Malam Ahad (4/3/2009) : Aku dilanda kebosanan yang melampau. Jadi untuk menghilangkan kebosanan aku bukak segala kotak yg ada dalam almari aku. Aku mulakan dengan kotak berwarna biru. Kotak yang menyimpan pelbagai khazanah sepanjang zaman persekolahanku dulu (1994 - 1999). Dalam aku mengisai2 isi kotak tu, mataku tertarik dengan 4 keping sampul surat yang berwarna biru dan pink. Mulutku mengukir senyum sendirian b'coz ade kisah menarik di sebalik surat tu....hehehehe...zaman persekolahan punyer citer.
Segala2 nyer bermula pada malam berlangsungnya Pertandingan Akhir Pesta Pantun Peringkat Kelas Menengah Atas. Aku ngan member sekelas lepak kat dewan utk tgk pesta pantun tu.. Ntah macam mana mulut aku gatal mengomel berkata, kononnya suka tengok salah sorang peserta lelaki merangkap senior kitaorg. Apabila sorang member aku, E, terdengar aku berkata demikian, dia mencabar aku kim slm kat senior tu (Aku namakan dia sebagai S)... cabaran giler....x penah dibuat org...tapi makin didesak makin tercabar pulak rasanyer. Siap ckp kalo sahut cabaran dia, belanja burger seminggu. Fuh...mase tu kalo org nk belanja burger seminggu dh kira bagus...zaman duduk asrama...
Balik dorm mlm tu aku pesan kat kakak bilik aku Kak Y, yg kebetulan sekelas dengan brother tu utk sampaikan salam and dia bersetuju nk sampaikan salam aku. Dalam kepala otak x pikir lain melainkan dpt mkn burger seminggu..heheheheh
Keesokkan harinya...balik dr sekolah, Kak Y....balik dengan gembira. Pelik bin ajaib. Kak Y jumpa aku dan berkata 'S' kim slm balik kat ko and nk kenal ko..HUA....terkejut beruk aku dan dalam mase yg same member aku pulak yg menjerit. Dalam hati aku terdetik..niat nk sahut cabaran tp dia nk kenal aku pulak....adush....Member aku cabar lagi, (cubelah kenal dia)...hampeh punye kawan, dia yg mulakn dulu aku yg kene. Tp best gak...hehehe (x leh pakai fikiran aku mase tu. Fikiran budak2 lagi...)
Dalam menyahut cabaran member aku, 'S' telah menjadi salah seorang sumber inspirasi aku yang paling banyak mencabar aku dalam pelajaran. Salah satu cabaran yang aku x leh lupe....'S' seorang yang terror dalam subjek Sejarah dan dia mencabar aku utk dptkan A1 utk Subjek Sejarah dalam SPM nnt (Subjek yang perlukan kesabaran dlm menghayatinya...huhuhu) dan aku berjaya menyahut cabaran itu, buktinya dalam SPM aku dpt A1 dlm subjek Sejarah......heheheh......Siapa sangka....
"Bila difikir2 balik...kadang2 apabila dicabar ianya memberi inspirasi positif pada diri kita. Tetapi kadang2 apabila dicabar ianya memeningkan kita..... heheheh.....Think about it....."
Ingatan buat kalian :
Ikhlas buat member aku 'E' - Aku sahut cabaran itu....
Ikhlas buat my roomate 'Kak Y' - Thank's coz jadi org tengah....
Ikhlas buat senior aku 'S' - Thank's for everything....."I can do it"
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment