Monday, March 14, 2011

AKU MEMOHON....



AKU MEMOHON KEREDHAANMU YA ALLAH...SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN HIDUP INI...AMIN...

*******************************

p/s : { entry tuan umah kali ini cukup ringkas tetapi hayatilah setiap patah perkataan itu... dan tambahan dari entry yang lepas : versi ciplak cerita Ku Bawa Memori Itu telah dipadam dari tuan empunya blog itu...tetapi tuan umah masih menyimpan versi ciplak itu sebagai simpanan...}

Friday, March 4, 2011

CIPLAK....:-(

MAKLUMAN......

Karya tuan umah yang bertajuk "KU BAWA MEMORI ITU" telah di edit, di copy paste dan di ciplak oleh orang yang tidak bertanggungjawab bernama Nadia Binti Mohammad Isa. Orang tidak bertanggungjawab ini telah sesuka hati mengedit cerita tuan umah. Sungguh tidak bertanggungjawab. Berikut adalah analisa yang dibuat oleh tuan umah setelah membaca keseluruhan versi ciplak ini...:



*credit gambar : Google Image

TAJUK....

Versi tuan umah : KU BAWA MEMORI ITU
Versi ciplak : KU BAWA MEMORI ITU

***********************************

TARIKH PUBLISH....

VERSI TUAN UMAH : 7 NOVEMBER 2009 di penulisan2u
VERSI CIPLAK : 3 FEBRUARI 2011 di blog dia sendiri

************************************

WATAK:

Senarai nama yang ditukar dari versi asal....

ALIYATUL ALISYA ditukar kepada ALIYA ANEESA
MOHD IZHAM ISKANDAR ditukar kepada MOHD ADAM HAIKAL
PUAN MARIANA ditukar kepada PUAN MARIA
TUAN HARRIS ditukar kepada TUAN HARIS
ADAM IQBAL ditukar kepada IZHAM ISKANDAR
PAK HUSSEIN ditukar kepada PAK HASHIM
MAKSU TIMAH ditukar kepada MAK SITI
REMY ditukar kepada IZHAR
PUAN MARLISA ditukar kepada PUAN MARDIANA
TASYA ditukar kepada ALISA

************************************

NAMA TEMPAT

TASIK DESA MERANTI ditukar kepada TASIK TITIWANGSA
UNITED KINGDOM ditukar kepada LONDON

***********************************

AYAT2 DALAM CERITA...

Memang tak boleh blah..habis dia ikut dan di edit sikit2. English tuan umah yang tunggang-langgang tu pun dia copy. Teka-teki dan kata2 pujangga habis dia copy paste.

**********************************

Kalau nak baca versi ciplak silalah ke laman blog orang tidak bertanggungjawab ini. http://familinadia.blogspot.com/ dan buatlah analisa sendiri dengan versi tuan umah...:-(


p/s : { Tuan umah bukanlah penulis terhebat, tetapi cerita ini adalah hak milik tuan umah...huhuhuhu...tiba2 rasa tak nak menulis cerita lagi... }

Tuesday, March 1, 2011

H.U.J.A.N......


HUJAN

Hari : Selasa
Tarikh : 1 MAC 2011
Area : Sekitar Lembah Klang (info dengar dari radio)

Hujan....sebagai rahmat dari Yang Maha Esa...kurniaan yang tidak ternilai...
Memberi inspirasi kepada pencinta alam dan seni........

*****************************************

Entry tuan umah yang lama2 tentang HUJAN :

HUJAN - 1 December 2010
KAMPUNGKU BANJIR - 4 March 2009

*********************************

p/s : { Poyo betul tuan umah, entry yang dah lapuk pun nak link kan lagi...:-)....Credit gambar dari Google Image }

Monday, February 28, 2011

ALISYA AKAN PULANG.......


Masih ingat lagi dengan teka-teki ini?

"Seekor lembu menghadap utara,
Kemudian pusing ke kanan 180 darjah,
Kemudian 270 darjah ke kiri,
Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?"

Masih ingat lagi dengan kata-kata ini?

Semalam kita berkawan......
Kerana kenangan silam,
Hari ini kita masih berkawan.....
Kerana janji semalam,
Esok kita akan terus berkawan....
Kerana hari ini kita saling mendoakan,
Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan....
Kerana esok kita ada azam,
Tetapi andai esok tiada lagi.....
Kita tetap berkawan sampai bila-bila.

AKHIRNYA........

Alisya akan pulang bertemu insan-insan kesayangannya.....:-)

************************************


p/s : Sila baca "KU BAWA MEMORI ITU "versi penuh untuk tahu apa kaitannya dengan entry ini :-)

Monday, February 21, 2011

KISAH SEEKOR MONYET......

Hari ini :
21 Feb 2011

Waktu :
5.30 ptg

Kejadian :
Seekor monyet duk melepak tengah jalan.



