Kadang2 kita boleh tersalah cakap....bagaimana ianya terjadi?????? Bila tersalah cakap adakalanya boleh mengundang ketawa.....
Peristiwa pertama:
Sepanjang minggu lepas Perkhidmatan Pemulangan Buku Layan Diri rosak. Jadi student memulangkan buku di kaunter. Datang seorang student bertanya....
Student : Bila mesin rosak lagi?
Aku : (confuse dgn soalan tu dan tanya dia soalan yang sama) Bila mesin rosak lagi????
Student : Eh...Mesin tu rosak lagi ke kak?...(tersenyum)
Aku : (Ketawa sambil menjawab soalan tu..) Heheheh
Peristiwa kedua:
Hari ini aku bertugas di kaunter. Datang seorang student untuk membuat pemulangan buku dan ingin meminjamnya kembali..dalam ayat senangnya nak "renew" balik buku tu...
Student: Kak..buku ni saya nak pinjam dan pulang balik...
Aku: Hah...
Student : Eh silap...buku ni saya nak pulangkan dan pinjam balik...(ketawa setelah menyedari dirinya tersilap cakap)
Aku: Tulah...saya pun terperanjat dengar awak cakap...(tersenyum)
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment