Iskandar. Tetapi seperti ada sesuatu yang mendesak untuk dia
mengetahui apa yang selalu ditulis Iskandar. Memang sejak kecil lagi, dia
selalu mencuri untuk membaca apa yang ditulis oleh Iskandar. Tapi Iskandar
selalu dapat menangkapnya taktala sedang leka membacanya. Habis dikejar satu
rumah. Darwish tersenyum bila mengenang kembali kenakalannya. Hatinya berkeras
untuk membaca apa yang disimpan oleh Iskandar di dalam diarinya. Sehelai demi
sehelai helaian diselak. Tiba di satu muka surat, matanya terpandang satu nama
yang amat bermakna dalam dirinya, Nur Ariani Arissa. Kenapa nama Arissa ada
dalam diari Iskandar. Dibaca keseluruhan luahan hati Iskandar. Sesuatu yang
tidak diduga selama ini. Iskandar meminati Arissa dalam diam sejak pertemuan
pertama 3 tahun dahulu. Namun perasaan itu dipendam kerana Iskandar tahu yang
Arissa adalah cinta adiknya. Ini berdasarkan bait kata-kata yang ditulis
Iskandar.
“Cukuplah dari jauh aku meminatimu, kerana kau bukanlah milikku.”
Tak mungkin. Kenapa Iskandar mesti jatuh cinta pada orang yang sama. Tidak.
Iskandar muncul di biliknya dan dapat merasakan apa yang telah berlaku. Muka Darwish kelihatan marah dan di tangannya kelihatan diari milik dirinya. Satu kesilapan telah berlaku. Selama ini dia begitu menjaga diari dan hari ini dia terleka. Darwish sudah mengetahui segala-galanya. Berlaku pertelingkahan antara Darwish dan Iskandar dan tiba-tiba Iskandar rebah. Mujur Darwish sempat menyambut tubuhnya itu sebelum jatuh ke lantai. Ada darah merah pekat mengalir di mulut Iskandar. Darwish menjadi kalut. Barulah Darwish tahu yang Iskandar menghidap barah otak yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuannya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.”

Dalam dia mengelamun, tanpa disedari Kak Chik
menghampirinya. Kak Chik adalah orang yang paling rapat dengan Iskandar. Banyak
rahsia yang dikongsi bersama Iskandar, termasuk Iskandar meminati Arissa.
Dipandang wajah Kak Chik. Ada kesedihan terpancar dari riak muka itu.
“Macam mana Iskandar boleh pengsan?”
Kelu lidah Darwish bila Kak Chik bertanyakan soalan itu.
“Kami bertengkar.’ Jujur Darwish menjawabnya.
“Pasal Arissa?”
Darwish hanya mengangguk tanpa melihat wajah Kak Chik.
“Tau tak kenapa Iskandar memendam perasaannya terhadap Arissa?”
Darwish hanya menggeleng walaupun dia tahu apa jawapannya.
“Kerana awak, Mohd Darwish Zacquan. Seorang budak lelaki yang amat disayangi seperti adik sendiri lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri.”
Darwish hanya menjadi pendengar setia. Dia tahu, Kak Chik tidak menerima kehadirannya dalam keluarga ini. Dia dianggap Kak Chik sebagai pembawa malang dalam keluarga ini. Kali pertama dirinya menjejakkan kaki ke rumah agam itu, Iskandar jatuh tangga. Kemudian ditahan wad selama seminggu. Rentetan peristiwa itu, Kak Chik menggelarkannya sebagai pembawa bala. Namun dia hanya mendiamkan dirinya kerana dirinya hanya menumpang kasih keluarga angkat sejak dirinya berusia 4 tahun.
“Apa yang patut saya buat Kak Chik?”
“Berikan kebahagian yang sepatutnya menjadi milik Iskandar. Kau faham maksud aku kan.” Bagai berdentum guruh di langit mendengar permintaan Kak Chik itu. Darwish faham apa maksudnya. Tekad di hatinya hanya satu. Berdoa agar Iskandar selamat dan akan memberikan kebahagian yang menjadi miliknya kepada Iskandar.
*****************************

