"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar-benar menyintainya setulus hati"
Thursday, October 29, 2009
Monday, October 26, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (FULL VERSION).....
TAHUN ITU : 1997
"Seekor lembu menghadap utara,
Kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
Kemudian 270 darjah ke kiri,
Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
-IJAM-
"Ala...itu teka-teki ke...soalan matematik?"
-ALISYA-
2 tahun kemudian.........
"Seekor lembu menghadap utara,
Kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
Kemudian 270 darjah ke kiri,
Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
-IJAM-
"Ala...itu teka-teki ke...soalan matematik?"
-ALISYA-
2 tahun kemudian.........
"Semoga cita-cita Alisya menjadi seorang doktor akan tercapai"
- MOHD IZHAM ISKANDAR -
"Abang Ijam kan hero idola Alisya"
- ALIYATUL ALISYA -
*****************************************************************************
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 1
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 2
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 3
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 4
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 5
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 6
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 7
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 8
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 9
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 10
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE AKHIR
- TAMAT -
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 2
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 3
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 4
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 5
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 6
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 7
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 8
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 9
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE 10
KU BAWA MEMORI ITU - EPISODE AKHIR
- TAMAT -
p/s : Apa komen anda dengan citer kedua aku ni...heheheheh....
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE AKHIR)....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 10)
******************************************************************************
Pesawat yang membawa para penumpang ke United Kingdom selamat berlepas dari landasan KLIA. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap kapal terbang itu. Setitis demi setitis air matanya gugur dari kelopak mata. Jari halusnya menyeka air mata itu agar tidak terus mengalir. Surat yang berada di tangannya dibuka perlahan.
ALIYATUL ALISYA......
Disaat Alisya membaca surat ini, mungkin dirimu sudah berada di atas awan biru meninggalkan seribu kenangan buat kita bersama. Abang Ijam bukanlah seorang budak lelaki yang pandai bermadah tetapi cukuplah sekadar dapat menulis titipan ini untuk Alisya sahaja. Jangan bagi sesiapa baca tau surat ni, malu.....
Air matanya gugur bersama senyuman dibibir. Bacaannya diteruskan.
ALIYATUL ALISYA......
Sampai di sana nanti, teruskanlah cita-citamu untuk menjadi seorang doktor. Abang Ijam berdoa dari jauh semoga impianmu itu akan tercapai. Alisya pasti boleh. Kan Alisya selalu berangan nak jadi "Doktor Alisya". Bagi abang Ijam, dirimu sudah lama abang Ijam gelarkan sebagai doktor Alisya kerana sejak dulu lagi, Alisya lah pengubat suka duka di mata dan di hati insan ini. Ingat tak cara Alisya ugut abang Ijam makan ubat......lepas ni dah takde orang boleh ugut abang Ijam. Sebab Alisya dah tiada di sisi abang Ijam.
Diseka air mata yang menitis.....
ALIYATUL ALISYA.......
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah papa dan mama. sebagai anak, hanya itu yang mampu dilakukan buat bekalan mereka di sana kelak. Abang Ijam akan sentiasa melawat pusara papa dan mama bagi pihak Alisya.
Papa..mama...akan ku pulang menziarahi pusaramu suatu hari nanti....
ALIYATUL ALISYA.....
2 tahun yang lalu, abang Ijam ada memberi satu teka-teki pasal lembu. Tapi sampai sekarang Alisya tak mampu menjawabnya. Saban hari alisya akan bertanya apa jawapannya. Sehinggalah ke saat ini....jawapannya ialah KE BAWAH! IA MASIH TETAP MENGHADAP KE BAWAH DAN MEMAKAN RUMPUT. Kalau Alisya ada kat sebelah, confirm abang Ijam dah kena lepuk. Tapi sekarang tidak lagi, sebab....sebab Alisya dah terbang jauh meninggalkan abang Ijam.
Abang Ijam....dihujung noktah ada titisan tulisan seakan terkena air. Sudah pasti dia menangis taktala menulis surat ini. Abang Ijam..suka sangat menyembunyikan kesedihan untuk diri sendiri. Semakin laju air matanya mengalir sehingga sedikit tersedu. Tak sanggup untuknya meneruskan titipan itu....Abang Ijam...Alisya rindu....
ALIYATUL ALISYA ....
Di penghujung titipan ini, abang Ijam minta maaf seandainya sepanjang kita bersama ada terkasar kata yang menyinggung perasaanmu, Alisya. Abang Ijam hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Abang Ijam dah cuba lakukan yang terbaik untukmu sepertimana janji abang Ijam pada arwah papa dan mama Alisya. Kita berpisah bukan bermakna hubungan kita putus di sini. Hubungan itu akan tetap berkekalan kerana di hati kita sudah terukir memori yang telah kita pahatkan bersama. Seandainya suatu hari nanti kita ditakdirkan bertemu kembali janganlah Alisya lupa pada insan kerdil ini. Akhir kata, abang Ijam bingkiskan Alisya satu pujangga......
Semalam kita berkawan......
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kita tetap berkawan sampai bila-bila.
Tersedu-sedu dia menangis membaca bingkisan terakhir titipan itu...Ini janji Alisya pada abang Ijam....."Akan ku bawa memori itu bersamaku sebagai inspirasi di dalam diri ini sampai bila-bila....."I never forget you...You are always in my heart....Mohd Izham Iskandar a.k.a abang Ijam......
- TAMAT -
Sunday, October 25, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 10).....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 9)
*********************************************************************************
"Alisya macam mana?" Lan bertanya tentang Alisya kepada Ijam. Kalau Ijam pindah sekolah, Alisya macam mana pulak. Agak lama Ijam terdiam setelah mendengar soalan Lan. Dengan perlahan dia menjawab.
"Dia....ikut paklong balik UK. Duduk kat sana. Lagipun kat sini dia takde sesiapa."
"Maksud kau, dia bermastautin kat sana." Ijam mengangguk.
Ijam dipandang sepi. Lan memahami perasaan kawannya itu. Hati siapa yang tak sedih, apabila orang yang sentiasa bersama kita akan pergi jauh.
Seperti biasa Ijam dan Alisya menanti kedatangan Pak Hussien. Masing-masing diam seribu bahasa melayani fikiran sendiri. Di saat akhir-akhir begini bagaikan sukar untuk berkata-kata.
"Abang Ijam, tak sangkakan begitu besar dugaan yang Alisya hadapi. Mula-mula alisya kehilangan papa dan mama. Sekarang Alisya akan pergi jauh meninggalkan abang Ijam."
"Alisya...setiap dugaan yang diturunkan kepada kita, Allah dah tentukan. Dia Maha Mengetahui keupayaan setiap insan dalam menghadapi dugaan yang diberikan. Yang penting Alisya kene kuat menghadapinya. Jangan sebab kehilangan ini, Alisya patah semangat. Ingat tak, dulu kat tasik Alisya pernah cakap kat abang Ijam. Perjalanan kita masih jauh. Kita tak tau apa yang akan berlaku pada kita di masa hadapan, yang penting kita kena berani dan sabar. Ingat tak ayat tu?"
"Ingat...tapi terasa peritnya bila kita menghadapi kehilangan itu." Ijam menoleh ke arah Alisya.
"Hanya orang yang menghadapinya akan memahami erti keperitan itu." Alisya tersenyum dalam sedu.
"Abang Ijam ingat tak kes Remy dulu. Di tempat inilah kejadian tu berlaku. Alisya takkan lupa."
"Mana boleh lupa. Habis abang Ijam dibelasahnya. Tapi kalau kengkawan dia tak masuk campur confirm abang Ijam menang. Betul tak Alisya?"
"Abang Ijam kan hero idola Alisya." Mereka ketawa, seakan mengetahui ini adalah hari-hari terakhir mereka bersama.
**********************************************************************************
Semenjak pemergian Tuan Harris dan Puan Mariana, Maksu Timah dan Ijam tidak lagi tinggal di situ. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Alisya pula akan tinggal bersama Paklong di UK. Tiada siapa lagi yang akan tinggal di banglo permata milik arwah tuan Harris. Banglo yang dulunya sentiasa penuh dengan keceriaan dan gelak tawa, kini hanya sunyi dan sepi. Semua yang berlalu itu hanya tinggal sebagai kenangan yang tidak akan luput diingatan.
Di hari terakhir Maksu Timah dan Ijam meninggalkan banglo itu, hanya air mata yang mengiringi perpisahan.
"Alisya...jaga diri baik-baik ye nak di tempat orang. Banyakkan bersabar. Ini semua dugaan. Mungkin ada hikmah disebaliknya." Alisya tidak dapat menahan kesedihannya, lantas memeluk Maksu Timah dengat erat. Esakannya semakin kuat. Maksu Timah mencium dahi dan pipi Alisya. Anak itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tiada bezanya.
Saat berhadapan dengan Ijam, hatinya semakin meronta. Galak airmatanya mengalir. Insan yang sentiasa berada di sisinya saat suka dan duka, insan yang banyak melayani kerenahnya, insan yang banyak berkorban untuk dirinya...hanya dia insan itu...Mohd Izham Iskandar.
Hati Alisya sebak sehingga tidak dapat menuturkan kata-kata. Ijam hanya tersenyum. Tetapi pilu di hatinya hanya Allah yang tahu. Ijam mesti kuatkan semangat agar airmatanya tidak tumpah di hadapan Alisya. Dengan perlahan dia menyeka air mata Alisya dengan jarinya. Alisya memandang wajah itu dengan pandangan yang sayu.
" Jaga diri di tempat orang. Be yourself. Jangan berputus asa dan tabahkan hati. Sentiasa berdoa dan jagan lupa solat. Abang Ijam doakan semoga cita-cita Alisya untuk menjadi seorang doktor akan tercapai." Kata-kata Ijam itu menambahkan kesayuan di hatinya. Dalam tersekat-sekat dia berkata.
"Jangan tinggalkan Alisya." Dia memeluk Ijam seakan tidak merelakan perpisahan ini. Tetapi apakan daya. Ijam meleraikan pelukan itu perlahan. Sempat dia berbisik ke telinga Alisya.
"Jangan lupakan abang Ijam dan kenangan kita bersama." Lantas dikucup dahi Alisya sebagai tanda kasih seorang abang kepada adiknya.
Teksi yang disewa untuk membawa Ijam dan ibunya sudah pun tiba. Hanya lambaian dan airmata menghiasi perpisahan itu. Semakin jauh, semakin sayu dan semakin hilang lambaian itu, semakin Alisya seperti nak berlari mendapatkan teksi itu. Namun akalnya masih waras. Kata-kata semangat Ijam bersemi di mindanya. Surat ditangan digenggam erat.
"Ingat..baca bila Alisya dah berada atas kapal terbang nanti. Ini janji Alisya pada abang Ijam."
Benarlah, perpisahan itu amat mudah dilafazkan tapi apabila menghadapinya terasa perit yang teramat sangat.
**********************************************************************************
bersambung....
p/s : Nantikan episode akhir kisah ini.......apakah kesudahannya.....apakah isi surat yang dititipkan Ijam buat Alisya........tunggu....
ADA ORANG SAYANG AWAK......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
p/s : Aku dpt entry ni dari http://tgawin82.blogspot.com/
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
p/s : Aku dpt entry ni dari http://tgawin82.blogspot.com/
Thursday, October 22, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 9).....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 8)
******************************************************************************
"Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pengumuman ini ditujukan kepada Aliyatul Alisya Binti Harris, pelajar 4 Sains dan Mohd Izham Iskandar Bin Amin pelajar 5 Kejuruteraan Awam, sila hadirkan diri anda ke bilik pengetua dengan kadar segera. Sekian harap maklum."
