Thursday, May 26, 2011

REVIEW NKTM...:-)


sumber gambar : google image


TARIKH : 24/05/2011

MASA : 8.30 mlm

TEMPAT : GSC ALAMANDA

MOVIE : NUR KASIH THE MOVIE

******************************************

PENDAPAT TUAN UMAH:

Sebelum melihat NKTM tuan umah banyak membaca review dan ulasan para peminat NKTM. Pelbagai ulasan dan pendapat yang diceritakan. Bagi tuan umah sendiri, pasti mempunyai ulasan tersendiri:

1) Terpulang sama ada mau tengok atau tidak - NKTM

2) Jalan cerita yang banyak tersirat dan kita patut memahaminya setiap plot cerita, tutur kata setiap watak, ayat2 yang diluahkan, imbasan setiap petunjuk yang diberi, semuanya akan buat kita faham kenapa begitu dan begini.

3) Tuan umah terfikir kenapa ramai yang tidak faham dan mengatakan NKTM seolah2 tergantung penghujungnya?????? bagi tuan umah hanya satu tips yg dpt diberi:
"Cerita ini memang banyak imbasan kenangan silam kerana, ini adalah cerita yang mengingatkan Nur Amina semasa tua yang hilang ingatan kerana faktor usia dan selepas kehilangan Adam. Aidil banyak membantunya untuk mengingati saat2 Nur Amina dan Adam dengan membaca kembali diari yang ditulis oleh Adam. Oleh sebab itu, cerita ini banyak flashback kepada waktu muda. Dalam ayat mudah, Aidil baca diari dan Nur Amina mengimbas kembali kenangan itu."

4) NKTM banyak mengisahkan pengorbanan seorang isteri kepada suaminya kerana ini adalah imbasan silam Nur Amina taktala Aidil membaca diari Adam. (sewaktu tua)

5) Penghujung cerita ini sangat mudah difahami kerana Nur Amina mengingati kembali kenanganya sekaligus mengingati siapa anak lelakinya.:-) (handsome beb zain ruffedge...heheheh)

6) Scene yang paling tuan umah suka ialah : saat Adam mencari cincin dan imbasan kenangan dari muda hingga ke tua dengan lagu latar Bertemu Cinta..superb:-)

7) Semua emosi bermain dalam satu filem.

KETAWA : tuan umah akan ketawa melihat betapa kalutnya Adam memasak, Adam ketika tergelincir ketika mesin basuh berbuih dengan sabun, saat tok wan memujuk mariyam (dialog x leh lupa..."kuih apa"?..so cute ), watak mia sara memang kelakar.

SEDIH : saat adam mencari cincin dan disaat cincin itu disarungkan, flasback kenangan muda hingga ke tua, sedih bila Nur Amina bekerja keras utk mencari duit pembedahan Adam. huhuhu.

Sedih dan ketawa diadun dalam satu jalan cerita memang menarik perhatian tuan umah.

8) Lagu jangan cakap, memang best. Tuan umah paling suka "Bertemu cinta"..thumbs up.:-)

9) Usai melihat NKTM : ada satu tanda tanya bagi tuan umah...kenapa tiada watak ibu dan bapa Nur Amina...???hehehe.. (x taulah kalo tuan umah x perasan watak ini)

Ini adalah pendapat tuan umah. Tiada niat untuk menyangkal sekiranya ada yang tidak menyukainya. Lain orang lain pendapatnya.......bagi tuan umah...NKTM mmg best. Cerita yang banyak tersirat dari yang tersurat dan kita sendiri kene mencari yang tersirat itu dengan segala petunjuk, tutur kata, dan imbasan yang diberi....:-)

p/s : { tuan umah ada hati nk tengok kali kedua NKTM...hehehehe }

No comments: