Monday, April 6, 2009

MENYAHUT CABARAN....

Malam Ahad (4/3/2009) : Aku dilanda kebosanan yang melampau. Jadi untuk menghilangkan kebosanan aku bukak segala kotak yg ada dalam almari aku. Aku mulakan dengan kotak berwarna biru. Kotak yang menyimpan pelbagai khazanah sepanjang zaman persekolahanku dulu (1994 - 1999). Dalam aku mengisai2 isi kotak tu, mataku tertarik dengan 4 keping sampul surat yang berwarna biru dan pink. Mulutku mengukir senyum sendirian b'coz ade kisah menarik di sebalik surat tu....hehehehe...zaman persekolahan punyer citer.

Segala2 nyer bermula pada malam berlangsungnya Pertandingan Akhir Pesta Pantun Peringkat Kelas Menengah Atas. Aku ngan member sekelas lepak kat dewan utk tgk pesta pantun tu.. Ntah macam mana mulut aku gatal mengomel berkata, kononnya suka tengok salah sorang peserta lelaki merangkap senior kitaorg. Apabila sorang member aku, E, terdengar aku berkata demikian, dia mencabar aku kim slm kat senior tu (Aku namakan dia sebagai S)... cabaran giler....x penah dibuat org...tapi makin didesak makin tercabar pulak rasanyer. Siap ckp kalo sahut cabaran dia, belanja burger seminggu. Fuh...mase tu kalo org nk belanja burger seminggu dh kira bagus...zaman duduk asrama...

Balik dorm mlm tu aku pesan kat kakak bilik aku Kak Y, yg kebetulan sekelas dengan brother tu utk sampaikan salam and dia bersetuju nk sampaikan salam aku. Dalam kepala otak x pikir lain melainkan dpt mkn burger seminggu..heheheheh

Keesokkan harinya...balik dr sekolah, Kak Y....balik dengan gembira. Pelik bin ajaib. Kak Y jumpa aku dan berkata 'S' kim slm balik kat ko and nk kenal ko..HUA....terkejut beruk aku dan dalam mase yg same member aku pulak yg menjerit. Dalam hati aku terdetik..niat nk sahut cabaran tp dia nk kenal aku pulak....adush....Member aku cabar lagi, (cubelah kenal dia)...hampeh punye kawan, dia yg mulakn dulu aku yg kene. Tp best gak...hehehe (x leh pakai fikiran aku mase tu. Fikiran budak2 lagi...)

Dalam menyahut cabaran member aku, 'S' telah menjadi salah seorang sumber inspirasi aku yang paling banyak mencabar aku dalam pelajaran. Salah satu cabaran yang aku x leh lupe....'S' seorang yang terror dalam subjek Sejarah dan dia mencabar aku utk dptkan A1 utk Subjek Sejarah dalam SPM nnt (Subjek yang perlukan kesabaran dlm menghayatinya...huhuhu) dan aku berjaya menyahut cabaran itu, buktinya dalam SPM aku dpt A1 dlm subjek Sejarah......heheheh......Siapa sangka....

"Bila difikir2 balik...kadang2 apabila dicabar ianya memberi inspirasi positif pada diri kita. Tetapi kadang2 apabila dicabar ianya memeningkan kita..... heheheh.....Think about it....."

Ingatan buat kalian :
Ikhlas buat member aku 'E' - Aku sahut cabaran itu....
Ikhlas buat my roomate 'Kak Y' - Thank's coz jadi org tengah....
Ikhlas buat senior aku 'S' - Thank's for everything....."I can do it"

Friday, April 3, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH.....

Hari ini dalam sejarah....
  • Secara langsung di TV3, tampuk kepimpinan negara bertukar tangan. Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke -6 serta sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.....
  • Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.....
  • Isteri Datuk Seri Abdullah, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara......
Sumber fakta : http://www.bharian.com.my/

Thursday, April 2, 2009

ANGGERIK DESA.....









  • Entry hari ini aku titipkan kerana teringat seorang member lama aku yang menggunakan nama penanya......Anggerik Desa......aku pun mencari apa itu anggerik desa dan aku menjumpainya....korang hayatilah fakta kat bawah ni....hehehe
  • Nama bunga kat atas ni anggerik desa....
  • Nama saintifiknya.....Dendrobium Crumenatum....
  • Nama lainnya : Orkid merpati, sepulih anggerik, sakat harum, tokmaisi, pigeon orkid, orkid desa, white dove orchid, daun seputih tulang, anggerek bawang, bunga angin...

  • Sejenis tumbuhan epifit....pokok penumpang yang tidak akan menyerap makanan dari pokok yang ditumpangnya kerana ia mampu membuat makanannya sendiri...
  • Antara pokok yang biasa ditumpang ialah...pokok durian, pokok getah dan pokok kelapa sawit.....
  • Berwarna putih dan baunya tersangat harum, tetapi sayangnya keharuman anggerik desa hanya bertahan selama 2 hari...
  • Banyak mengeluarkan bunga selepas hujan lebat yang turun selepas cuaca panas berpanjangan....
  • Kegunaannya dalam perubatan : air yang dikeluarkan daripada batangnya digunakan untuk mengubati sakit telinga...



Wednesday, April 1, 2009

NICE SAYING....