Semua mata tertumpu ke arah Alisya. Terasa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Kenapa pulak ni. Begitu juga Ijam.
"Glamour nampak. Macam kat SOGO lak." Lan di sebelahnya mengusik.
"Kau kene 'tangkap basah' dengan adik kau ke?" Anisah yang duduk di belakangnya mencelah.
"Eh..shhh...cuak aku ni." Lan cuba menenangkannya. Setelah kebenaran di minta dari Puan Yoh, Ijam melangkah ke bilik pengetua. Kelihatan Alisya sudah sampai dahulu darinya. Sempat dia mencuit Alisya.
"Kenapa cikgu panggil kita?"
"Alisya pun tak tau kenapa."
"Bukan paklong ke tu. Bila masa pulak dia balik Malaysia?" Matanya memandang lelaki yang keluar dari bilik pengetua itu.
"Paklong...bila balik sini?" Alisya bersuara sambil menyalam tangan orang tua itu. Begitu juga Ijam. Namun ada riak sedih di sebalik wajah garang paklongnya itu. Tuan Imran memandang anak saudaranya itu. Timbul rasa simpati di hati. Bagaimana agaknya reaksi anak ini apabila mendengar berita sedih yang akan disampaikan.
"Anything happen?" Alisya bertanya. Cemas. Dari wajah Tuan Imran, Ijam seperti sudah dapat menjangkakan apa yang telah berlaku. Namun dia berdiam sahaja.
Tuan Imran memegang bahu Alisya perlahan.
"Alisya..dengar baik-baik ye nak, apa yang paklong cakapkan ni. Papa dan mama kemalangan dan mereka........dah meninggal dunia." Airmata Alisya mengalir laju. Tak mungkin.
"Paklong jangan bergurau dengan Alisya." Dia menidakkan berita yang didengarinya.
"Benda kematian ni bukan boleh dibuat bergurau Alisya. Papa dan mama kamu sudah meninggal." Gementar lututnya taktala mendengar pengakuan kedua paklongnya itu. Ini kenyataan. Hampir rebah Alisya, namun tubuhnya sempat disambut oleh Ijam. Dia menangis di bahu Ijam.
"Abang Ijam.....betul ke apa yang Alisya dengar."
"Betul Alisya." Semakin berterusan dia menangis. Ijam dan Tuan Imran memujuk agar bersabar menerima kenyataan ini.
"Ini semua ujian Allah nak. Banyak-banyak bersabar."
*********************************************************************************
Perkarangan rumahnya sudah dipenuhi dengan kereta. Rata-ratanya adalah saudara dan sahabat kedua-dua arwah. Apabila kakinya melangkah masuk, maklong terus menerpa ke arahnya. Dia terus memeluk maklong dan menangis.
"Bawa bersabar nak."
Maksu Timah mengusap belakang Alisya. Kasihan dia melihat anak itu hilang tempat bermanja. Tidak dapat dibayangkan oleh Ijam, wajah yang selalu ceria kini bertukar watak. Menjadi seorang yang menanggung kesedihan yang teramat sangat. Setelah menukar baju dan mengambil wudhu, Alisya duduk di tepi jenazah orang tuanya untuk membaca Yassin. Begitu juga Ijam.
Satu-persatu airmata Alisya gugur menitis jatuh ke atas kitab Yassin yang dibaca. Selang beberapa ketika, kelihatan gadis itu menyapu airmatanya.
"Kuatkan semangat Alisya. Tak baik menangis. Nanti mereka lagi terseksa." Ijam berbisik ke telinga Alisya. Dengan perlahan dia mengangguk. Bacaan Yassin diteruskan sehinggalah tiba masa untuk disembahyangkan.
Tiba waktu dikebumikan, Alisya berdoa agar diberikan ketabahan untuk merelakan mereka pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menghadapi dugaan yang berat ini.
"Kita pulang yer Alisya. Dah lama Alisya duduk kat sini. Paklong pun dah lama menunggu tu." Pujuk Ijam perlahan. Alisya bangun dan terus menuju ke kereta. Diam seribu bahasa. Ijam mengekori dari belakang. Dia tahu, Alisya masih dalam keadaan terperanjat mendengar berita kematian papa dan mamanya.
Suasana di rumah itu sunyi. Tidak seperti dulu. Tiada lagi kedengaran suara mamanya memanggilnya makan, tiada lagi kelihatan papanya membaca akhbar di kerusi rotan malasnya. Semuanya tiada lagi. Semenjak pulang dari tanah perkuburan, Alisya mengunci dirinya di dalam bilik. Frame gambar ditangannya direnung lama. Setitis demi setitis air matanya mengalir membasahi pipinya. Dia seperti tidak percaya, dua insan yang amat disayanginya pergi menyahut seruan Ilahi. Kini, semua itu tinggal kenangan. Kenangan yang tidak akan luput dari minda dan sanubarinya.
Alisya seperti dapat merasakan ada orang di pintu biliknya. Dia tahu siapa. Namun dia tak mahu diganggu buat masa ini.
"Please abang Ijam...leave me alone. Alisya tak nak diganggu." Mendengar apa yang dikatakan oleh Alisya, Ijam menutup kembali pintu bilik itu. Dia agak tersinggung dengan kata-kata Alisya, namun dia memahami situasi Alisya.
"Alisya macam mana Ijam?" Tuan Imran bertanya.
"Dia masih lagi macam tadi. Mungkin kejap lagi eloklah tu." Ijam memberi alasan.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1.30 malam. Perutnya sudah mula berbunyi. Semenjak siang tadi, dia tidak menjamah apa-apa. Dengan perlahan, Alisya keluar dari biliknya. Sunyi. Dilihat bilik Ijam masih terang lantas dia mengetuk bilik itu.
