Thursday, May 27, 2010

TERLELAP SEKETIKA...

Hari ini aku balik kerja lebih kurang dalam pukul 6.30 ptg. On the way nak balik rumah, aku singgah dulu kat foodcourt beli char kew teaw & tauhu bakar. Selesai membeli, aku pun balik. Sampai kat traffic light, ada perkara yang agak lucu bagi aku berlaku. Selama ini aku hanya mendengar cerita orang terlelap dalam kereta di traffic light, tetapi hari ini aku betul2 tengok org terlelap dalam kereta.

Gambar hiasan : Aku amik kat google image :-)

Kereta tu betul2 depan kereta aku. Punyalah banyak kali hon, barulah dia tersedar. Memang menggelabah aku tengok gelagat dia. Iyelah, mungkin kerana terkejut bunyi hon bertalu2. Aku dah gelak sorang2 dalam kereta. Cuma dalam otak aku pikir satu je...nasib baik dia tak tukar gear reverse waktu menggelabah tu...heheheheheheheheh
Tapi memang betul pun, kalau dah terlampau mengantuk memang boleh terlelap dibuatnya walaupun tengah memandu. :-) be carefull on the road ya......

3 comments:

Aziza Aini said...

huhu..ingatkan akak yang tertidur dlm keta mula2..LOL

Aziza Aini said...

mula2 ingat kak ilyah yg tertidur..

Penakumenulis said...

AZIZA AINI:
Hehehehe...minta dijauhkan....:-)