Monday, August 22, 2011

MOOD : DARWISH vs ARISSA.....

*******************

Ini adalah satu coretan kesinambungan dari kisah CORETAN SEORANG PERINDU....

Darwish dan Arissa kembali bergabung bagi watak-watak dalam kisah ini.....

dan CORETAN SEORANG PERINDU 2 pun bermula....

**********************

Imran meneruskan langkahnya agar jejak yang diekori tidak hilang dari pandangan matanya. Dia pasti dengan gerak hatinya. Itulah orang yang dicari selama ini. Jejak itu semakin lama semakin laju, seakan mengetahui dirinya diekori. Namun, semakin lama dia cuba memperlahankan langkahnya. Begitu juga dengan orang yang mengekorinya.
“Mohd Darwish Zacquan?”. Suara itu memanggil namanya.
Darwish menoleh. Dilihat wajah insan yang memanggilnya itu. Lama dia merenung wajah itu. Wajah seorang sahabat yang banyak menolongnya suatu ketika dahulu disaat dia membawa hati yang lara.
“Imran?”
“Ya Darwish, aku Imran. Sahabat yang kau tinggalkan 5 tahun dulu. Terperanjatkan, aku boleh jumpa kau. Dunia ni kecil je Darwish, jauh mana kau merajuk dan lari, pasti akan ketemu jua.”

******************************************

*notes : masih dalam proses menyulam idea dan ini hanya mood intro sebelum sampai ke penghujungnya...:-)

Friday, August 19, 2011

PELUANG KEDUA (2)......

Peluang kedua itu hanya akan hadir setelah hati kita benar-benar memaafkannya. Jika tidak, peluang kedua itu takkan hadir selagi kepercayaan itu masih diragui....think about it...:-)

Monday, August 15, 2011

KITA SERING KALI BERTANYA....


Kita sering kali bertanya:
"Kenapa kita tidak dapat apa yang kita idam-idamkan?"
Al-Quran menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah al-Baqarah, ayat 216....

Friday, August 12, 2011

LILY OF THE VALLEY FLOWER......


Beautiful flower....

Sumber : Klik di sini....

Tuesday, August 9, 2011

IDEA SEORANG SAHABAT.....

Seorang sahabat tuan umah, Farah Eiza memberi idea di FB :

"Nor Ilyah heheeheheheh di antara cinta dan kasih........ bla bla... citer terbaru ek.."

**********************************************************************

Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri… menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan

Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa

Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka… oh sayangku

p/s : { Antara Cinta dan Kasih........mencari idea....blur jap....hehehehehe...Farah, tlg bg idea leh...:-) }

Monday, August 8, 2011

HATI & CINTA....

Tuhan memberi kita….
Dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
dan Dua mata untuk melihat,
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya cinta…..

Sunday, August 7, 2011

PELUANG KEDUA.....



Kenangan silam datang menjengah...tidak mahu aku ingati namun ianya tetap menjengah. Kenangan membuatkan aku seakan terfikir dan berpegang pada peribahasa ini; jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Belajar untuk memberi peluang kedua kepada hati dan diri sendiri...

p/s : {pergh..tuan umah nyer ayat..hehehehe..*credit tuk "TULIP INI UNTUK AWAK"...Tuan umah dalam mood menyambung cerita ini...:-)}

Wednesday, August 3, 2011

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI...

Aku masih mencari kesempurnaan diri. Aku masih tertanya-tanya siapakah aku di dalam diri aku sendiri. Aku memikirkan siapakah yang akan memahami diri aku ini. Persoalan demi persoalan bermain di dalam fikiran sampaikan kadang aku terasa seperti takut pada bayang-bayang sendiri. Kepastian itu sendiri aku ragui kebenarannya ataukah aku yang tidak yakin dengan kehendak diri sendiri....kadang-kadang kenangan silam seringkali menghantui diri sehinggakan kepercayaan itu hilang...benarkah begitu??????

9.57 malam

Apabila seseorang mula mencari satu identiti untuk dirinya......

*credit untuk : "TULIP INI UNTUK AWAK"..:-)

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN MENJENGAH....

Semoga Ramadhan kali ini, tuan umah dapat menghadapinya dengan tabah dan sabar dalam melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini....Amin...

p/s : { terasa kehilangan insan tersayang buat Ramadhan kali ini }

Friday, July 29, 2011

HARIMAU MALAYA....:-)


Biarpun tewas, tuan umah bangga menjadi rakyat Malaysia. Lautan penuh penyokong2 Malaysia adalah petanda mereka percaya Harimau Malaya boleh bangkit mencipta kegemilangan suatu hari nanti..go..go..go..cayuk Harimau Malaya...

  • TERBAIK buat goalkeeper Malaysia....you are the best..:-)

  • Semua pemain Harimau Malaya adalah anak jati Malaysia..bangga seh orang Malaysia main. Tak payah nk import pemain. hahahahahha

  • Suka tengok penyokong Malaysia penuh kat stadium....(walaupun tuan umah tgk kat tv je...hehehehe)


Thursday, July 21, 2011

HARI INI...:-)



SEMOGA HARI2 YANG MENDATANG, AKU DAPAT MENGHADAPINYA DENGAN TABAH...AMIN:-)

21 JULAI 2011
8.55 mlm...

Tuesday, July 5, 2011

AZAD vs QALISHA vs RYAN.....:-)


TENGKU AZAD HAIQAL
NUR QALISHA
RYAN ISKANDAR

Watak2 ini diabadikan dalam:

"TULIP INI UNTUK AWAK"



*************************************************

p/s : { setelah diteliti, rupa2 nya ini masuk kali ke-4, tuan umah menggunakan nama Iskandar dalam setiap watak. Hehehehe... }