"Alisya.....kenapa?"
"Alisya lapar. Temankan Alisya makan."
"Jom."
Selesai makan, Ijam menghantar Alisya ke bilik. Tetapi Alisya terus menuju ke balkoni rumah itu. Ijam menuruti saja langkah Alisya.
"Abang Ijam....Alisya minta maaf pasal tadi. Alisya tak patut cakap macam tu kat abang Ijam." "Mula-mula memang abang Ijam terasa sebab Alisya tak pernah macam tu. Tapi sekarang tak lagi."
"Kenapa?" Pelik.
"Sebab sekarang Alisya dah bercakap dengan abang Ijam." Ada garis senyum di wajah Alisya.
"Alisya sedihlah."
"Alisya.....jangan macam ni. Alisya kena banyak bersabar dan berdoa. Allah lebih menyayangi mereka. Yang pergi tetap pergi. Kehidupan tetap kita kene teruskan. Kita kena ingat, semuanya telah ditentukan. Kita kena redha dengan takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya."
"Alisya akan cuba abang Ijam....thank's for support me. Alisya sayang abang Ijam."
"Abang Ijam pun sayang Alisya jugak." Ijam mengenyitkan matanya kepada Alisya. Seperti biasa, ejekan yang diterima. Alisya bersyukur kerana masih mempunyai insan tempat untuk dia meluahkan rasa sedihnya.
**********************************************************************************
bersambung..............
Wednesday, October 21, 2009
LA CORDA - ROMANCE ON VIOLIN.....
Violin itu berbunyi......bergema ke segenap ruang......ada kisah yang tercipta.....antara kau dan aku...
Tuesday, October 20, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 8).....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 7)
********************************************************************************
27 JULAI 1999 - Birthday Aliyatul Alisya
Hari ni aku kena keluar dengan Iqbal. Gulp. Biar betul. Ni semua abang Ijam punya pasal. Gara-gara nak bertaruh main teka-teki, akhirnya aku kalah lagi. Dahlah teka-teki 2 tahun lepas aku tak boleh nak jawab, ni kan nak jawab teka-teki baru. Huh..pertaruhannya nyer pulak, siapa yang kalah akan keluar dengan orang pilihan si menang. Jadi, si kalahnya aku, si menangnya abang Ijam dan si pilihannya ialah Adam Iqbal. Adush....Lepas ni taubat aku tak nak bertaruh lagi apatah dengan abang Ijam. Nak pergi ke tak nak........Abang Ijam pagi-pagi dah keluar. Nak ajak Tasya, dia balik kampung pulak. Terpaksalah pergi seorang diri.
Mana pulak mamat ni. Janji kat sini pukul 11.00, ni dah 11.30. Alisya masih setia menunggu. Tiba-tiba seorang budak perempuan mencuit lengannya. Huh semangat....sape pulak budak ni.
"Nama akak ni Alisya kan?"
"Err..ya..tapi adik ni siapa?" Kalut aku sekejap.
"Tadi masa saya lalu kat kedai depan tu, ada orang minta saya bagi kad ni kat akak." Kad itu bertukar tangan.
"Boleh akak tahu siapa orang tu?" Budak itu hanya menjungkitkan bahunya sebagai tanda yang dia tak tahu. Kemudian dia berlalu pergi meningggalkan Alisya tertanya-tanya. Pelik bin ajaib. Kad itu dibuka.......
Dear Aliyatul Alisya,
Happy birthday. May Allah Bless You. Jumpa kat tempat lepak biasa.
Hampeh...ayat terakhir tu aku tahu siapa punya keje. Siapa lagi kalau bukan abang Ijam. Dia je yang suka guna ayat tu "jumpa kat tempat lepak biasa."Happy birthday. May Allah Bless You. Jumpa kat tempat lepak biasa.
Kakinya melangkah masuk ke cafe. Serentak itu lagu Happy Birthday bergema. Alisya tercegat. Untuk aku ke. Seorang budak perempuan membawa kek menuju ke arahnya. Eh...budak ni...
"Happy birthday kak Alisya"
"Happy birthday Aliyatul Alisya."
"Kau..Iqbal.." Iqbal tersenyum melihat Alisya yang semakin pelik wajahnya.
"Happy birthday my lovely friend." Tasya menghadiahkan ciuman di pipiku.
"Ohhh..balik kampung konon."
Selang beberapa minit, Ijam menghampirinya dengan sejambak bunga.
"Happy birthday my naughty sweetheart." Jambangan bunga bertukar tangan.
"Tak guna punya orang. Dalam diam-diam buat surprise."
"Kalau Alisya tahu, bukan surprise namanya."
"Jahat tau." Alisya mencubit lengan Ijam.
"Jahat-jahat pun, sayangkan.."
"Uwek..." Iqbal dan Tasya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Tak sah kalau tak bertekak.
Ni semua rancangan Ijam termasuk Iqbal dan Tasya. Eh..ada lagi sorang, Amylia anak buah Iqbal. Dalam diam hatinya berdetik. Thank's abang Ijam...you are always in my heart.
*********************************************************************************
bersambung.........
Monday, October 19, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 7)....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 6)
*********************************************************************************
Tanpa disedari oleh Ijam, Alisya sudah lama berada di sisinya. Melihatkan airmata Ijam yang mengalir, dia membiarkan saja sehinggalah Ijam sendiri yang menyedari kehadirannya. Tangannya menyeka airmata agar Alisya tidak perasan. Alisya menghulurkan minuman yang dibelinya tadi.
"Tasya pernah bercerita dengan Alisya, kalau kita ada masalah...kita jangan pendam seorang diri. Kita kena kongsi dengan orang yang kita percayai. Kalau tak, hati kita akan sentiasa terbeban dengan apa yang kita pendamkan." Alisya bersuara, cuba menyelami apa sebenarnya yang menyebabkan lelaki ini menangis. Selama dia mengenali Ijam, tak pernah rasanya melihat Ijam menangis tapi tak tau pula kalau di belakangnya.
