Tuesday, March 9, 2010

1.4.3.7.... - PART 3 -


Sambungan dari PART 2......

*********************************************************************************

Pagi ini, entah kenapa jam locengnya tidak berbunyi. Sudahnya dia terjaga jam 6.30 pagi. Huh..dah lambat. Bergegas dia bersiap. Setelah memastikan semuanya dikunci, Qairien memanaskan enjin keretanya.
Biar betul tayar ni..pancit. Ah sudah. Dahlah hari ini ada pembentangan. Qairien membebel sendirian memarahi dirinya sendiri. Tasya out-station pula. Qairien merungut lagi. Kepalanya ligat mencari sesiapa yang sudi menolongnya. Beberapa saat kemudian, dia tersenyum. Nombor Alan didail.
"Hello makcik, kau mimpi apa call aku pagi-pagi ni?" Suara Alan kedengaran.
"Alan, aku nak minta tolong. Tolong ambil aku kat rumah. Tayar kereta aku pancit. Hari ini aku ada pembentangan. Please."
"What! Tayar kereta kau pancit. Oklah. Kau tunggu, sekejap lagi aku sampai."
"Ok. Thank's my friend."
"Kau belanja aku Nando's." Alan sempat lagi mengusik Qairien.
"Iyelah. Aku janji belanja kau."
Alan tiba tepat seperti yang dijanjikannya untuk menumpangkan Qairien. Bukannya jauh rumahnya dengan Qairien.
"Balik nanti aku tolong kau tukarkan tayar tu."
"Thank's Alan. Kalau kau tak ada, confirm aku terlepas pembentangan hari ini." Qairien tersenyum bila Alan sudi menolongnya.
"Aku kan bestfriend kau."
"Iyelah. Kaulah bestfriend aku selama-lamanya." Qairien menjawab.
"Bestfriend je. Not more than that?"
Terdiam seketika Qairien mendengarnya. Dia tahu Alan bergurau. Tapi bagi dirinya, mengharapkan Alan tidak bergurau.
Alan perasan air muka Qairien berubah lantas bersuara.
"Qairien, aku gurau jelah. Aku tau taste kau macam mana."
"Aku tahu kau bergurau. Tu yang malas aku nak layan." Qairien cuba menutup kegugupannya. Walaupun demikian, Qairien tidak tahu yang Alan perasan riak wajahnya yang berubah.

**********************************************************************************

bersambung.....

Friday, March 5, 2010

1.4.3.7.... - PART 2 -


Sambungan dari PART 1......

******************************************************************************

Benar tekaannya siang tadi. Kata-kata itu ada kaitan dengan kad yang diterimanya semasa di Tingkatan 3 dulu. Dicantumkan lalu menjadi satu madah yang lengkap.

Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah

Saya suka tengok dia


Ada seorang budak perempuan

Dia budak kelas sebelah

Hari-hari saya nampak dia


Itu kisah dulu kala

Saat kali pertama aku tengok dia


Kini dia masih seperti dulu

Sentiasa dekat dengan aku


Kenangan 12 tahun yang lalu menjelma di mindanya.
Tamat waktu Pendidikan Jasmani, semua berkejar-kejar menuju ke bilik air. Qairien dengan malasnya melangkah ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia menarik beg yang diletakkan bawah mejanya, sekeping kad berwarna merah jambu jatuh ke lantai. Lantas diambil kad itu.

Untuk awak, Qairien.

Pelik. Qairien memandang ruang kelasnya. Tiada siapa yang boleh disyaki. Namun kad itu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa.
Dan kini, setelah 12 tahun peristiwa itu berlalu, insan misteri ini muncul kembali. Seolah-olah mengekorinya. Macam sumpahan. 1.4.3.7..apa maknanya? Siapa dia ni?
Argh..pening kepala Qairien. Hatinya tergerak untuk membuka e-mailnya. Tepat gerak hatinya. Ada mesej yang dikirim 1.4.3.7 buat dirinya.

Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH,

Mendengarkan kata-katanya menambah ilmu,

Terlihat gerak-gerinya meninggalkan taku kepada ALLAH,

Berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH....


Ikhlas dari saya:

1.4.3.7...


****************************************************************************

Qairien melangkah ke biliknya. Namun hari ini tidak seperti hari-hari biasa sebelumnya. Qairien dapat merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku pagi ini. Semua stafnya menghadiahkan senyuman penuh makna ke arahnya. Ada juga yang berbisik-bisik. Qairien mula berasa sangsi. Langkahnya dipercepatkan agar tidak menjadi perhatian. Sampai di bilik, dia melihat baju yang dipakainya. Takut-takut ada yang terkoyak. Tiada pula. Kenapa pelik senyuman diaorang hari ini. Qairien menggelengkan kepalanya. Namun untuk seketika, menjadi pelik sekali lagi apabila matanya melihat sejambak bunga yang berada di atas mejanya. Gulp. Siapa pula yang bagi bunga pagi-pagi buta ni. Perlahan dia menuju ke mejanya. Terselit sekeping kad bersaiz kecil. Ada nota di dalamnya.