KEPUTUSAN NEKAD DARWISH
Imran terperanjat mendengar keputusan Darwish.
Kenapa begitu mudah dia ingin menyerahkan segala yang menjadi miliknya kepada
orang lain. Dari pengakuannya ternyata dia nekad dengan keputusan itu.
Keputusan yang membuatkan hati insan disekelilingnya akan terluka. Imran
terpaksa akur dengan keputusan itu. Tiada siapa akan membantah, kerana andai
ada bantahan, Darwish tetap dengan keputusannya. Perjanjian itu dipegang erat
agar tidak terlepas kata andai keputusan ini diungkit. Beban yang nampak ringan
tetapi amat sukar ditanggung sebagai seorang sahabat. Berpegang pada janji.
******************************
RASA BERSALAH IMRAN
Apabila Arissa bertanyakan persoalan itu kepada dirinya,
Imran tidak tahu apa yang patut diberitahu kepada Arissa. Darwish kawannya,
begitu juga dengan Arissa. Serba salah menghantui dirinya. Arissa mendesak.
Tutur bicaranya begitu teratur agar Arissa tidak perasaan yang dia sedang
menipu dalam menjawab persoalan Arissa. Imran memberi jawapan yang boleh
diterima akal dan Arissa mempercayainya. Bebannya semakin bertambah kerana
berbohong kepada Arissa demi janjinya pada seorang kawan.
*****************************
ARISSA MENCARI KEBENARAN
Walaupun dia menerima jawapan Imran, namun dia masih
belum puas hati. Kenapa? Perasaan rindu membuku dihatinya kepada insan yang
bernama Mohd Darwish Zackuan. Kesabarannya melebihi segalanya. Sampailah di
suatu hari yang merubah segala-galanya perhubungan antara dia dan Darwish. Panggilan
dari Imran merungkai segala-galanya.Bagaikan ada batu besar yang menghentam kepalanya,
taktala mendengar perkhabaran itu. Mudah difahami apa maknanya. Jiwanya
merintih pilu. Sendunya menjadi parah. Sampainya hati kau Darwish. Buat aku seperti
ini. Apa salah aku?
******************************
******************************
PERTEMUAN ARISSA DAN IMRAN
Petang itu, Arissa bertemu dengan Imran. Walaupun
hatinya pedih, namun dia mampu bertahan lagi. Dalam keadaan begini, Imran
merasakan dialah orang yang paling bersalah. Terpaksa menjadi orang tengah
antara Darwish dan Arissa. Surat bertukar tangan. Arissa menerima surat itu
dengan pelbagai pertanyaan. Apa sebenarnya yang berlaku kepada Darwish sehingga
begini sekali tindakannya.
“Arissa, aku nak kau tahu....kau tetap di hati Darwish.”
Arissa tersenyum sinis.
“Maafkan aku, Arissa.” Kasihan hatinya melihat wajah kesedihan Arissa.
“Aku faham.”
“Arissa, aku nak kau tahu yang Darwish amat mencintaimu. Ada sebab yang berlaku menyebabkan dia bertindak sedemikian.”
“Inikah namanya cinta? Buat orang yang dicintai menangis menanggung kesedihan tanpa berbicara sepatah kata lantas membuat keputusan bersendirian.”
Terdiam Imran mendengarnya. Namun hanya itu yang mampu dibuat. Janji tetap janji. Walupun dia berpegang pada janji, namun dia tidak tahu ke mana Darwish membawa diri.

SURAT KIRIMAN DARWISH DIBACA
Untuk
seorang insan yang telah banyak berkongsi segala susah dan senang bersama
aku.....
Nur Ariani Arissa....
Nur Ariani Arissa....
Aku tahu, taktala kau membaca warkah
ini.....aku telah pergi jauh dari sisimu. Pergi meninggalkan tanpa sebarang
kata untuk dirimu. Bukan niat di hati untuk melukai hatimu, tetapi keadaan yang
memaksa aku berbuat demikian. Aku tau, aku telah membuat keputusan tanpa
berbicara dengan kau, Arissa....maafkan aku.
Arissa,
Sebenarnya Iskandar meminatimu dalam diam. Macam mana aku tahu? Aku telah terbaca diari Iskandar yang tertinggal di kamar aku pada suatu hari. Dapat kau bayangkan perasaan aku ketika itu, Arissa. Dia mencintai perempuan yang sama denganku.

Saat aku bertegang leher dengannya, tiba-tiba Iskandar rebah di bilik aku. Barulah aku tahu, Iskandar sakit....barah otak. Selama ini, tiada siapa yang mengetahuinya sehinggalah saat dia rebah di bilik aku.

Aku menyepi kerana aku menjaga Iskandar di hospital. Maafkan aku kerama tidak menjawab panggilanmu. Satu hari ketika Iskandar sedang tidur, Kak Chik memanggil aku di suatu sudut. Kau tahu kan, Kak Chik adalah orang yang paling rapat dengan Iskandar dan orang yang paling membenci diri aku. Segala rahsia Iskandar semuanya diketahui, termasuklah Iskandar meminatimu. Dia meminta kepadaku agar berkorban cintaku demi Iskandar. Aku tahu, akulah yang telah menyebabkan Iskandar tiba-tiba jatuh sakit.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Aku tahu, kalau berbicara denganmu, pasti kau tidak akan melepaskan diriku. Jadi, jalan terbaik, aku terpaksa berkorban cintaku untuk seseorang yang telah banyak meninggalkan budi untuk diriku ini. Aku tahu, keputusan ini telah membuatkan hatimu terluka dan pasti engkau akan membenci diriku. Tapi aku terpaksa, Arissa.... demi kebaikan semua.

Aku telah membuat keputusan untuk menerima tawaran dari syarikat luar negara untuk bekerja dengannya. Dan aku rasakan, inilah penyelesaian terbaik agar aku dapat menerima hakikat yang sukar ini. Aku minta maaf, Arissa. Kalau kau masih mencintai aku, jenguklah Iskandar di hospital. Aku berharap sangat kau menjenguknya. Dia perlukanmu di sisinya saat ini.

Aku rasa segala persoalan yang bermain difikiranmu telah terjawab, cuma aku tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan denganmu. Aku tahu, kau pasti akan menggelarkanku "budak lelaki yang pengecut", tapi aku tidak kisah. Aku lebih rela kau membenci diriku dari melihat kau menangis di hadapanku. Aku mohon maaf sekali lagi.

Sebelum aku mengundur diri, sekali lagi aku minta maaf di atas segala yang telah aku lakukan terhadapmu, Arissa....aku mintak maaf.....Harap kau dapat memaafkan diri ini yang telah banyak melukai hati mu..........Aku mendoakan agar kau tabah menghadapi kehidupan seterusnya.

Salam dalam ingatan,
Aku seorang budak lelaki yang telah singgah di hatimu lantas meninggalkannya tanpa sebarang kata........
Aku seorang budak lelaki yang telah singgah di hatimu lantas meninggalkannya tanpa sebarang kata........
Mohd Darwish Zacquan
*****************************
KESEDIHAN ARISSA
Air matanya sudah tidak mampu ditampung. Tumpah jua
akhirnya, mengalir tanpa dipinta. Ada dua sebab dia menangis. Pertama, betapa
kejamnya diperlakukan begitu. Sampai hati Darwish. Membuat keputusan tanpa persetujuannya.
Mana boleh dia menidakkan perasaannya pada Darwish untuk beralih kepada
Iskandar. Iskandar hanya kawannya. Titik. Perasaan itu tidak akan berubah
walaupun ini permintaan Darwish sendiri. Kenapa mesti membahagiakan orang lain
sedangkan hati sendiri menanggung derita. Kedua, Darwish menyatakan Iskandar
sakit. Tapi tidak semestinya dirinya akan menerima Iskandar dalam hatinya.
Tekad Arissa hanya satu, tetap setia menanti kepulangan Darwish ke pangkuannya
biarpun berapa lama dia terpaksa menunggu.
*******************************
ARISSA MASIH SETIA MENANTI
Lima tahun
yang lalu, Mohd Darwish Zacquan telah membawa diri meninggalkannya sendirian
menghadapi hari-hari yang mendatang. Tiga tahun selepas itu, Mohd Alif Iskandar pula meninggalkannya buat selama-lamanya.
Kini,
Arissa masih lagi menanti kepulangan Darwish biarpun dia sendiri tidak
pasti sampai bila berakhir penantiannya itu. Hanya lagu raya Aisyah
inilah menjadi teman hatinya yang mengharapkan kepulangan Darwish. Lagu ini kerap diputarkan Arissa biarpun bukan di bulan raya kerana dia begitu mengharapkan kepulangan Darwish sehingga ke saat ini. Pulanglah Darwish...
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah......
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi Hari Raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela
Pulanglah kepangkuan ku oh...sayang
Ku menunggumu di hari raya...
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah......
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi Hari Raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela
Pulanglah kepangkuan ku oh...sayang
Ku menunggumu di hari raya...
-TAMAT-
1.00 pagi @ Sabtu.
*********************************
EPILOG:
Akhirnya setelah mengerah otaknya bekerja, Iman
berjaya juga meletakkan titik tamat di penghujung cerita ini. Namun cerita ini masih
ada kesinambungannya. Iman akan menyambung kembali apabila tiba waktunya nanti.
Marlisa yang sering menjadi pengkritik tetap setiap kali dia menulis cerita baru, begitu mudah mengalirkan airmata apabila membaca cerita yang ditulisnya itu. Katanya, kisah ini seperti benar-benar berlaku. Dia bertanya, “Kisah siapakah ini Iman? Pulangkah Darwish ke sisi Arissa? Apakah yang terjadi kepada mereka berdua?”. Pelbagai soalan yang ditujukan kepadanya. Namun Iman hanya tersenyum sambil menjungkitkan bahunya sebagai tanda tidak tahu. Buat masa ini dia terpaksa merahsiakan sumber cerita ini kerana kisah ini belum sampai ke penghujungnya. Iman tidak boleh mencoretkan kesinambungannya kerana insan itu belum bersedia untuk bercerita kepadanya. Iman ingin menamatkan cerita ini tetapi, dia sendiri tidak tahu penamat kisah ini kerana hanya insan itu sahaja yang boleh memberinya jalan cerita untuk menamatkan CORETAN SEORANG PERINDU ini...

~
TAMAT ~
7 comments:
Adoiyai...
ANONYMOUS:
Erk..apa yg adoyai?????
adoiyai aje
Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji
Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia
Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan
Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu....
Erm....tahniah... ^_^
ANONYMOUS:
Ok....
DE_LOBSTER:
Wah...terima kasih sudi bace:-)
Terimakasih atas info nya. Semoga bisa bermanfaat bagi saya dan shobat blogger lain nya .saya harap kan kunjungan balik .maupun follower nya.
TARUNA KUSUMA YUDHA:
Terima kasih di atas kunjungan awak.:-)
Post a Comment