"Alisya ni, abang Ijam oklah." Ijam menafikannya.
"Bukannya baru semalam Alisya kenal abang Ijam, dah hampir 10 tahun. Bak kata orang, dah cukup lama untuk kita mengenal hati budi orang tu. Salah ke kalau seorang adik nak ambil berat pasal abangnya, Encik Mohd Izham Iskandar?"
Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Selama ini Tuan Harris sekeluarga dah banyak membantunya. Tapi sampai bila dia dan ibunya harus menumpang ehsan dari mereka.
"Kadang-kadang abang Ijam cemburu melihat orang lain ada ayah. Dah lama perkataan ayah itu tidak keluar dari mulut ni, Alisya....Entahlah." Bercerita tentang ayah, hatinya mudah tersentuh. Mudah menjadi sebak. Beban cinta terhadap ayahnya amat berat ditanggung.
"Alisya tahu beban yang abang Ijam tanggung. Tapi apa yang boleh Alisya katakan, pasti satu hari nanti abang Ijam akan bertemu juga dengan ayah. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa agar apa yang kita inginkan akan termakbul oleh-NYA." Alisya cuba memujuk.
"Tapi bila?"
"Abang Ijam yang Alisya kenal, tak pernal kenal erti putus asa. Tak macam ni. Perjalanan kita masih panjang lagi. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Alisya sendiri pun tidak pasti apa yang akan berlaku dalam diri Alisya di masa akan datang. Abang Ijam kena berani dan sabar menghadapi ujian ini. Janganlah macam ni." Ijam hanya senyap mendengar apa yang diperkatakan oleh Alisya.
"Janganlah macam ni. Abang Ijam kan hero idola Alisya." Alisya cuba mengembalikan senyuman di wajah Ijam. Dia tak mahu Ijam bersedih. Ijam mengeluh perlahan.
"Betul cakap Alisya. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu abang Ijam akan bertemu dengan ayah." Alisya tersenyum melihat Ijam.
"Yes...macam tulah hero idola Alisya."
"Thank's Alisya."
"Eh..salahlah, Doktor Alisya."
Ijam ketawa mendengar Alisya menggelar dirinya doktor Alisya. Begitu juga Alisya. Siapalah yang dapat menentukan apa yang akan berlaku di masa akan datang melainkan Allah Yang Maha Esa.
**********************************************************************************
bersambung.......
Wednesday, October 14, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 6)...
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 5)
**********************************************************************************
Udara pagi di tasik Desa Meranti terasa nyaman. Ijam dan Alisya mengorak langkah menyusur laluan yang sememangnya disediakan sebagai kemudahan untuk joging di sekitar tasik itu. Matahari sudah mula menampakkan dirinya dan mula menyebarkan cahayanya ke segenap ruang.
"Fuh...penatlah kalau dah lama tak joging." Keluh Alisya kepenatan.
"Abang Ijam biasa je."
"Amboi berlagaknya ayat. Kita 'stop' kat sini jelah." Ijam akur dengan permintaan Alisya. Mereka memilih kerusi kosong untuk meredakan kepenatan.
"Lepas ni nak sambung lagi tak?"
"Wooo...surrender. Silap-silap pengsan kat tengah jalan nanti."
"Lagi bagus. Nanti abang Ijam boleh tolong angkatkan." Ijam mengusik.
"Gatal." Jerit Alisya sambil mencubit lengan Ijam.
Disebabkan Alisya yang 'surrender' awal, jadi dia di suruh oleh Ijam untuk membeli sarapan.
"Huh...tak pe. Kali ni abang Ijam menang, lainkali jangan harap." "Kot ada lainkali tu cik Alisya." Alisya sempat menjelirkan lidahnya ke arah Ijam sebelum beredar.
Sementara menanti Alisya, Ijam menjadi pemerhati setia gelagat pengunjung di tasik itu. Anak matanya terhenti di hujung tasik. Kelihatan sebuah keluarga sedang menikmati sarapan bersama. Jauh di sudut hatinya, tersentuh melihat adegan itu. 10 tahun yang lalu, ayahnya pergi ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan. Setelah beberapa bulan menanti, ayahnya tidak pulang sehinggalah ke hari ini. Tiada khabar berita tentang ayahnya sehingga kini. Takdir telah menentukan segalanya. Ibunya terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan mereka berdua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani, ibunya telah mendapat kerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Harris, iaitu ayah Alisya. Tanpa perbezaan darjat, Tuan Harris dan Puan Mariana menganggap mereka berdua seperti saudara sendiri.
Tanpa disedari oleh Ijam........
********************************************************************************
bersambung...............
Tuesday, October 13, 2009
"WAJAH TERKINI - UMAIRAH.........."
Masih ingat lagi x wajah ini....wajah yg suatu ketika dulu telah menimbulkan perdebatan antara satu sama lain dalam friendster blog aku dulu bawah entry CINTA TERHALANG (UMAIRAH dan KEY_RUL)...kenapa???...Sesiapa yang pernah follow citer ni, pasti akan mengetahui kisah ini dan mengenali wajah ini.....hehehehehe...
"Sehingga kini mereka membawa haluan cinta masing2 yg tidak kesampaian....kesian....."
Monday, October 12, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - ( EPISODE 5)....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 4)
*********************************************************************************
Entah kenapa hari ini pula Puan Marlisa mahu kelas Sains 1 dan Sains 2 digabungkan untuk projek amali kimia. Alisya dan Tasya melangkah masuk ke dalam makmal yang dimaksudkan oleh Puan Marlisa. Mereka memilih "port" yang baik punya. Sengaja mereka memilih tempat di situ, kerana kedudukannya yang betul-betul di bawah kipas. Ketika sedang mengeluarkan buku nota kimianya, mata Alisya tertumpu kepada seorang budak lelaki yang sebaris dengannya. Macam pernah tengok je mamat ni, tapi kat mana yer....Ligat otaknya berfikir. Oppss...budak ni rupanya.