Cerita penuh :
Sedang memandu, mata tuan umah ternampak seekor monyet melepak tengah jalan. Tak taulah apa dibuatnya. Adakah monyet itu baru kene langgar hinggakan tak boleh berdiri. Tapi pastu, monyet tu boleh pulak menoleh kiri dan kanan. Yang kelakarnya, kereta yang lalu-lalang kat situ terpaksa ke tepi sedikit kerana takut terlanggar monyet yang kecil di atas jalanraya itu. Dengan muka seposen, monyet itu tidak berganjak sedikit pun. Tuan umah tengok je monyet tu sampailah hilang dari pandangan apabila kereta kancil tuan umah meluncur laju. Sudahnya tuan umah ketawa sorang2 dalam kereta...:-)

Tuesday, February 8, 2011

CHALLENGING.....

COMING BACK!!!!!!!!!!!

Ayat biasa : Bila tuan umah bercuti, blog pun ikut bercuti....:-)

******************************************

Sebab2 bercuti :

RABU ( 2/2/2011)
MELAKA -----> IPBM, KUALA LUMPUR

KHAMIS & JUMAAT (3-4/2/2011)
MELAKA -----> KIST, KELANTAN

SABTU (5/2/2011)
MELAKA -----> GIANT, JUSCO & TESCO, BANDAR MELAKA

AHAD (6/2/2011)
MELAKA -----> FELDA TENGGAROH SELATAN, KOTA TINGGI, JOHOR

ISNIN (7/2/2011)
- Tuan umah bercuti huhuhuhuhu..letih sungguh...

*******************************************

Hari ini :

1) Dah start bekerja
2) Huargh...petang dah start pergi kelas balik....
3) Hehehehe...aktiviti sampingan : { check email, check mr.fb, and my blog....heheheh }

******************************************************

p/s : { percutian yang ------> fuhhh..."challenging"...:-) }

Tuesday, January 25, 2011

TERATAK NILAM SARI..... :-)


Di sinilah kisah sebuah persahabatan
Telah tercipta antara aku dan dia
Memeterai satu janji
Sebagai ikatan pertemuan semula

- TERATAK NILAM SARI -
1995

Sunday, January 16, 2011

SEBUAH BUKU BERTAJUK INTERLOK....

TUAN UMAH NAK BERCERITA KISAH INTERLOK JUGAK...hehehehehe

Akhir2 ini, semua orang sibuk memperkatakan tentang INTERLOK. Di sana-sini para sasterawan, para penulis, para karyawan, para pemimpin sibuk memperkatakan tentang INTERLOK. Situasi di kedai2 buku dan di perpustakaan juga berubah. Kenapa? Kerana semua orang sibuk mencari INTERLOK.

******************************************

SITUASI TUAN UMAH:
Seorang pensyarah datang ke perpustakaan bertanyakan "INTERLOK ada tak di perpustakaan?". Kini, INTERLOK di perpustakaan sudah habis dipinjam kesemuanya. Wah....dasyat sungguh penangan INTERLOK.

p/s : { Tuan umah baca semua genre buku...heheheh...}

Thursday, January 13, 2011

PEMERGIAN SEORANG RAKAN BLOGGER....

Berita yang memeranjatkan : pemergian seorang rakan blogger tuan umah telah kembali ke rahmatullah kerana kanser tulang. Thank's untuk Amy yang menulis entry tentang pemergian arwah Jezz. Patutlah selama ini arwah sudah lama tidak menjengah di blog tuan umah. Biarpun tidak pernah bersua muka, namun segala komen dan pendapat yang dikongsi telah membibitkan hubungan persahabatan di laman blog ini. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin...AL-FATIHAH.

Arwah blogger Jezz merupakan salah seorang pengunjung setia blog dan follower tuan umah


p/s : { credit untuk blogger Amy atas makluman ini. }

Friday, January 7, 2011

WORK + STUDY....


WORK


STUDY

2011 : Work + Study = I can do it...go..go..go..cayuk

p/s : { Aktiviti menulis cerita akan memenuhi masa bila tuan umah ada kelapangan...huhuhuhuhu }

Wednesday, January 5, 2011

APA AZAM TAHUN BARU?........


Bila masuk je tahun baru, soalan yang org akan tanye ialah : APA AZAM KO TAHUN NI? Erk...azam baru tahun ni ape yer? Huhuhuhu...dah tepu otak ni berfikir. Cuma di dalam hati tuan umah sentiasa berdoa agar dipermudahkan dan diberikan petunjuk dalam menghadapi hari-hari seterusnya dan semoga apa jua yang dilakukan akan diberkati oleh Allah s.w.t...amin..:-)

p/s : { Go..go..go..cayuk tuan umah. :-) }

Sunday, January 2, 2011

WELCOME 2011...


2010 - Meninggalkan seribu kenangan

2011 - Meneruskan perjalanan sebuah kehidupan