"Salam Ukhwah..."
~ ADAM7 ~

Adam....bibirnya menyebut nama itu. Ntah-ntah inilah yang disenyumkan oleh stafnya. Dah kenapa dia nak bagi aku bunga. Salah orang ke si Adam ni. Leka dia seketika sampai tak sedar Alan menjengah.
"Wah, senyum sorang-sorang nampak?" sergah Alan
Qairien terperanjat. Fuh..semangat.
"Oooo..patutlah tak perasan aku datang, dapat bunga rupanya. Dari siapa tuan puteri?"
Tanpa bersuara, Qairien mengerlingkan lirikan matanya ke arah luar menghala ke sebelah bilik Alan. Terperanjat Alan melihat bilik yang dimaksudkan oleh Qairien.
"Adam.....bagi kau bunga. Kau biar betul Qairien."
"Apa yang tak betulnya. Takkan bunga ni berjalan sendiri masuk bilik aku pulak." Qairien menjawab.
"Dush untuk kau. Kalau bunga ni berjalan, satu office ni lari." Alan membalas.
"Dah tu?"
"Buang tabiat ke mamat tu?" Alan berasa pelik.
"Kalau kau pelik, aku sejuta kali pelik. Dah kenapa pulak dia nak bagi bunga kat aku." Qairien juga seperti Alan.
"Wah. Pantas sungguh Mohd Adam Adli."
"Apa yang pantas?" Tanya Qairien.
"Maksud aku, Adam lebih pantas bertindak dari aku. Aku baru nak tackle kau. Tapi dia dah mula dulu."
"Kau kan...." Cubitan halus singgah dilengan Alan.
"Adoi...sakitlah Qairien, meh aku cubit kau nak?"
Pantas Qairien menggeleng. Ketawa besar Alan apabila melihat Qairien meminta maaf lagak seperti orang nak menghadap sultan. Qairien juga ketawa. Dia tahu Alan bergurau.
Lupa seketika Qairien pada kiriman bunga itu. Namun tanpa disedari oleh mereka berdua, ada sepasang mata yang memerhati keakraban mereka dari jauh. Terbit perasaan cemburu di sudut hatinya. Dia tidak tahu mengapa .

**********************************************************************************

bersambung........

Monday, March 1, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL....


MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SALAM MAULIDUR RASUL

Thursday, February 25, 2010

INI APA?....


CUBA TEKA INI BUAH APA?...KERANA ADA KISAH LUCU TENTANG BUAH INI....TAK TAULAH INI BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI BUAH ATAU SAYUR?.....

p/s: Gummybear...pinjam jap gambar ni yer nak wat survey.....:-)

Tuesday, February 23, 2010

1.4.3.7.... - PART 1 -


1.4.3.7....PERJALANAN CERITANYA BERMULA.......


****************************************************************************

Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia

Kini dia masih seperti dulu
Sentiasa berada dekat dengan aku

Ikhlas dari saya :
1.4.3.7.......

Degupan jantungnya laju taktala melihat email yang diterimanya. Diteliti alamat email itu, 1.4.3.7@yahoo.com. Siapa dia 1.4.3.7 sebenarnya? Mindanya menyingkap kata-kata pada kad yang pernah diterimanya 12 tahun dahulu. Pengirim misteri ini mesti satu sekolah dengan aku dulu. Tapi siapa? Pandangannya dihalakan ke luar biliknya melalui cermin yang menjadi dinding antara bilik dan ruang luar. Masing-masing sibuk dengan kerja. Beberapa minit kemudian, pintu biliknya terbuka. Kelihatan Tasya tersenyum memandang ke arahnya.
"Breakfirst?"
Qairien memberi isyarat jari lima minit untuk dia mengemas barang-barang di atas meja.
"Alan mana?" Qairien bertanya setelah melihat sahabat baiknya itu tidak kelihatan mengekori mereka berdua. Kalau tak, dialah orang pertama yang menjengah bilik aku.
"Dia tunggu kita kat bawah."
Saat mereka berdua melewati bilik Alan dan Adam, ada suara memanggil namanya. Ditoleh ke belakang.
"Qairien, nak join breakfirst boleh?" Adam tersenyum menampakkan baris giginya yang cantik tersusun.
"Kau ni Adam, join jelah. Bukannya salah pun." Tasya menjawab.
"Entah kau ni, siap nak minta kebenaran pula. Jomlah. Alan tunggu kita kat bawah." Qairien menyambung.

*********************************************************************************

bersambung......

Thursday, February 18, 2010

AKU CINTA ALLAH...



~ Hayatilah...fikirkanlah...renungkanlah...setiap lirik yang ditulis....AKU CINTA ALLAH ~

Wednesday, February 17, 2010

PERJALANAN HIDUP.......

Kadang kala kita merasakan perjalanan hidup ini terlalu panjang
Kadang kala kita merasakan perjalanan hidup ini terlalu singkat
Seringkali kita diuji dengan dugaan dan cabaran kehidupan
Ketabahan dan kesabaran di hati menjadi benteng utama
Berbekalkan doa yang dititipkan kepada Allah s.w.t
Pasti gelora kehidupan dihadapi dengan redha......

p/s : Ada kisah yang tersembunyi, tidak dapat dihuraikan dengan kata2, hanya nukilan ini dilakar buat ketenangan yang membelenggu minda dan jiwa..... :-)

Thursday, February 11, 2010

ENTRY KHAS : AKU JADI MARAH BILE........


Apa jenis manusia yang buang anak macam ini rupa. Woi..binatang pun tahu sayang anak tau. Manusia diberi akal dan fikiran untuk menilai kebaikan dan keburukan, tp kenapa perangai manusia lebih dahsyat dari binatang. Apa dosa 'baby' nie?....huhuhuhuhuhuhu

p/s : Aku jadi MARAH bile tgk org buang budak sesuka hati je....aduhai...insaflah manusia...(peringatan untuk diri sendiri jugak..minta dijauhkan). GAMBAR TU MMG AKU SENGAJA BESARKAN, BIAR ORG LAIN DAN AKU SENDIRI SEDAR BETAPA KEJAMNYA MANUSIA ITU.....

Friday, February 5, 2010

"1.4.3.7... - PROMO - * v * "


12 tahun yang lepas.....

Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah

Saya suka tengok dia


Ada seorang budak perempuan
Dia budak kelas sebelah

Hari-hari saya nampak dia


Ikhlas:
1.4.3.7.....


******************************************************************************
12 tahun kemudian...

Itu kisah dulu kala
Saat kali pertama aku tengok dia


Kini dia masih seperti dulu

Sentiasa berada dekat ngan aku

Ikhlas:
1.4.3.7.....


****************************************************************************

1.4.3.7....seorang insan misteri yang hadir dalam hidup Qairien sejak dulu lagi. Namun rahsia itu disimpan sehinggalah insan ini muncul semula 12 tahun kemudian. Tapi, siapakah gerangannya masih menjadi persoalan bagi Qairien.
Benarkah tekaan sahabat baiknya, Tasya : "Aku rasa orang ini dekat dengan kau"
Siapakah dia 1.4.3.7.....??????

Wednesday, February 3, 2010

"1.4.3.7.... - SESI PENGENALAN - *V* "


~ MOHD FAIRUZ SHAZLAN ~
~ MOHD ADAM ADLI ~
~ NUR QAIRIEN YUSRIEN ~


Alan....Adam....Qairien.......adalah 3 watak yang direka menjadi satu cerita. Cerita suka2 yang lahir dari khayalanku..lantas diterjemahkan melalui 3 watak ini.. Ada suka, ada cemburu, ada pengorbanan, ada yang terluah, ada yang memendam, ada persoalan, ada jenaka, ada harapan, yang bakal dititipkan dalam kisah kali ini... *v*

Tuesday, February 2, 2010

"NUKILAN HATI ARISSA" - {9}


2 FEBRUARI 2010 - ARISSA ADA PRESENTATION


Huh...penatnyer sejak akhir2 ni. Rindunya kat diari ni, sebab dh lama tak menjengahnya.:-). Minggu ni Arissa ada presentation. So kene wat report, power point. Fuh..... Presentation...alahai, dh lame tak buat presentation, jadi takut pulak...huhuhuhu.... Belasah jelah..yang penting confident..betul atau salah belakang cerite heheheheheheh...

Sisipan Arissa : "Kau belasah je Arissa.....yang penting confident..betul atau salah belakang cerite" (Si dia selalu cakap mcm tu dulu, bila aku nak wat presentation) huh...si dia lagi... :(

~ NUKILAN HATI ARISSA ~

Monday, February 1, 2010

PERBEZAANNYA.....

Hari ini dengan bangganya, aku pergi kerja dalam suasana tenang. Sebab apa???...sebab hari ini cuti hari wilayah.

Hari biasa : pergi kerja pukul 6.45 - smp opis pukul 7.40
Hari ini (cuti hari wilayah) : pergi kerja pukul 7.00 - smp opis pukul 7.30

Kalau terlewat hari biasa : pergi keje pukul 7.00 confirm smp opis pukul 8 lebih...

Bayangkan perbezaannya...huh..jem mmg punca segalanya.... maknenya aku tak boleh lewat 15 minit waktu biasa....huhuhuhu..