Tuesday, November 27, 2012

CERITA 4: TULIP...


Kuliah hari ini agak membosankan, apatah waktunya di antara 2.30 -4.30 petang. Huargh..waktu yang sesuai untuk tidur. SMS dihantar kepada Arit yang duduk selang tiga baris dari tempat duduknya.

SMS RIANA : Tau tak apa makna bunga tulip?

SMS ARIT : Entah...

SMS RIANA : Tulip membawa maksud 'being perfect love'. Bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Tulip dikenali sebagai bunga yang 'sophisticated' dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.


SMS ARIT : Oooo..panjang nyer kau menaip. Mengantuk ek? Ermm..kau tau apa makna bunga tahi ayam pulak?

SMS RIANA : Tak pernah pulak aku dengar. Apa makna dia?

SMS ARIT : Maknanya..bunga tu aku nak bagi kat kau.

Arit ketawa melihat muka Riana menahan marah kerana dia tahu Riana tak boleh marah dirinya sebab berada di dalam kuliah.

*******************************
nota kaki tuan umah;
lokasi sebenar gambar: bloomshop florist enterprise
8 /11/12

BICARA DI PUSARA BONDA..


Gerimis di pagi hari. Terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Di pusara bonda, wangian melur menyambut kehadiran dia. Di sisi pusara bonda, dia berbicara dari hati ke hati. Hanya bertemankan dua nisan yang tertera nama bonda, jauh di sudut hati, dia tahu bonda mendengarnya. 

sumber gambar : google image

Saat berbicara, terasa seperti bonda ada di hadapannya...
Saat menangis, terasa seperti bonda memujuknya...
Saat gembira, terasa seperti bonda juga ketawa...
Saat kemarahan berbicara, terasa seperti bonda di sisi menasihati...
Kembali ke nyata, itu semua bayangan, kerana dia tahu bonda sudah tidak bersamanya lagi untuk berkongsi semua cerita.

Sumber gambar : google image

Pemergian bonda sudah diredhai. Namun, seringkali memori bonda hadir tanpa dipinta. Usai berbicara dari hati ke hati, dia meninggalkan pusara bonda. Hati yang berat, kaki yang seakan terikat membuatkan dia sayu untuk pulang. Al-Fatihah disedekahkan buat bonda. Terasa ketenangan untuk melangkah pulang kerana dia tahu Allah lebih menyayangi bonda dan dalam doanya dia bermohon semoga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Mengasihani.


Friday, October 12, 2012

CERITA 3 : BANANA SPLIT & CUPPOCCINO


Arit memilih tempat di sudut paling tepi bersebelahan dinding berlatarkan tulisan Secret Recipe. Logiknya kerana dia dapat melihat gelagat manusia dari sudut itu. Banana split dan secawan cappuccino menjadi santapannya. Sedang enak menikmati menu itu, telinganya terdengar bicara seorang lelaki dan suara perempuan. 

Lelaki itu berbicara :"Saya tahu saya salah. Tapi berilah saya peluang sekali lagi untuk perbaiki kesilapan saya pada awak."

Perempuan itu berbicara :"Saya dah bagi peluang yang kedua kepada awak, tapi awak mensia-siakan peluang itu."

Lelaki itu berbicara : "Awak..maafkan saya."

Perempuan itu berbicara : "Saya maafkan awak tapi untuk saya memberi peluang ketiga itu tidak mungkin sama sekali."

Arit tersenyum mendengar rayuan lelaki itu. Jawapan perempuan itu benar-benar tekad. Ada berbaur ego di situ. Tapi macam pernah dia mendengar kata-kata itu.


Terdengar lagi suara perempuan itu. Kali ini bukan bicara dengan lelaki di hadapannya tetapi dengan lelaki yang dipanggilnya.
"Dik..order banana split dengan cappuccino satu"
Aik..menu sama dengan aku. Memang tak syak lagi. Dia kenal perempuan itu. Dan perempuan itu adalah sahabatnya...si Riana.



 ************************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Secret Recipe Giant, Shah Alam
30/09/2012

Saturday, September 22, 2012

CERITA 2: NASI LEMAK DAN KOPI O....




NASI LEMAK DAN KOPI 'O'....

Suasana pagi di cafe tenang. Di suatu sudut hujung cafe itu, kelihatan dua sahabat baik bersarapan bersama. Di atas meja tersedia menu sarapan pagi; nasi lemak dan kopi 'o' menjadi pilihan.

ARIT : Wah sedapnya dapat makan nasi lemak daun pisang.

RIANA : Pergh pekena pulak dengan kopi 'o'

ARIT & RIANA : Sedapnya...

Usai membaca doa makan, menu itu menjadi santapan Arit dan Riana.

********************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Bilik Rehat Kakitangan
20/9/2012

Tuesday, September 11, 2012

CERITA 1: MENTARI MUNCUL LAGI


MENTARI MUNCUL LAGI..

Langkah kaki terhenti di sudut balkoni tepi tangga. Arit mencuit bahu Riana.

Arit : Riana...cuba tengok langit. Cantikkan?

Riana : Subhanallah..cantiknya.

Arit : Indahkan melihat cahaya mentari disebalik awan tu.

Riana : Saat melihat mentari menjelma, hati mengucapkan syukur kerana diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah.

Arit : Alhamdulillah.

***************************************************

nota kaki tuan rumah ; 
lokasi sebenar : Pangsapuri Harmoni, Presint 9 
11/9/2012

Sunday, September 9, 2012

KUISAN DEDAUN.....




KUISAN DEDAUNAN
"Perjalanan ke kelas terhenti taktala melihat seseorang menguis dedaunan kering di jalanan tepian alur ilmu."

TEPIAN ALUR ILMU MENUJU KE CAFE...

JURAIAN DEDAUNAN




JURAIAN DEDAUNAN

"Angin bertiup lembut menyapa keheningan malam. Ku lihat juraian dedaunan beralun mengikut irama tiupan angin. Sungguh indah."

(PETRONAS KG.PANDAN - 8/9/2012)

Friday, September 7, 2012

THE HOBBIT...



 TRILOGI THE HOBBIT

"The Hobbit - An Unexpected Journey 
bakal bermula 14 Disember 2012"

PANTAI TANJUNG PUTERI..



PANTAI TANJUNG PUTERI
  SABTU - 2/9/2012  

Subhanallah....Suasana indah taktala melihat matahari terbenam di Pantai Tanjung Puteri, Melaka..


TULIP IN MEMORY...




TULIP IN MEMORY with 'Azad..Qalisha..Ryan'
(credit buat Tulip Ini Untuk Awak)

"Tulip - being perfect love, kecintaan, elegant, sophisticated"



KERETAPI....




STESEN KERETAPI TAMPIN

"Perjalanan menuju destinasi seterusnya dari Tampin ke Kulai"



Tuesday, August 28, 2012

TULIP LAGI....

Sumber photo ; Metro 27/8/2012