"Kau kenapa Alisya?" Tasya menyoalnya.
"Kalau kau nak tahu Tasya, tulah budak yang tolong aku masa kat tangga tadi."
"Ooooo...ye ke..."
Belum sempat nak suruh Irwan panggilkan, Puan Marlisa sudah masuk ke makmal. Batal program aku. Alisya tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pembelajarannya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Tasya menyiku Alisya setelah melihat gadis itu seakan berkhayal.
Tamat waktu Kimia, Alisya mengambil kesempatan untuk berjumpa pelajar tersebut.
"Err...awak.." Pelajar itu menoleh.
"Awak ni kan...yang tolong saya masa kat tangga tengahari tadi?" Tanya Alisya sedikit gugup. Pelajar itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Fuh..nasib baik tak salah orang.
"Saya Alisya, awak?"
"Adam Iqbal, panggil Iqbal je."
"Thank's ye pasal tadi. Kalau Iqbal tak tolong, mesti saya kat hospital sekarang."
"Perkara kecil je tu. Kebetulan saya lalu masa tu. Alisya kelas Sains 1 yer, kelas budak pandai?" Iqbal bertanya.
"Alah..sama je."
Di hujung luar pintu makmal, Tasya kelihatan gelisah. Dia dapat merasakan kelewatan untuk masuk kelas Mr.Chan. Ada yang kena berdiri luar kelas ni. Tasya menggerutu sendirian di dalam hati.
"Alisya...!" Jeritnya sambil menunjukkan jam di tangannya sebagai isyarat dah lewat.
Alisya melambaikan tangannya.
"Dia my bestfriend, Tasya. Mmmm..oklah. Rasanya dah lewat ni nak masuk kelas Mr.Chan. Faham-faham jelah. Kita jumpa lagi yer." Perbualan singkat mereka terhenti di situ. Alisya dan Iqbal melangkah menuju ke kelas masing-masing.
"Kalau kena berdiri kat luar kelas, kau belanja aku KFC." Tasya mengenakan syarat atas kelewatannya. Alisya hanya tersenyum mendengar bebelan Tasya.
**********************************************************************************
bersambung........
THE REAL MEANING OF WORD - FRIENDSHIP........
Dalam aku menjelajah blog2 org lain, aku tertarik dengan gambar ni..kenapa???...Gambar ini di letakkan bawah tajuk "FRIENDSHIP"...Aku dh wat survey dlm facebook, dan ramai yg memberikan pendapat masing2......different people have a different perception. Jadi kali ini aku letakkan di blog ni utk aku mengetahui pendapat korang tentang gambar yang diletakkan bawah tajuk "Friendship"....kenapa dan mengapa...apa pendapat korang sume........
Friday, October 9, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - ( EPISODE 4)....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 3)
**********************************************************************************
2 TAHUN KEMUDIAN.....
Hari ini merupakan hari terakhir bagi semua pelajar tingkatan 4 Sains untuk menghantar kertas kerja Biologi. Suasana di kelas Sains 1 agak riuh. Rata-rata pelajar sibuk menyemak kerja-kerja akhir agar tiada yang tertinggal termasuklah Alisya. Kalau tak, markahnya akan ditolak. Alisya bergegas menuju ke bilik guru. Dalam berlari-lari menaiki anak tangga, entah macam mana agaknya kaki kanannya tergelincir. Menyebabkan badannya tersadung ke hadapan. Nasibnya agak baik kerana tangannya sempat disambut seorang pelajar yang kebetulan sedang menuruni tangga. Alisya tergamam dengan insiden itu.
"Awak ok?" Pelajar itu bertanya selepas melepaskan pegangan tangannya.
"Errrr..ok." Alisya berasa malu yang teramat sangat lalu bergegas meninggalkan pelajar itu. Iqbal hanya memandang dan tersenyum melihat gelagat pelajar perempuan tadi.
**********************************************************************************
bersambung......
Wednesday, October 7, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 3)...
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 2)
******************************************************************************
Dia berkira-kira sama ada nak bagitau Ijam atau tak. Kalau 'orang tua' ni tau, confirm aku kene gelak sakan.
"Kalau tak nak cerita, tak pe." Ijam buat-buat merajuk.
"Dengan syarat..." Ijam memandang ke arahnya.
"Jangan ketawakan Alisya." Ijam mengangkat tangan sebagai isyarat yang dia tak akan ketawa walaupun hakikatnya dia akan ketawa juga. Dari A hingga Z, Alisya bercerita tentang isi surat tu. Seboleh-bolehnya Ijam menahan ketawa, tapi tak boleh jugak. Sudahnya terkeluar juga ketawanya. Kan, aku dah agak, tak boleh pakai janji mamat ni. Getus Alisya geram.
"Ada peminat rupanya adik abang ni." Melihat muka Alisya yang masam Ijam berhenti ketawa.
"Janganlah merajuk lagi. Penat abang Ijam nak pujuk."
"Taklah...ketawalah sampai keluar anak tekak tu."
"Betul Alisya suruh abang Ijam ketawa lagi..." Ijam mengajuk kembali ayat Alisya mengusiknya tadi. Alisya melemparkan bantal kecil yang berada di sebelahnya ke muka Ijam. Namun Ijam sempat mengelak. Mula-mula nak merajuk balik, tapi bila dengar Ijam ketawa, dia pun turut sama ketawa.
"Dahlah, lagi lama Alisya kat bilik ni, lagi gila dibuatnya."
"Eleh...gila-gila pun, orang kat bilik ni juga yang Alisya cari." Alisya menjelirkan lidahnya. Perasan.
Alisya berhenti di pintu dan menoleh ke arah Ijam.
"Kenapa?"
"Thank's, tolong Alisya tadi."
Ijam tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
**********************************************************************************
bersambung..........
"AKU JADI PELIK....."
Pergh...tajuk kali ni..."Aku jadi pelik". Kenapa???..aku jadi pelik mcm mane jenis org mcm ni boleh pas lesen memandu....Aku letakkan kat blog ni, kejadian2 yg menyebabkan aku jadi pelik....korang layan.....
- Pernah sekali aku br balik keje kat Alor Gajah, sampai kat roundboard Alor Gajah...tiba2 ada sorang minah ni bwk kete lwn arus. Sepatutnya kat roundboard kite ikut arah jam, ni x dia bantai lawan arah jam. Terkejut aku dibuatnya. Kete tu betul2 depan aku...hampeh...mujur aku smpt brek.. Sudahnya sume kete terpaksa berhenti coz nk kasi dia kuar dr roundboard tu. Menyemak betul...
- Putrajaya nyer roundboard dh lah besar. Ade satu teksi ni pun same kes mcm kat atas. Di belasahnya lwn arus. Sume kete hon..tp teksi tu buat mcm x bersalah...ape punye org la....
- Ni kes lg x leh bla. Aku rase dh mcm dlm filem. Mase ni br balik keje gak dr Bangi. Jalan lurus dua lane...ade kete ni laju giler mcm br lepas merompak, dia guna lane kanan tu utk jln mcm dia punye. Kitaorg yg lain ni terpaksa masuk lane kiri mengelak dr dilanggar dek kereta giler ni...Fuh...
Monday, October 5, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 2).....
Sambungan dari - KU BAWA MEMORI ITU (EPISODE 1)
*******************************************************************************
Usai menunaikan solat Zohor, Alisya turun menuju ke dapur.
"Maksu Timah nak ke mana?"
"Kalau dah anaknya sakit, takkanlah nak biarkannya tak makan, Alisya." Alisya tersenyum.
"Tak apalah Maksu Timah, biar saya je yang bawa ke bilik abang Ijam."
"Tak payahlah Alisya." Maksu Timah segan.
"Bukannya saya merangkak pun, Maksu Timah ni." Alisya membawanya ke bilik Ijam.
"Boleh masuk?" Ijam tersenyum menganggukkan kepalanya.
"Mmmm...sedapnya bau."
"Biasalah, lauk orang sakit memang sedap. Orang sakit kena makan makanan yang berkhasiat, barulah cepat sembuh. Ops, lupa pulak...jangan takut makan ubat."
"Alisya..." Alisya senyum mengejek. Bukan dia tak tahu, satu kelemahan Ijam ialah makan ubat.
"Baiklah, saya dengar semua nasihat doktor Alisya." Ijam terseyum nakal. Dia makan dengan berselera. Tanpa disedarinya, Alisya memerhatikan saja telatah Ijam makan. Jauh di sudut hatinya tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh Ijam untuk dirinya. Beruntung rasanya mendapat seorang abang yang amat menyayangi dirinya, walaupun Ijam bukanlah abang kandungnya. Hatinya berkata : ~Macam manalah andai satu hari nanti dia terpaksa berpisah dengan Ijam~...
"Alisya...Alisya..."
"Yup..err...dah habis makan?" Jawabnya sedikit gugup.
"Hai..merenung jauh nampak adik abang ni. Teringatkan Remy ke?"
"Mengarut je. Mana ada."
"Mana tau. Dalam diam-diam."
"Orang tak dengarlah." Alisya tetap tak mahu mengalah. Walaupun malu sebenarnya. Ijam mengalah.
"Apalagi...makanlah ubat tu. Takut ke?"
"Tak payah boleh tak?"
"Eh..eh..kalau tak makan ubat, macam mane nak baik. Abang Ijamkan hero idola Alisya. Takkan makan ubat pun takut."
Berbagai alasan diberi asalkan ubat tu tak masuk ke mulutnya. Namun akhirnya dia mengalah dek ugutan Alisya. Ubat itu ditelan jua.
"Yek...pahit..." Alisya ketawa melihat mimik muka Ijam selepas menelan ubat tu. Ijam bengang tengok Alisya mentertawakannya. Namun Alisya terus ketawa.
"Habis dah, ketawakan abang Ijam.."
"Kenapa..nak suruh Alisya ketawa lagi ke?" Nakal. Suara hatinya berkata.
"Alisya, boleh abang tanya sikit?"
"Banyak pun boleh."
"Tadi Remy ada sebut pasal surat. Dia tulis apa kat surat tu?"
**********************************************************************************
bersambung.......
REMOTE CONTROL vs HP.....
Al-kisah pada petang Sabtu hari tu, adik aku tgk tv. Di sebelahnya ada 2 brg iaitu hp ngan remote control yang same colour iaitu "grey". Tgh syok tengok tv, biasalah iklan. Adik aku nk tukar channel tv tu, tangannya menggapai remote. Tekan2, tak tukar gak channel tv tu. Aku dh gelak tgk die tekan2 x dpt. Rupa2 nya benda yang dia tekan tu.....ialah hp...hahahahahahah. Adik aku siap blh ckp.."eh salah, patutlah x leh tukar..along dh nmpk bukan nk bgtau...." HAHAHAHAHAHA....Alahai adik aku......
Thursday, October 1, 2009
KU BAWA MEMORI ITU - (EPISODE 1)...
TAHUN ITU : 1997
"Alisya! Ijam! Cepat sikit. Pak Hussien dah lama tunggu kamu berdua." Jerit Puan Mariana.
"Kamu berdua ni, kalau sorang lambat, dua-dua lambat." Mereka tersenyum mendengar bebelan Puan Mariana.
