Wednesday, March 11, 2009

AMALAN MENDAPATKAN JODOH...

(i) Baca ayat 36 surah Yasin
"Maha suci Tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan, baik daripada apa yang tumbuh di bumi dan daripada diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

Baca dan hembuskan ke tapak tangan. Kemudian sapukan tapak tangan itu ke muka. Amalkan setiap kali sebelum keluar rumah.

(ii) Amalkan membaca surah Toha pada setiap hari

(iii) Doa memilih jodoh
"Ya Allah, sekiranya dia adalah jodohku, maka mudahkanlah urusanku dengannya. Namun sekiranya dia bukan jodohku, jauhkan dia daripadaku, dan berikanlah aku kekuatan serta keikhlasan bagi menerima apa jua ketetapanmu. Sesungguhnya engkau maha mengetahui segala yang terbaik untukku."

Cara-cara melakukannya:
Lakukan sembahnyang sunat istikharah iaitu sembahyang sunat untuk memilih. Sembahyang ini sering dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila beliau hendak memilih antara dua pilihan terbaik. Sembahyang sunat sebanyak dua rakaat seperti biasa. Pada sujud terakhir ataupun selepas sembahyang, bacakan doa ini.

*SUMBER ILMU : Buku "Di bawah Payung Aishah : Tip-tip poligami / Imran Yusuf

2 comments:

Anonymous said...

bosss bikin amalan yg bnar and jelas donk!!!!

Penakumenulis said...

ANONYMOUS:
Tq...:-)