Tuesday, July 27, 2010

TITIPAN KHAS : KU BAWA MEMORI ITU.....

Edisi khas ini rentetan dari "KU BAWA MEMORI ITU"
Ditulis sempena 27 JULAI 2010.....Ulangtahun kelahiran Aliyatul Alisya yang ke - 28. Khas untuk kalian semua.

***************************************************************************************

27 JULAI 2010
UNITED KINGDOM


Lagu happy birthday bergema di hospital. Lagu yang dinyayikan khas untuk Dr. Aliyatul Alisya, yang menjadi kesayangan ramai di hospital tersebut. Air mata Alisya mengalir taktala sambutan mengejut itu. Seorang budak perempuan bermata biru, Lisa, membawa jambangan bunga menghampirinya.
"This flower for you, doctor."
"Thank you my dear." Lantas dicium pipi Lisa.
Sedikit jamuan diadakan untuk semua staf nurse dan kanak-kanak di wad tersebut. Megat Aidil Naufal, satu-satunya doktor dari Malaysia yang bertugas sama dengannya di sini, menghampiri Alisya.
"Selamat hari lahir Alisya. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. May Allah bless you." Ucapnya kepada Alisya.
"Thanks Aidil. Erm..dan juga untuk bunga itu." Alisya berbahasa.

*********************

Malam itu, Alisya termenung sendirian di atas katil biliknya. Bunga yang dihadiahkan oleh Lisa dan Aidil ditenung lama. Seketika dia teringat pada memori lamanya. Kad yang pernah diterima bertahun-tahun dahulu ditatap lama. Satu-persatu orang-orang yang disayanginya menjelma dalam bayangannya. "Arwah mama dan papa, Adam Iqbal, Tasya dan semestinya Mohd Izham Iskandar".
"Alisya rindu kalian semua." Ucapnya perlahan dalam sendu. Setiap kali ulangtahun kelahirannya pasti dia akan menangis mengingati mereka semua. Buku catatan peribadinya yang menjadi temannya sejak meninggalkan bumi Malaysia, dibuka dan ditulis luahan hatinya di dalam buku itu.

Edisi yang ke 12.....
27 JULAI 2010

Khas untuk arwah papa dan mama
- Sekarang Alisya sudah berumur 28 tahun. Dah besarkan anak papa dan mama ni. Walaupun papa dan mama dah pergi meninggalkan Alisya, namun kalian berdua tak pernah Alisya lupakan. Doa papa dan mama di alam sana sentiasa mengiringi Alisya sehingga sekarang. Alisya akan pulang nanti untuk menziarahi pusara papa dan mama. Alisya rindu papa dan mama. -

Khas untuk Adam Iqbal
- Kau kawan aku yang baik. Kejadian di tangga dahulu adalah permulaan persahabatan kita berdua. Di manakah kau sekarang? -

Khas untuk Tasya
- Tasya....aku sangat-sangat rindukan kau. You are my bestfriend forever. Aku tak pernah melupakan kau. Saban tahun, setiap kali ada perjumpaan pelajar-pelajar perubatan di sini aku akan menghadirinya dengan harapan aku dapat bertemu denganmu. Tetapi hampa. Nantikan kepulanganku dan aku akan mencari kamu di sana nanti. -

Khas untuk Mohd Izham Iskandar
- Abang Ijam.....you are always in my heart. Setiap kali menulis tentang abang Ijam, pasti Alisya akan kebuntuan. Kadang-kadang menangis. Siang tadi, mereka buat sambutan hari jadi untuk Alisya. Alisya rindu suasana kita semua dulu sewaktu abang Ijam buat surprise dekat "tempat lepak biasa" tu. I'm really miss that moment. Abang Ijam, Alisya janji...bila Alisya balik Malaysia nanti, kita pasti akan bertemu. Ini janji Alisya. -

Aku yang menulis,
Aliyatul Alisya.....
10.30 p.m
U.K

Airmatanya mengalir laju. Rindunya semakin menebal. Tidak sabar rasanya menghitung hari untuk pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Alisya akan pulang bertemu kalian semua. Alisya akan pulang membawa kembali memori yang telah dibawa dahulu yang menjadi inspirasi sehingga kini.

******************************

~ TAMAT ~

8 comments:

gummybear said...

bila nak sambung lagi citer ni??

Penakumenulis said...

GUMMYBEAR:
Huhuhuuhuhu...soalan cepu emas...x taulah bile nk start menulis sambungan cerita ini. huahuahuahuahuahua

Anonymous said...

ala..
nk smbungn!

Penakumenulis said...

ANONYMOUS:
Tq coz sudi baca citer ni. Tntg sambungan tu...huhuhuhuh...tak tau bile mau start menulis kesinambungannya...idea kontang..:-)

Anonymous said...

Aiyak... dh jadi drama bersiri la plak.. baru nak sambung tacing.. sambung la cepat2....

Penakumenulis said...

ANONYMOUS:
huhuhuhu...idea tgh kontang:-)

Anonymous said...

kontang ke... aiyo, pi la survey kat supermarket ke, tepi sungai ke, msti dpt punye

Penakumenulis said...

ANONYMOUS:
Bkn kontang...dah kering...