Pak Hussien memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolah. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berjalan beriringan masuk ke kawasan sekolah. Apabila loceng persekolahan bermula, mereka berpisah menuju ke kelas masing-masing. Alisya ke kelas 2 Anggerik manakala Ijam menuju ke kelas 3 Anggerik.
Waktu persekolahan berjalan seperti biasa. Tamat waktu persekolahan, berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah. Seperti selalu, Alisya dan Ijam menunggu di tempat biasa. Jam di tangan sudah menunjukkan 2.40 petang. Alisya mula gelisah.
"Abang Ijam, mana Pak Hussien ni?"
"Alisya ni macam tak biasa pulak. Kejap lagi sampailah tu." Ujar Ijam menenangkan Alisya.
Sementara menunggu ketibaan Pak Hussien, mereka bermain teka-teki.
"Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"
"Ala...itu teka-teki ke, soalan matematik?" Alisya tak puas hati dengan teka-teki yang diberi Ijam.
"Eh...teka-tekilah."
"Ish...susahnyer teka-teki tu. Erm.....ke selatan kot?"
"Tak...." Ijam menggeleng
"Jap yer....kalau ke kanan 180, ke kiri 270...ke belakang" Alisya meneka lagi.
"Tak jugak....." Ketawa Ijam melihat telatah Alisya mencari jawapan.
"Habis tu ape? semuanya bukan."
"Ntah...Alisya carilah sampai dapat"
Geram Alisya mendengarnya. Dahlah bagi teka-teki yang susah, pastu tak nak bagi jawapan.
"Dapat tak Cik Alisya?" Ijam mengusiknya. Muka Ijam di pandang.
"Dapat....lembu tu sekarang menghadap abang Ijam"
Ketawa besar Ijam dibuatnya mendengar jawapan Alisya. Lagi panas hati Alisya melihat Ijam ketawa.
"Maknanya, lembu tu Alisyalah yer. Sebab yang duduk kat depan abang Ijam sekarang adalah Alisya...." Alisya memukul lengan Ijam. Namun Ijam tak berhenti ketawa. Bengang betul aku ngan mamat sekor ni. Ada yang kene tembak ni. Melihatkan Alisya sudah menarik muka masamnya, barulah Ijam berhenti ketawa.
"Alisya..." Diam.
"Merajuk pulak dah. Habislah aku." Usik Ijam lagi. Namun sepi jugak.
Ijam menoleh. Alisya memalingkan mukanya. Diam membisu. Tiba-tiba......
"Alamak!"
Belum sempat nak bagitau Ijam, Remy and the geng dah menghampirinya. Ijam menoleh ke belakang.
"Hai Alisya, kau tunggu sape? Jomlah balik ngan aku"
"Kau ni Remy, tak nampak ke "bodyguard" dia ada kat sebelah tu. Tak pasal-pasal lebam biji mata kau nanti." Ketawa Remy mendengar usikan kengkawannya.
Ijam buat tak tahu dengan apa yang dikatakan oleh mereka. Kalau dilayan nanti, makin menjadi-jadi.
"Janganlah jual mahal. Nanti sampai ke tua tak de orang nak." Kata-kata Remy itu menjengkelkannya.
Alisya menarik tangan Ijam ke tepi menyebabkan Ijam terkebelakang. Ijam berasa kurang senang dengan tindakan Alisya. Tetapi Alisya memberi isyarat agar tidak masuk campur . Dia tidak mahu Ijam terlibat sama.
"Oit Remy!..mulut kau memang takde insurans ye." Remy tersenyum sinis. Sakit hati ALisya melihat senyuman sinisnya itu.
"Siapa suruh kau buang surat yang aku kasi tu" Remy tetap tidak mahu mengalah.
"Surat kata kau. Kalau kau bagi kat perempuan gila pun belum tentu dia nak baca. Macam budak sekolah rendah nak bagi surat." Giliran Alisya pula memerlinya.
"Kau memang tak sayang mulut. Budak ego." Tangannya ringan nak melempang Remy. Kurang ajar mamat ni. Namun Ijam sempat menahan tangannya dari singgah kat pipi Remy.
"Woi Ijam! Tak payah nak tunjuk herolah. Kalau kau berani, jomlah kita tengok siapa betul-betul hero." Kawan-kawan Remy menjadi batu api melagakan mereka berdua. Ijam memusingkan badannya tetapi dihalang oleh Alisya.
"Alisya, dia lelaki...." Belum sempat nak menghabiskan ayatnya, Remy menarik kolar bajunya menyebabkan Ijam terpusing ke hadapan dan ketika itu tumbukan Remy kena ke mukanya. Hampir terjatuh dibuatnya. Dia cuba berbuat baik namun Remy tetap dengan kekasarannya. Budak lelaki mana yang suka dirinya diperlekehkan. Pergelutan berlaku. Alisya cuba meleraikannya, namun tidak termampu kudratnya melawan kekerasan kedua-dua lelaki itu.
Melihatkan Remy seperti tidak bermaya, kawan-kawannya mula campur tangan. Air matanya mula bergenang melihat Ijam dibelasah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengasihani. Ketibaan Pak Hussien membuatkan Remy and the geng lari lintang-pukang.
"Woi! Kecik-kecik dah nak tunjuk samseng." Jerit Pak Hussien. Alisya segera mendapatkan Ijam.
"Ya Allah, apa dah jadi ni Alisya, Ijam?"
Pak Hussien memapah Ijam menuju ke kereta sambil dibantu oleh Alisya. Ijam dibawa ke klinik. Mujur tak luka teruk.
Tiba di rumah, Puan Mariana terperanjat melihat Ijam bertampal di dahi dan di tangan. Dia memanggil Maksu Timah.
"Apa dah jadi ni Ijam? Dengan siapa kau bergaduh ni?" Melihatkan Ijam teragak-agak nak menjawab, lantas Alisya menceritakan segalanya.
**********************************************************************************
bersambung.............
Subscribe to:
Posts (Atom)