*******************
Ini adalah satu coretan kesinambungan dari kisah CORETAN SEORANG PERINDU....
Darwish dan Arissa kembali bergabung bagi watak-watak dalam kisah ini.....
dan CORETAN SEORANG PERINDU 2 pun bermula....
**********************
Imran meneruskan langkahnya agar jejak yang diekori tidak hilang dari pandangan matanya. Dia pasti dengan gerak hatinya. Itulah orang yang dicari selama ini. Jejak itu semakin lama semakin laju, seakan mengetahui dirinya diekori. Namun, semakin lama dia cuba memperlahankan langkahnya. Begitu juga dengan orang yang mengekorinya.
“Mohd Darwish Zacquan?”. Suara itu memanggil namanya.
Darwish menoleh. Dilihat wajah insan yang memanggilnya itu. Lama dia merenung wajah itu. Wajah seorang sahabat yang banyak menolongnya suatu ketika dahulu disaat dia membawa hati yang lara.
“Imran?”
“Ya Darwish, aku Imran. Sahabat yang kau tinggalkan 5 tahun dulu. Terperanjatkan, aku boleh jumpa kau. Dunia ni kecil je Darwish, jauh mana kau merajuk dan lari, pasti akan ketemu jua.”
******************************************
*notes : masih dalam proses menyulam idea dan ini hanya mood intro sebelum sampai ke penghujungnya...:-)
5 comments:
Macam ada bau-bau judul novel Ramlee Awang Murshid.
PEI PAN:
hah...judul yg mana satu yer...??? adakah Rahsia Perindu...hehehe...;-) Kenapa dh tutup blog tu..???
PEI PAN:
Found your new blog.....thank's;-)
Mungkin Rahsia Perindu. Tetapi pada saya meniru untuk belajar itu lazim. Tak ada apa yang salah :)
Saya sedang cuba ingin mencari kematangan dalam penulisan yang akan datang. Adik saya dengan ikhlas cakap blog lama saya kurang bagus, seperti kanak-kanak dan perasan bijak.
(Sebenarnya saya bosan, jadi ingin tutup blog dengan tiba-tiba. Dan tiba-tiba datang ilham untuk buka blog baru)
PEI PAN:
hehehe...secara kebetulan..bila awk bgtau judul itu seakan2 judul karya RAM, membuatkan saya mencari semula senarai judul karya RAM dan menjumpai Rahsia Perindu...
Teruskan usaha awk di blog baru kerana banyak info dan ilmu yg saya perolehi...:-)
Post a Comment