Aku dpt "nice saying" ni dr member aku, Farah via email...dlm banyak2 ayat, aku paling suke yg ini....korang hayatilah......

Tuesday, March 31, 2009

END OF MARCH...

Pejam celik....pejam celik....dh nak habis bulan 3. Sekejap je rasenyer mase berlalu. Utk entry kali ini aku himpunkan cerita yang aku x sempat nk update sepanjang bulan 3...heheheheh

1) Earth Hour.......



2) Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2009.......



3) Teman member aku Fidah, pegi pameran pengantin kat PICC on Saturday.....
4) Aku diserang batuk........hua,hua,hua.....

Thursday, March 26, 2009

BAHASA PERANCIS......

Pagi ni aku sedang leka membaca novel "Lagu Cinta" karya Iejay Zakaria. Tiba-tiba mata aku tertarik dengan 2 perkataan ni...aku rasa org dh ramai tahu, tp aku nk bagitau gak..hehehehe...

'Je vous aime' - Saya sukakan kamu
'Je t'aime' - Saya cintakan kamu

Wednesday, March 25, 2009

ITU PENDAPAT AKU...."A.I.T vs C.K.D.A"

ANDAI ITU TAKDIRNYA......... (A.I.T)

CINTA KAU DAN AKU....... (C.K.D.A)


Aku sudah selesai membaca karya kedua Siti Rosmizah "Cinta Kau dan Aku". Apa yang aku boleh katakan karya kedua ni bagi aku biase je lah. Tak sehebat karya pertama dulu "Andai itu Takdirnya". Itu pendapat aku...x taulah pendapat org lain..heheheh.....

Monday, March 23, 2009

SLUMDOG MILLIONAIRE






Memang best.....especially babak Jamal semasa kecil nak dapatkan tandatangan Amitabh Bachchan....memang kelakar....and babak menari....heheheheh....Jai Ho.....

Wednesday, March 18, 2009

BAKAT KREATIF AKU.....

Hallo...dh lama aku x update blog ni. Bukan x nak update tp busy sesangat. Hehehe...so utk tatapan korang aku masukkan entry gubahan yang aku buat utk hantaran tunang adik aku..saje je nk test bakat kreatif aku...heheheheheh















Wednesday, March 11, 2009

AMALAN MENDAPATKAN JODOH...

(i) Baca ayat 36 surah Yasin
"Maha suci Tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan, baik daripada apa yang tumbuh di bumi dan daripada diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

Baca dan hembuskan ke tapak tangan. Kemudian sapukan tapak tangan itu ke muka. Amalkan setiap kali sebelum keluar rumah.

(ii) Amalkan membaca surah Toha pada setiap hari

(iii) Doa memilih jodoh
"Ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku, maka mudahkanlah urusanku dengannya. Namun sekiranya dia bukan jodohku, jauhkan dia daripadaku, dan berikanlah aku kekuatan serta keikhlasan bagi menerima apa jua ketetapanmu. Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala yang terbaik untukku."

Cara-cara melakukannya:
Lakukan sembahnyang sunat istikharah iaitu sembahyang sunat untuk memilih. Sembahyang ini sering dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila beliau hendak memilih antara dua pilihan terbaik. Sembahyang sunat sebanyak dua rakaat seperti biasa. Pada sujud terakhir ataupun selepas sembahyang, bacakan doa ini.

*SUMBER ILMU : Buku "Di bawah Payung Aishah : Tip-tip poligami / Imran Yusuf

Tuesday, March 10, 2009

TERSALAH CAKAP...

Kadang2 kita boleh tersalah cakap....bagaimana ianya terjadi?????? Bila tersalah cakap adakalanya boleh mengundang ketawa.....

Peristiwa pertama:

Sepanjang minggu lepas Perkhidmatan Pemulangan Buku Layan Diri rosak. Jadi student memulangkan buku di kaunter. Datang seorang student bertanya....

Student : Bila mesin rosak lagi?

Aku : (confuse dgn soalan tu dan tanya dia soalan yang sama) Bila mesin rosak lagi????

Student : Eh...Mesin tu rosak lagi ke kak?...(tersenyum)

Aku : (Ketawa sambil menjawab soalan tu..) Heheheh


Peristiwa kedua:

Hari ini aku bertugas di kaunter. Datang seorang student untuk membuat pemulangan buku dan ingin meminjamnya kembali..dalam ayat senangnya nak "renew" balik buku tu...

Student: Kak..buku ni saya nak pinjam dan pulang balik...

Aku: Hah...

Student : Eh silap...buku ni saya nak pulangkan dan pinjam balik...(ketawa setelah menyedari dirinya tersilap cakap)

Aku: Tulah...saya pun terperanjat dengar awak cakap...(tersenyum)

Wednesday, March 4, 2009

KAMPUNGKU BANJIR.......

Semalam baca Utusan Malaysia (3/4/2009), terpampang muka surat depan gambar ni. Macam pernah tengok. Lepas baca artikel ni baru tau kampungku banjir. Actually x lah kene kat umah aku. Cuma yang banjir ni kat area pekan kampung aku. Tapi kalau Pekan Lubuk Cina banjir memang susah nak geraklah. Tiba-tiba teringat masa raya haji dulu. Hehehehe.....banjir.....oh...banjir.. Memang kalau hujan lebat x sah kalau Lubuk Cina x banjir......